Thursday, February 27, 2025

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan

 

KALAM UHEI : AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN 

Penerangan Hadis :-

 

  1. Alhamdulillah, Ramadan al-Mubarak tiba lagi, yang merupakan bulan keampunan, bulan yang dijanjikan ganjaran pahala berganda dengan amal ibadah.
  2. Menurut Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, maksud keimanan adalah beri’tiqad akan hak kefardhuan puasa. Adapun yang dimaksudkan dengan pengharapan pula adalah memohon ganjaran daripada Allah SWT. Selain itu, Imam al-Khattabi berkata, yang dimaksudkan dengan pengharapan adalah azimah iaitu seseorang itu berpuasa dalam keadaan amat mengharapkan ganjaran yang baik daripada Allah SWT untuk dirinya tanpa merasa berat serta panjang hari-harinya. [Lihat: Fath al-Bari, 4/115]
  3. Marilah sama-sama kita berazam menjadikan bulan Ramadan al-Mubarak pada tahun ini sebagai Madrasah Rohaniah dan Fikriyyah yang boleh membawa kejayaan di dunia dan akhirat.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat bertemu lagi Bulan Ramadan. Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan aku lagi dengan Ramadan. Semuga tahun ini dapat melipatgandakan ibadah dan juga semuga rayuan Haji aku untuk menunaikan ibadah haji bersama dengan Anak saudara Nor Anisah Bt Rosli yang telah mendapat tawaran Haji pada tahun ini Allah makbulkan. Semuga sebelum menamatkan perkhidmatan Allah jemput aku untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Aamiin. Doakan lah ya. Mana tahu ada pembaca yang Allah makbulkan doanya. Aamiin

Mohon maaf juga ya jika ada terkasar bahasa terbicara yang menguris hati apa saja kesalahan yang ku perbuat harap maaf juga ya. Semuga kita dapat menjalani ibadah bulan Ramadan ini dengan penuh syukur dan tawaduk di samping menambahkan amal ibadah di bulan mulia ini. Semuga Allah menerima amal ibadah semua orang yang berpuasa. Aamiin

No comments:

Post a Comment