Sunday, September 18, 2011

Merdeka Merdeka Merdeka


  Sambutan kemerdekaan yang ke 54 tahun ini jatuhnya pada hariraya Aidilfitri. Jadi oleh kerana semuanya sibuk dengan sambutan hariraya maka sambutan kemerdekaan telah di anjak ke 16 Sept 2011 dimana merupakan Hari Malaysia dimana Malaysia diwujudkan pada tahun 1963 gabungan Tanah Melayu Semenanjung , Sabah, sarawak dan Singapura.   Jadi tahun ni gabungan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun dan Sambutan Hari Malaysia yang ke 48 tahun diadakan bersama-sama dan pada tahun ni 16 Sept merupakan hari cuti. Yeh syiok. Bila tenguk perbarisan di dalam TV semasa sambutan kemerdekaan ni membuat aku mengimbau kenangan dulu semasa turut sama beraksi di tengah padang dan turut sama membuat formasi di padang dan perbarisan. Wah bangga amat sih bila dapat turut sama. Bukan sonang tau dapat join perarakan Hari Merdeka tu. Dan pengalaman itu akan tetap tersemat dalam ingatan apa lagi 2 tahun berturut2 kami dapat join  dimana  pada tahun tersebut merupakan sambutan Jublii Perak yang ke 25 tahun.

Pancaragam SMSABGS pada tahun 1981 dengan uniform baru.

 Kenapa kami dapat join adalah disebabkan tujuan sambutan yang ke 25 itu merupakan sambutan besar-besaran hasil gabungan pancaragam seluruh malaysia membuat reformasi di padang dan juga cuba membuat perarakan terbesar pancaragam Malaysia untuk dimasukkan dalam Guiness Book dan memang ianya dapat kami capai. Bangga tau dapat pecahkan rekod dan masuk dalam paper. Pancaragam terbesar membuat formasi dan berarak-arak beramai sejauh 2 kilometer kut sebab akhir perhentiannya kalau tak silap aku menghala ke bangunan Dato Haron di jalan Kampung Baru. Bangunan Dato Haron tu pun sekarang dah tak ada.

  Tahun pertama bila di beritahu dapat pergi KL join sambutan 31 Ogos dah buat semua bandgurls teruja apa lagi bila sampai KL. Tahun 81 pancaragam yang join tak ramai dan pada tahun 82 pancaragam di tambah lagi supaya dapat memecahkan rekod perarakan pancaragam terbesar dan berjalan sejauh 2 kilometer. Mula-mula kami pergi 2 minggu awal sebulan untuk berlatih formasi dan lagu-lagu yang kami kena mainkan. Minggu pertama aku memang jadi anak orang India sampaikan Aruah bapa tak kenal bila aku balik kampung selepas dapat cuti rehat. Mana taknya berlatih setiap hari di padang sekolah Vokasional Setapak panas-panas jadi kulit pun bertukar gelap. 2 minggu sebelum 31hb  kami dah sampai KL untuk memperkemaskan lagi formasi dan pergerakan dan berlatih  sehingga sempurna. Setiap hari berlatih sambil tu sempat juga di bawa melawat kawasan KL. Pada minggu pertama duduk kat Sekolah Vokasional Ceras dan minggu akhirnya duduk di Kolej Zaaba, Universiti Malaya.  Sebab latihan terakhir buat di Padang Universiti Malaya. Syioknya budak-budak lagi dah dapat masuk U.

  Dan bila tiba hari final 2 hari sebelum tu buat full realsal untuk melihat kut ada yang sangkut ke apa ke jadi dapat diperbetulkan sebelum Final day. Bila final day memang semua teruja. Bayangkan dah terpacak kat tengah padang gelap lagi sehingga start pukul 8 pagi er lupa start pukul 9 ke 8 pagi lupalah. Tapi ingat bila jam berbunyi je kawad diraja bermula sehingga lah mereka selesai dan berjalan keluar. Serentak dengan itu maka Drum major semua memberi arahan dan bermula je pancaragam berbunyi dan serentak itu juga reformasi  di padang kami pun bermula. Hish kalau lah ada gambar lama masa dolu2 boleh le tepek tapi huhuhu album gambar lama aku mana tah sembunyi. Dah jenuh mencari sejak jumpa kawan lama ni. 

