Thursday, February 5, 2026

Pemenang Give Away Baju Raya


 

Assalamualaikum,


Lama kan keputusan Ga baju raya ni tak di umumkan lagi. Maaf lah balik kampung baru-baru ni kena pakage lah pulak demam, batuk dan selsema sehinggakan terpaksa cuti kerana tidak sihat. Ini disebabkan bila malam batuk begitu mengila malahan rasa bagaikan tekak ni rasa nak di buka supaya boleh cuci kuman yang begitu seronok berkubang sehinggakan merasa gatal sangat. Ini juga menyebabkan tidur yang tidak nyaman sehinggakan bila bangun esok paginya rasa nak sambung tidur lagi. hehehehe. Ok lah kita redho ler sakit itu sebagai penyuci dosa.

Oleh kerana masih ada 2 lagi kain yang belum ada pemunyanya tapi sebab dah seminggu lebih saya terus buat pengumuman siapa yang berjaya. Pihak wafiy pun dah minta alamat nak hantar kepada yang berjaya.   

Kita terus pada agenda utama ye.

Tahniah buat semua yang join GA baju raya. Nak umumkan juara yang mendapatkannya iaitu calon-calonnya adalah. eh macam nak menang anugerah tersohor je. hehehehe


No 1 jatuh kepada Sheila Majid opss nama glemernya adalah Ammi 

No 2 jatuh kepada  MA atau di kenali dengan mummy ayu

No 3 jatuh kepada  Puan Mulan

no 4 jatuh kepada  nama glemer adalah cie

no 5 jatuh kepada nick name lydia

no 6 jatuh kepada  Puan rawiwa

no 7 jatuh kepada nama glemer orang bukit aka Nohas (masih alamat lama ke) 

no 8  jatuh kepada sii Nurul

no 9 jatuh kepada belum ada pemenang

no 10 jatuh kepada belum ada pemenang


Alhamdulillah ada beberapa nama yang telah ada dalam simpanan saya. Bagi Puan Mulan dan Sii Nurul yang baru pertama kali join boleh lah hantar nama , alamat dan no phone dan email kepada saya notie.bakrian@gmail.com untuk penghantaran hadiah.  

No 9 dan 10 jika ada yang berminat nak kain raya boleh lah email juga kepada saya.  Tapi cepat lah ye. Nak bagi free je ni kain raya. 

No comments:

Post a Comment