22/1/2026 - Perhimpunan Bulanan Warga HPJ bulan Januari 2026
Lembaran 2026 dibuka dengan Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di Auditorium HPj Putrajaya. Pengarah Hospital Putrajaya, Dr. Suraya binti Amir Hussein dalam ucapan beliau menzahirkan penghargaan atas pencapaian tahun 2025 serta hala tuju 2026 melalui empat keutamaan utama iaitu pendigitalan menyeluruh termasuk penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan, pengurusan mampan berteraskan Value for Money dan penjanaan hasil berimpak tinggi, pemerkasaan modal insan, serta etika dan integriti dalam komunikasi dan penyampaian perkhidmatan.
Majlis turut dimeriahkan dengan tayangan video pencapaian 2025, penyampaian anugerah dan penghargaan serta reruai pameran dan kaunter informasi daripada PPZ MAIWP, Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat, di samping jualan produk sempena program.
Tahniah kepada penerima Anugerah Pengurusan Aduan Terbaik iaitu Unit Kejururawatan dan Unit Pentadbiran serta Anugerah Penerimaan Penghargaan Terbanyak Tahun 2026 kepada Wad 2C (Pediatrik).
Setinggi-tinggi ucapan syabas kepada Jabatan Otorinolaringologi (ORL) apabila Sleep Lab Hospital Putrajaya menerima Sijil Akreditasi Antarabangsa daripada Indian Society for Sleep Research (ISSR), sekali gus mengharumkan nama HPj.
Tahniah buat Unit Kejururawatan kerana pengurusan aduan terbaik.
Tahniah juga buat Wad 2 C diatas Anugerah Penerimaan Penghargaan terbanyak. Memang terbaik lah Wad 2C
Dapat door gift piring yang comel. Tapi tu lah aku punya entah macamana masa kat bilik boleh terjatuh lah pulak. emmm hancur berkecai hati ku eh ternyanyilah pulak. hehehehe Takpe lah takde rezeki.
Last sambut birthday Puan Pengarah. Selamat ulang tahun Dr Suraya. Semuga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan dan semuga semua urusan Allah permudahkan.Aamiin
Ambil gambar ramai-ramai.







Alhamdulillah, Tahniah untuk warga kerja HPJ yang bekerja keras sepanjang tahun 2025. Sy percaya anda semua bekerja bukan semata² untuk anugerah tapi amanah dengan tugasan yang disandang.
ReplyDeleteTahniah buat semua yang menerima anugerah..Setiap bulan ye perhimpunan ni Kak Notie...
ReplyDeleteLipis 30/1 nanti Perhimpunan Pagi. Cie jarang dapat join sebabnya terikat dengan tugasan kan.
ReplyDelete