Tuesday, January 6, 2026

Scammer ni ada je tingkah dia

 


Assalamualaikum,

Dapat makluman dari anak buah dalam WA keluarga.  Kalau dapat message macam ni hah hati-hati lah ye.  

Hishhh geramnya aku. Ada je idea dia nak scam orang. Almaklumle tahun baru 2026 banyak juga bantuan yang kerajaan bagi. Macam bantuan rm100 dulu dapat sekali je lah ni tiap bulan dapatkan. Kalau tak silap aku le. Lepas tu  bantuan nak raya. 

Yang aku selalu risau tu dapat message camni kita terklik link tersebut lepas tu habis le simpanan duit dalam bank dia sedut. Almaklumle akaun bank dan password dia ada dalam phone yang mengandungi segala info berkenaan perjalanan beli keluar masuk duit dan sebagainya. 

Kadang geram sebab Bank bukannya nak peduli tentang keselamatan akaun kita. Kalau buat report pun eh memang takde dapat le duit kita yang hilang tu padahal pihak bank boleh je semak akaun yang sedut duit kita walaupun katanya akaun keldai lah akaun  jembalang tanah ler. Hishh geram aku. Opsss sebab isu scammer ni dah makan duit kita berjuta atau trilion kut kalau ada data yang di kumpulkan. Kadang yang ada tu yang buat report kalau yang kena tapi senyap je sebab dia fikir ah sikit je duit hilang tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit tau. 

Yang geram tu macamana ler scammer ni boleh tau duit berkepuk dalam akaun orang. Tak ke muskil di hati aku kalau tak ada yang bocor rahsia. Ko scam le orang yang kaya-raya macam Datuk Alif syukri ke Datok Vida ke. Ni scam orang yang hidup dia memang kais pagi makan pagi eh bukan macam ayam cari makan. Maksud aku orang yang bertungkus lumus cari rezeki nak bagi makan anak dan isteri. Penat wooo nak cari duit buat makan ni suka-suka je ko curi. Adehaiiiii marah sunggu aku kan. Ye lah dah bertahun isu ni timbul kadang penat nak tangani cara terbaru scammer yang terlebih bijak pandai ni. 

Cool beb.....hehehehe *tarik nafas keluar nafas* nanti mencanak pulak aku kena darah tinggi. Dijauhkan.  

23 comments:

  1. Takde akta untuk scammer ni sebab tu semakin menjadi2. Geram je kan nak duit mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam nak suruh je scammer ni rompak duit YB yang kaya raya tu supaya cepat mereka bersidang wujudkan akta tersebut. Rakyat marhaen yang selalu kena rompak.

      Delete
  2. tksh kongsi info mmg takut kena scam maklum duit ada pun sikit ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya orang tak banyak duit yang di scam. sian kan kita ye sis

      Delete
  3. Orang dalam bank pun ada yang bocor maklumat kot. Sebab ada kes yang baru dapat duit EPF, kena scam, beratus ribu hilang. Kesian sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pelik sebab bila tenguk paper yang kena scam orang yang baru pencen lah baru nak rasa duit pencen dah ke scam. Banyak pulak tu. Ada yang duit pencen ratus ribu. Ada juta juga

      Delete
  4. Scammer memg bijak taktik dia. Lagi2 nak kenakan orang2 tua yg mudah tertipu. Bahaya betul. Kena waspada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian mereka terutamanya yang tidak pandai it. Tapi kadang yang pandai pun kena scam juga. huhuhu

      Delete
  5. Nauzubillah ye Kak ... Macam² taktik dan tak terkawal bab scammer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit hati lah bila baca berita kerugian beribu-ribu lah duit hilang camtu jelah.Penat orang cari duit

      Delete
  6. Hati² lah ye..risau dekat bapak je, suka tekan link merata..tapi tulah, dia tak guna akaun online pun..no ic pun dia tak ingat, yang dia ingat no ic lama dia je .hihihi

    ReplyDelete
  7. Makin melampau scammer sekarang.. Macam-macam taktiknya..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kak share ini.
    Betullah tu... report kat bank pun bukan boleh dapat balik duit tu.. bukan dapat sedut balik dari akaun orang yang curi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian orang penat simpan duit hilang gitu je.

      Delete
  9. Senang-senang jer duit hilang bila tekan link. Memang amat bahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia punya changgih tu kadang tak terfikir oleh kita

      Delete
  10. Kita pun tadi dapat info ni. Risau jugak jika ada yg hilang ingatan bila dapat wsp macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya kadang entah sapa yang anto. Takut tersalah klik je

      Delete
  11. scammer ni macam macam tau. geram

    ReplyDelete
  12. kesian kalau terkena kat orang2 tua... liciklah diorang ni!

    ReplyDelete