 Langkah sekata dan alunan muzik berkumandang senada seirama berkumandang sambil membuat pergerakan daripada bendera Malaysia juga formasi slogan semuanya dapat di buat dengan cemerlang sekali bersama-sama dengan bersemangatnya sehingga lah akhir perbarisan.  Hish buat aku naik bulu roma ni masa taip sebab bersemangatnya menyambut hari kemerdekaan.  Teringat dengan instructor perbarisan  pada masa tu iaitu Mr Xavier yang sampai jatuh2 kat depan dan hilang suara dok teriak memberi comand tapi sungguh pun dia garang tapi bila last dan hasilnya begitu mendapat sambutan dari semua kami begitu bangga dapat menerima tunjuk arahan dari Mr Xavier. Begitu juga dengan pasukan pancaragam Polis Diraja yang memberi tunjuk ajar kepada kami. Akhirnya sambutan Jublie Perak sambutan kemerdekaan yang ke 25 tahun 82 berakhir dengan cemerlangnya dan dengan bangganya aku nak maklumkan aku merupakan salah seorang peserta yang dapat mempersembahkan perarakan sambutan tersebut dan pecahkan rekod perarakan pancaragam terbesar. Yeh bangganya menjadi rakyat Malaysia. Semuga keamanan dan kemakmuran Malaysia berkekalan dan nama Malaysia tersohor di persada antarabangsa. 

Monday, September 12, 2011

Accident oh accident




  Fuh kontena treler melintang di pembahagi jalan di tengah-tengah. Macamana le boleh jadi macam tu kan? Kejadian depan mata ni aku tempuh masa nak balik rumah di ampang dari Putrajaya. Masa melepasi flyover mines kereta mula jem. Selalu lancar je sebelum sampai tol besraya tiba-tiba laluan jem. Aiseymen takan le polis buat roadblock lagi macam masa perhimpunan Bersih dulu. Sekali rupanya accident. Tak pasti lah pula macamana dengan pemandunya. Ni pun ambil kamera cepat-cepat dalam beg dan snap curi-curi masa nak lalu. Nak snap dari dekat kenderaan banyak. Sempat snap ni je tu pun org baju kuning ke hijau tu dah suruh jalan cepat. Almaklum le org KL bila accident je org yg sebelah jalan yang jem sebab dok pandang accident bukannya jalan yg sepatutnya accident. hehehehe Tukang kepoche ramai termasuk aku. hahahaha. Bukan apa kadang bila terselisih dgn accident aku istiffar banyak2 mudahan di jauhkan lah hendaknya. Pengalaman dahulu accident depan hospital Serdang masih tersemat dalam memori.     
  Minggu lepas pun 2 hari berturut bertembung dengan accident kereta semasa nak sampai opis di putrajaya. Kedua-duanya accident di selekoh. Tak ingat hari apa dan pada pagi tu hujan walaupun sekejap tapi jalan licin juga tu yang agaknya bawa laju dan licin terus terbabas. Sehari sebelum tu  pagi pun ada accident semasa melalui jalan dari hosp serdang ke putrajaya. Kereta yang accident tu tak perasan kereta jenis apa sudah melintang di tengah-tengah pembahagi jalan  dari arah putrajaya menghala ke serdang. Melintang tengah dunia, agaknya depa ni  bawa laju kut sampai terbabas sebab laluan tersebut lurus je. Dah le tu boleh berpusing dan menghala semula ke putrajaya. hish hish tahun ni Ops sikap 24 memang mencanak naik angka kematian. Semakin kerajaan buat operasi semakin bertambah-tambah lah pulak accident. Yang tak tahan tu angka kematian rakyat malaysia bertambah disebabkan accident memang kiranya top ten juga lah sebab banyak sangat.

 Yang kejadian pagi tu mula-mula rasanya kereta viva puteh di selekoh selepas stesyen keretapi Serdang. Selekoh tu memang ngeri sikit sebab kalau bawa laju boleh membuang juga kat selekoh tersebut. Malahan dulu pernah lori terbalik semasa melalui selekoh tersebut. Huh berderet panjang le jalan sebab laluan besraya banyak datang dari putrajaya terutamanya saya yang sentiasa berulang-alik dari ampang ke putrajaya setiap hari bekerja. Masa melalui kereta tersebut nampak ada 2 kereta. Yang viva tu dah melintang balik semula ke Mines manakala kereta belakang nampak kemek sikit depannya dan nampak seorang lelaki turun. Tak pasti pulak viva tu pemandunya perempuan ke lelaki. Keadaan masih gelap dan samar-samar lagi sebab pukul 6.45 pagi gitu.

