Hari ini 55 tahun yang lalu, darurat banjir diisytiharkan di seluruh Malaysia.
Sehari selepas Krismas pada 1970, bermulanya hujan monsun lebat yang berterusan hampir seminggu menyebabkan air sungai di seluruh negara meningkat & akhirnya melimpah, bermula dengan Sungai Pahang.
Amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa, meminta penduduk di kawasan-kawasan terlibat segera berpindah ke tempat tinggi. Keadaan semakin memburuk terutamanya di Pahang, Terengganu, Johor, Kelantan, Melaka & Selangor.
Kuala Lumpur tidak terkecuali apabila air Sungai Kelang melimpah dengan arus deras hingga menenggelamkan kawasan-kawasan utama di ibu kota termasuk Dataran Merdeka & sekitarnya, Jalan Petaling, Abdullah Hukum hinggalah ke Kerinci.
Hubungan terputus akibat jalan raya & rel kereta api yang ditenggelami air juga tanah runtuh, semakin ramai terkesan & ada yang terkorban, akhirnya Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein mengisytiharkan darurat pada 5 Januari 1971.
Ditubuhkan 2 buah jawatankuasa khas kabinet, iaitu Jawatankuasa Bantuan & Pemulihan Banjir yang dipengerusikannya sendiri, serta jawatankuasa menaksir kerosakan, mengkaji & memberi saranan langkah pemulihan ekonomi & sosial.
Kerajaan turut menubuhkan Markas Darurat Banjir sebagai medan koordinasi berpusat bagi gerak kerja memantau & menyampaikan bantuan kepada mangsa. Untuk usaha itu, Tun Razak juga segera meluluskan peruntukan RM 11 juta dari tabung pusat.
Dianggarkan hampir 100,000 orang mangsa di seluruh negara terpaksa dipindahkan dari kediaman mereka. Paling buruk di Pahang dengan sekitar 40,000 mangsa, diikuti Johor (sekitar 17,000 orang) & Selangor (sekitar 14,000 orang).
Lebih 30 nyawa dilaporkan terkorban sepanjang banjir tahun 1971 itu yang mencatatkan kerugian mencecah RM 84.7 juta dan dianggap antara bencana yang terburuk dalam sejarah negara.
*Gambar memaparkan Dataran Merdeka & bangunan sekitarnya, Bangunan Sultan Abdul Samad, Katedral St. Mary & Kelab Diraja Selangor ditenggelami air.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, Utusan TV, SosCili
#PeristiwaHariIni Kredit kat FB Astro Awani
Assalamualaikum,
N3 ni aku nak pos semalam tapi lupa lah pulak sebab buat benda lain terus lupa. Bila tenguk ni tahun 1970 emmm aku kat mana ye. Kecik lagi kut. Sebab tu tak ada dalam memori banjir besar di Malaysia. Tapi apa yang aku ingat rumah kat kampung kalau banjir emmmm rumah kita orang lah yang paling teruk tenggelam. Dapur kayu kat bawah memang tak boleh gunalah. Nasib baik masa tu rumah tinggi jadi tenguk je lah banjir kat bawah. Tunggu surut nanti becak le tanah sebab lembab. Kadang cacing pun kuar.... hehehehe Bila MRSM Bakri di bina lagi lah banyak lumpur tanah bukit sampai rumah kita orang.
Oleh kerana bertahun kita orang hadapi banjir sampai dah lali dah, jadi bila adik beradik dah besar dan berkerjaya kita orang pakat kumpul duit sikit untuk bangunkan rumah kat kampung supaya aruah mak dapat rasa rumah batu. Aruah Bapak tidak merasa duduk rumah batu sebab dia meninggal semasa semua adik-adik aku tamat belajar dan belum bekerja. Yang lain pula baru je bekerjaya dan gaji masa tu ciput lagi. Alhamdulilllah pakat adik beradik mula-mula buat rumah depan. Bila ada duit lain baru repair dapur belakang.
