Sign autograph HPJ
28.1.2026 - LAWATAN UNIVERSITAS BINA MANDIRI (UBM) GORONTALO, INDONESIA KE HOSPITAL PUTRAJAYA.
Hospital Putrajaya (HPj) amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi seramai 81 orang yang terdiri daripada mahasiswa bidang Farmasi dan Nutrisi serta para pensyarah dari Universitas Bina Mandiri, (UBM) Gorontalo, Indonesia.
Sesi telah dimulakan dengan penuh tertib melalui ucapan aluan oleh Dr. Mohammad Khairol Anwar bin Yusop, Timbalan Pengarah Perubatan II Hospital Putrajaya. Agenda diteruskan dengan perkongsian perkhidmatan Jabatan Dietetik oleh Puan Nor Afidah Binti Jamaludin, serta taklimat informatif daripada Miss Tara mewakili Jabatan Farmasi.
Bagi memberikan pengalaman yang lebih bermakna, para delegasi turut dibawa melawat secara fizikal dan diberi pendedahan visual mengenai peranan penting:
Semoga lawatan ini menjadi jambatan perkongsian ilmu yang bermanfaat buat kedua-dua pihak. Kami berharap delegasi UBM pulang dengan input praktikal yang bermakna, dan Hospital Putrajaya terus komited dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa demi kecemerlangan perkhidmatan kesihatan.
Selamat maju jaya kepada semua mahasiswa Universitas Bina Mandiri, Gorontalo, Indonesia ! 
Jabatan Dietetik & Sajian memberi penerangan mengenai Jabatn tersebut di HPJ.
Wakil dari Farmasi
Posing ramai-ramai. Cantik sebelah kanan bertudung putih semuanya.
Alhamdulillah banyak juga kami menerima tetamu daripada Indonesia. Semuga banyak pengetahuan yang di perolehi dengan melawat Hospital Putrajaya. Mungkin boleh juga bertukar-tukar fikiran disamping memperolehi ilmu baru.Pertanyaan daripada tetamu yang datang
Melihat jabatan Dietetik & Sajian
Jabatan Fisioterapi
Melawat Jabatan Farmasi












semoga program ni memberi mnfaat pada kedua-dua pihak :D
ReplyDelete