  Selepas tu  masa nak masuk jalan nak ke laluan Kompleks Jabatan Kerajaan lalu selekoh je dah terserempak satu kereta dah termelintang. Ya allah nasib baik belok selekoh tu slow tapi memang le kalau laju memang le terlanggar juga kereta yang dah terbabas tu sebab tak nampak. Kereta proton warna tak perasan. Nampak macam pemandu keretanya perempuan sebab 2-3 orang dok kat tepi  jalan. Nampak seorang lelaki baru berhentikan keretanya tepi jalan dan menuju pada  kumpulan tersebut.

  Entah lah bila dengar di radio KLFM ulasan berita,  PDRM pun dah tak tahu macamana cara lagi nak mengurangkan kemalangan bila musim raya. Bila buat Ops sikap je terus kemalangan mencanak-canak naik sampaikan hari-hari dengar berita jadi takut pula melihat kejadian kemalangan yang meningkat jumlah kematiannya. Apa lagi cara ya nak buat supaya dapat di kurangkan angka tersebut. Yang paling banyak penunggang motorsikal dan kereta. Aduhai....Depa kata bila tak nampak polis dok pecut semendang tapi la ni masa balik kampung kali ni kat highway setiap beberapa kilometer dok tercangguk polis traffik dok melihat kenderaan lalu. Kali ni ramai tak macam tahun lepas malahan anggota traffik di kerah bekerja bertungkus lumus menjaga kenderaaan yang balik ke kampung halaaman masing-masing untuk beraya. Kesian dia orang dek nak kurangkan accident sampaikan kena raya di jalan.  Tapi accident tetap bertambah. Agaknya sikap orang Malaysia ni kut yang kena di ubah supaya lebeh berhemah di jalanraya bukannya menjadikan jalanraya tu tempat berlumba.

Thursday, September 8, 2011

JJCM d Satay Station Ampang


  Jalan-jalan cari makan ke Satay Station ni sebenarnya sebelum menyambut puasa lagi. Dah sebulan baru nak citer. Nak citer juga sebab sataynya sodap berempah dan dagingnya lembut sangat. Memang kata puaslah melantak satay je malam tu. Kiranya rezeki sebelum nak menyambut puasa dan yang belanja ialah anak kak Nora yang nombor 2 yang kami panggil Adik. Kak nora ni sebenarnya jiran akak aku dimana rumahnya bertentangan dengan rumah akak aku dan kiranya dia geng baik lah dengan kak Maya sebelahnya dengan akak aku. Selalu datang berkunjung dok lepak depan rumah.

  Mula-mulanya nak pergi hari Ahad tapi kak Jal dan abang datang untuk appoitment pada 25hb 7 di hospital ampang jadi acara di tunda kepada hari rabu malam khamis. Fuh kiranya rezeki jangan di tolak beb. Kata kak nora sedap. Jadi kami pergi 2 kereta. Maklumle anak dia si kembar pun nak ikut tak muat le kalau bawa 1 kerete ja. Satay Station ni sebenarnya terletak berhampiran jalan ke Bukit Belacan. Bila sampai tempatnya meriah sungguh.


 Kita orang cuma order satay ayam dan daging je serta minuman. Makan lain kata kak nora ada tapi kureng sedap. Tempat tersebut ramai orang datang pada waktu malam. jadi kena datang awal lah selepas solat magrib kami terus ke situ. Yang buat best tu sebab ada hiburan life  tapi style orang lama wei. Lagu keroncong lah lagu langam lah. hehehehehe Tapi ok juga.


 Tenguk lah besar sizenya dan rempahnya begitu banyak menyeliputi satay tersebut. Memang sedap. Layan satay je malam tu pun dah kenyang tak payah makan lain. Hish sungguh mengejurkan je. Nasib baik dah lepas bulan ramadan dan dah sambut syawal.

Kuah satay yang pekat.


Amboi kak nora makan satay begitu asyik. Sebelahnya si kembar baby dan ayang.

  Sambil melayan satay, telinga di layan dengan lagu-lagu yang dimainkan oleh sekumpulan pemuzik. Tapi lagunya semua retro zaman klasik gitu. Mana taknya lagu keroncong, ghazal, lagu lama fuh memang lagu klasik lah sebab pemuziknya pun orang lama. Cuma penyanyi je perempuan dan muda lah sikit.

