Thursday, February 12, 2026

Bengkel Sleep Lab 2nd pada Tahun 2025

 19/5/2025- 23/5/2024 2ND SLEEP LAB HOSPITAL PUTRAJAYA WORKSHOP 2025






19/5/2025- 23/5/2025 2ND SLEEP LAB HOSPITAL PUTRAJAYA WORKSHOP 2025

Sebagai salah satu institusi yang berpengalaman, justeru adalah menjadi tanggungjawab Pusat Kajian Tidur atau Sleep Lab Hospital Putrajaya untuk mengambil inisiatif menganjurkan bengkel ini bagi memberi pendedahan yang umum kepada pegawai perubatan dan paramedik yang berminat atau yang baru berkecimpung dalam bidang ini.
Bengkel ini merupakan inisiatif Jabatan Otorinolaringologi Hospital Putrajaya dengan kerjasama Persatuan Pakar Hospital Putrajaya untuk memperkukuhkan keupayaan profesional dalam bidang kajian tidur – terutamanya dalam penguasaan teknik Polysomnography dan PAP therapy.
Isu kesihatan seperti Obstructive Sleep Apnea bukan lagi isu kesihatan pinggiran. Ia memberi kesan kepada kualiti hidup, prestasi harian, dan kesihatan jangka panjang pesakit. Oleh itu, kursus ini memberi penekanan bukan sahaja kepada aspek teori, tetapi juga pendekatan praktikal yang membolehkan peserta mengendalikan prosedur dengan lebih cekap dan berkeyakinan.
Adalah menjadi harapan Jabatan Otorinolaringologi bahawa kursus ini menjadi permulaan kepada usaha yang lebih besar – iaitu melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu mengembangkan perkhidmatan kajian tidur ke seluruh negara. Jabatan Otorinolaringologi amat berharap agar satu hari nanti, pusat-pusat kajian tidur yang lengkap dan berfungsi dapat diwujudkan di lebih banyak hospital kerajaan, terutamanya di negeri-negeri yang masih belum mempunyai akses yang cukup terhadap rawatan ini.
Jutaan terima kasih kepada YBrs Dr Rashidah Binti Yasin, Consultant Internal Medicine and Respiratory Medicine, Sleep Medicine Specialist, di Oriental Melaka Straits Medical Centre, YBrs Mr Kugan Raman, Otorhinolaryngologist di Hospital Cyberjaya dengan special interest in Sleep medicine and Sleep surgery, YBrs Ms Farah Hani Binti Hasan, Otorhinolaryngologist dari Hospital Kuala Lumpur dengan special interest in Sleep medicine and Sleep surgery yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam sesi ceramah mereka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs Dr Suraya binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya, diiringi oleh YBrs Dr Hariati binti Jamil Timbalan Pengarah Perubatan I Hospital Putrajaya, YBrs Dr Khairol Anwar bin Yusop, Timbalan Pengarah Perubatan II Hospital Putrajaya dan YBrs Dr Nur Zulaikha binti Nordin Ketua Penolong Pengarah Kanan Perubatan 1 Hospital Putrajaya.


Ala semua dah nakn tidur ke


Penceramah jemputan


Pakar dari Hospital Cyberjaya


Team yang terbabit



Para peserta tekum mendengar ceramah yang diberikan.




Penceramah daripada Hospital Kuala Lumpur


Semua yang terlibat.

Kiranya Bengkel kali ke 2 ini di buat supaya banyak para medik dan Pegawai Perubatan mengetahui lebih banyak lagi mengenai bidang kajian tidur. Sekurang-kurangnya lebih banyak pakar dapat di wujudkan mengenai penyakit yang dihadapi oleh pesakit semasa tidur dan juga  kajian tidur ini. 

No comments:

Post a Comment