Masa buat rumah batu tu Aruah mak kawtim dengan drebar lori tanah kalau ada lebihan tanah boleh hantar kat rumah kita orang. Nanti aruah mak bagi lah duit harga tanah tersebut. Mestilah drebar lori tanah tu suka sebab dia boleh carik duit lebih sikit. Tambak punya tambak tanah kita orang separas dengan tanah di jalanraya depan tu. Akhirnya dapat mengelakkan banjir bila berlaku di kampung kami.
Bila banjir je alhamdulillah kat parit penuh je air tapi tidak sampai naik ke rumah kami seperti rumah orang lain berkat Aruah mak tambak tanah berlori-lori sikit demi sikit. Sampaikan kena perli dengan orang kampung ..Wak saifah tu kaya sampaikan duit di hampar kat tanah je (Duit beli tanah) Depa orang kampung tak tahu bertahun kita orang sekeluarga azab sengsara bila menghadapi bencana banjir setiap tahun. Jadi bila ada rezeki lebih dari anak-anaknya Aruah mak buat lah macam tu supaya bila banjir rumah kami tidak tenggelam lagi.
Banjir teruk macamana pun yang ada sekali tu jalan di depan MRSM Bakri penuh air banjir tapi alhamdulillah rumah kami separas je dengan air banjir dan tidak masuk ke rumah. Sebab tu kadang sayang sangat dengan rumah pusaka Aruah bapak dan Aruah mak. Terlalu banyak kenangan bersama semasa kami kecil hinggalah dewasa.
Alfatihah buat Aruah Hj Abdullah dan Hjh Saifah. Buat semua hati-hatilah ye bila hujan lebat dan banjir melanda.


1970 SA x lahir lagi kak..bagus adik beradik sepakat..orang tua- tua cakap sepakat membawa berkat kan...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semuga ukhwah kami adik beradik tetap utuh sampai bila-bila. Aamiin
Delete1970 Kak Notie kecik lagi, sy belum lahir. Sy ingat kita sebaya, maaf selama ni kuang ajau tak panggil kakak, huhu. Banjir di Malaysia ni bukan masalah baru la, kan. Tapi skrg mana2 negeri yg kena banjir mesti pemimpin dan rakyatnya dikecam kerana sentimen kenegerian.
ReplyDeleteAlaaaa SK ni tak pe. Benda kecik je. Akak yang terasa muda sokmo geng dengan adik-adik semua. hehehe Akak tunggu nak pencen je ni.
DeleteTerima kasih Kak Notie kongsi kisah banjir besar 1970 ni. Sy belum lahir dan rasanya tak pernah dengar pasal banjir besar ni.
ReplyDeleteBegitulah orang tua² kita kan, berdikit² berjimat² nak buat rumah atau tambah baik rumah.
Arwah ayah dulu ada cerita pasal banjir 1970 ni.
ReplyDeleteEntah bagaimana ler agaknya masa tu
DeleteDasyat juga banjir masa ini ya sampai isytihar darurat..
ReplyDeleteSha belum lahir lagi masa ni..
Tu lah sampai habis semua penuh air
Deleteuishh.. dahsyat lah banjir besar waktu tu sampai diisytiharkan banjir.
ReplyDeleteBagus arwah mak akak... tambak sikit-sikit sampai naik tanah... akak mesti simpan gambar rumah pusaka tu.
Rumah lama kita orang ada tangga tempat posing. Entah mana gambar tu. Kena gembur balik ni
DeleteMasya-Allah, teruk juga banjir tahun 1970, sampai diisytihar darurat. Saya belum lahir lagi tahun tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sikit sikit kumpul duit, dapat perbaiki dan tambak tanah rumah kampung ye, kak.
Aruah mak akak dah tak sanggup harung banjir. Tu yang tambak sikit demi sikit untuk kesenangan anak cucu nya
Deletedahsyat betul banjir time ni.. kalau boleh taknak dah diulang
ReplyDelete