 Dah kenyang pewot dan kenyang tinge kita orang pun beransur balik. Tapi yang kelakornya malam tu daripada nak sampai awal akhirnya sesat barat entah kemana kami menyelongkar jalan. Sampaikan dah sampai jalan mati. Terpaksa pusing balik. Yang kelakornya ikutle bontot bas Rapid kut nanti dia keluar ke jalan besar. Rupanya bas tu dah sampai perhentian terakhirnya. Melopong kami bertiga bila tenguk bas tu best je parking di stesyen lastnya. hahahahaha masak sungguh tak boleh pakai idea ikut bas boleh dapat keluar ke jalan besar. Akhirnya kami terpaksa bertanya orang di tepi jalan sambil menjajau mencari jalan keluar ke jalan besar. Akhirnya dapat jalan yang betul fuh rasa lega. Maklum le dah malam mata bukannya awas sangat kat kawasan mana kami sesat. Bila sampai kat rumah tenguk kak nora dah siap salin baju formal kat rumah sambil tu risau maklumle anaknya yang tua dalam kereta aku. Hahaha sampai je riuh rendah kami bercerita. Kak maya pun panik juga bila tenguk aku dah sesat tapi nak buat macamana waktu malamkan kalau siang nampak le juga jalan mana kami lalu. Fuh pengalaman sungguh waktu malam sesat barat.    

Tuesday, September 6, 2011

Hotel gaya Jepun



  Fuh jepun ni memang kreatif sungguhkan. Bayangkan lah pi hotel hanya untuk tido je. Bilik tido bertingkat macam double decker pulaknya. Malahan macam ni boleh save tempat dan juga lagi banyak leh masyuk  sebab ramai orang boleh sewa dibayangkan dengan hotel biasa yang memerlukan ruangan yang lebeh.   



  Kemudahan dia lengkap dengan wifi dan television pun ada, radio pun ado. Tapi rasanya ni lebeh sesuai bagi orang yang tak sempat nak balik rumah dan hanya perlukan tempat untuk tidor semalam sahaja. Janji dapat letak kepala atas bantal. Pun bagus juga untuk pelancong yang travelling cara sempoi dengan backpack je sambil cari budget hotel.


   Tapi rasanya kena bahagikan ruangan kut kepada hanya untuk lelaki sahaja dan hanya untuk perempuan sahaja. Kalau tak buat camtu rasanya free show je kut sebab tak nampak pula ada pintu tertutup. Macam open space just for sleep je. Aduhaiiii orang tak dapat bayangkan le kalau tidor tak bertutup cam tu leh le nampak gaya macam-macam tidor hehehehe. Gaya tertiarap ke telungkup ke terkakang ke...ajeee.


Tenguk tu lepak je walaupun tempat yang terhad tapi serba serbi boleh buat. Janji ada wifi mana nak tidor pun layan je.


Dah penat layan Fb leh tenguk tv sambil baring. Tapi jaga-jaga kain tu kang tersalah bergolek kang haru je fresh air masuk dalam kain. hehehehe


  Kalau jenis minah kepoche sambil bertenet leh jenguk sebelah sambil bergosip hah artis mane skandal. Hahaha boleh lah pulak bayangkan camtu. Pi jenguk je kepala sebelah sambil bergosip. Sonang sungguh kan. Apa pun memang canggih manggih idea dari Jepun ni. Ya lah kan org Jepun kan rajin bekerja dan serba serbinya nak pantas dan cepat je. Kat malaysia nak buat hotel gaya ni tapi rasanya cam sesuai buat untuk budak asrama je kut. hah masak ada yang tak pi sekolah dek layan tenet dan layan Tv. hahahaha Teruk le warden asyik nak kena pi serbu dorm setiap hari. hehehe kenangan di hostel memang sentiasa dalam ingatan.

  

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri



Assalamualaikum dan selamat hari raya Aidil Fitri.

 Hai raya dah masuk raya ke 8 baru nak ucap Selamat hari Raya. Almaklum le faham sendiri lah ya bila dah balik kampung dengan cuti seminggu raya memang malas sungguh nak membuka blog maklumla bukan penulis tegar macam setengah orang tu dimana setiap saat dan masa blog tak lepas dalam ingatan.  Orang ni kalau ada angin rajin je kadang menulis kalau tak rajin kadang banyak sketsa dalam kehidupan berlalu sahaja. Tu yang kadang cerita dah basi baru nak bercerita. Kalau jadi wartawan dah sahle kena tendang sebab berita dah tak fresh lagi. Orang lain dah sampai bulan kita masih jalan kaki lagi huhuhu haru sungguh.

 Raya seminggu kat kampung tak pergi mana pun. Ada tak ada pun pergi rumah akak yang sulong dengan adik beradik di melaka. Raya pertama memang merupakan kunjungan adik beradik datang ke rumah mak, semua anak dan cucu dan cicit akan datang beramai-ramai menjengah mak,  sambil tu jengah sekejap rumah Pak Itam yang merupakan satu-satunya pak saudara belah bapa yang tinggal jadi jenguklah juga. Rumahnya berselang dengan rumah Aruah Chik yang setelah meninggal dunia rumahnya terus terbiar malahan katanya dah ada benda lain pula yang menghuni rumah tinggal tu. Sedih tenguk rumah Aruah mak saudara Aruah Chik di tengah rumah antara rumah mak dan rumah pak Itam yang terbiar usang. Anak-anak angkatnya semua tak nak tinggal di rumah itu.

 Raya ke 3 pula join akak pi gathering akak senior tahun 81 SMSAB di Tanjung Mas, dimana sebahagian akak senior tu orang kenal dan biasa  apa lagi akak-akak di asrama seperti Kak zaidah, kak Norhana Sahar, Kak chik memang orang nak jumpa. Kak amilah Ahmad pula memang orang tak boleh lupa sebab kak milah tu kelakar apa lagi ada scene yang menggelikan hati semasa di asrama yang orang tak boleh lupa iaitu jatuh dari katil 2 tingkat. Memang havoc seungguh bila dengar cerita kak milah time jatuh katil tu. Bayangkan dok asrama kan pakai katil 2 tingkat. Dia yang dok atas boleh jatuh macam nangka busyuk je kedebuk jatuh. Hai kak milah kak milah.  Tu pasal orang memang tak boleh lupa kat dia bila teringat scene tersebut.

 Selain dari tahun 81 terdapat juga senior iaitu Kak mamie besfren Kak shireen masa sekolah dulu. manakala kawan akak yang orang biasa dan mereka pun kenal ialah Kak sharifah, Kak rozita, kak Noraishah. Kak Noraishah ni still macam dulu walhal anak dah besar. Orang teringat kat dia sebab masa orang tingkatan 1 aktif sukan dan training lumba lari bersama dengan Maryamah Kamijan. Masa tu akak sekolah belah pagi dan dengan kak noraishah dok menengok kami berlatih lumba lari. Yang kelakor tu dari tingkat 2 dia dan akak dok sokong sapa antara orang dengan maryamah sapa menang. Akak mesti le sokong adiknya saya manakala kak noraishah pula sokong maryamah. Scene tu yang buat orang teringat kat kak Noraishah tu. Manakala Kak chik pula setelah habis sekolah baru saya tahu kalau dia anak saudara dengan Aruah Wak Bolah padahal saya dan kak chik satu dorm dulu masa saya baru masuk form 1 di dorm puteh.

   Ni gambar tahun 2009 yang tiada ialah Akak nora yang masa ni belum sampai muar, dalam perjalanan dari Kl manakala adik lelaki pula Faizan yang pada tahun tu beraya di rumah mak dulu dan dah balik melaka beraya rumah mertuanya pula. Raya tahun ni tak ambil gambar keluarga pun.



 Ni mak bersama dengan cucu-cucunya dan pasangan masing-masing. Ni ada yang tak ada ni kalau tak lagi penuh sampai tak muat nak masuk dalam gambar. hehehe Tahun ni akan bertambah lagi cucu dengan cicit. Adik saya faizol orang rumahnya dah sarat tinggal tunggu hari nak bersalin manakala Meri dan Meria anak akak saya yang kedua pula pun sedang mengandung dan kemungkinan pada bulan 10 dan 12 akan bersalin. Amboi Kak Limah nak dapat cucu berderet-deret.


Mak bersama dengan cicit-cicitnya. Tak semua yang ada sebab Hirul cicit mak yang paling tua entah mana masa ni.

 Apa pun syukur alhamdulillah raya dapat berkumpul semua adik beradik, cucu-cucu dan cicit-cicit mak bersama meraikan Hari Raya bersama-sama. Tiada saat yang indah kecuali dapat berkumpul beramai-ramai setahun sekali seperti Hari Raya Aidil Fitri. Maaf jua buat masniah dan aini sebab tak menziarah rumah semasa balik beraya ni. Masniah cuba call tak dapat manakala rumah aini pula ingatkan nak datang hari Ahad tapi sebab balik bersama akak dan lagi pun takut jem terus je balik awal selepas habis marhaban perempuan di rumah mak.

  Di kesempatan ini saya memohon maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa tercuit hati dan terasa, almaklum saya tetap manusia biasa. Salam kemaafan jua di pinta. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.