Thursday, March 3, 2022

Jom Join Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!



Assalamualaikum,

Wah lama dah tak join GA kengkawan. Hah ni tiba-tiba nak join lah. Mana tahu ada rezeki di 1hb bulan Syaaban ni. Apa pun sebenornya nak sokong kengkawan juga walaupun kadang aku ni tengelam timbul rumah kengkawan tapi apa pun kengkawan tetap di hati aku. chewahhhh bukan bodek ya tapi ikhlas di hati nurani ku. hehehehe


Ok tak susah meh jom join ikut step by step yang aku dah buat ni. Jom jom jom jom  heboh heboh eh


 1. Buat satu post entri bertajuk : Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!

     aku :  Sedang dalam proses nak buat dan bila post je nanti ting siap doh.


2. Follow Blog Syazni Rahim. 

    aku : dah lama follow bila terjebak masuk rumah kawan yang lain.


3. Letak banner giveaway di atas dan backlink kan ke entri giveaway ini. Kalau tak dapat klik kanan (terutama yang menggunakan desktop), guna Snipping Tool ya!

   aku: mula-mula tak tahu camno backlink tu sekali klik sana klik sini emm tak tahu le jadi ke tak ni. Kalau klik banner pi rumah tuan tanah hah jadi le kalau ke negara antah berantah ampun ya tuan rumah. bab bab changgih manggih ni aku slow sikit belajor maklumle berkarat sikit ingatan hehehe


4. Kalau nak bagi panjang sikit, bolehlah ceritakan entry SR yang mana yang kalian paling ingat? Dan kenapa? (Tak wajib)

    aku: Maaf lah SR entry SR masih banyak tak hadam lagi almaklum le tengelam timbul        sekejap muncul sekejap hilang entah kemana....maaf le yang ni tak pasti mana best...tapi bila kata penulis hah yang ni aku bukak mata sikit almaklumle geng selalu penulis novel apa lagi kalau ulat buku. 

Rupa-rupanya bila belek-belek sidebar SR yang blog dia dah masuk tingkatan 1 aku pun belek le side bar rumah aku lorrrrrr hampir nak sama tahun cuma di hujung tahun je. wah diam tak diam dah nak 13 tahun rupanya blog aku. hehehe...dah tua rupanya eh cam ada idea je nak sambut anibersari kut. Itu nanti lah mungkin boleh jadi idea untuk kongsi rezeki ya. Insya Allah. Mana tahu tahun ni rezeki aku Allah mewahkan.  Aamiin.


5. Selepas selesai semua, bolehlah publish dan submit link entry kalian itu ke ruangan komen di entry giveaway ini.

     aku: hah dah siap nanti aku submit ya SR tunggu aku datang...yeh yeh yeh


6. Tarikh akhir untuk submit link penyertaan kalian ke ruangan komen entry giveaway ini adalah pada 20 Mac 2022!

     aku: hah apa lagi kengkawan meh jom join reramai....yolah weiiii



Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, February 24, 2022

Gempa bumi di Sumatera Putrajaya rasa bergegar

 


Assalamualaikum,

Berita terkini hiburan sensasi....neno neno ....di lapurkan terdapatnya sessi gegaran di putrajaya....wah apa kah ini yang terjadi. Oh rupanya ada gempa bumi di Pekan Baru Indonesia. Patutlah malaysia kena tempiasnya.

Hari ini opis kita orang buat bacaan yasin setelah lama tak buat baca yasin. Jadi Boss suruh buat bacaan yasin sebab ramai staff yang dijangkiti virus covid 19. Minggu lepas dan minggu ni dah 5 orang staff yang positif. Buat juga majlis persaraan staff perangkaan yang sepatutnya tamat bekerja pada 1hb April. Jadi lepas habis baca yasin kita orang pun ambil sarapan nasi kerabu dengan sedikit kuih muih yang telah disediakan. Bacaan yasin start pukul 8.30 pagi. 

Jadi bila dah habis baca yasin tu masing-masing ambil nasi kerabu dan kuih dan makan di tempat masing-masing. Dah kenyang sarapan nasi kerabu yang sungguh sedap kami pun sambung buat kerja.

Tengah sedap buat kerja tiba-tiba aku rasa kerusi yang aku duduk kok rasa bergoyang. eh napa ni aku pening ke sampaikan tempat duduk rasa bergoyang. Lepas tu meja pc rasa bergegar. Yang lebih efektif lagi aku nampak partition Cik Mimi bergoyang-goyang sambil aku tanya eh ada rasa goyang tak. Ke akak yang pening kepala. sister Siti pun menyahut....eh haah lah rasa bergoyang.

Semua pun bising ada rasa tak ada nampak tak. Tak lama kemudian satu pengumuman dibuat menyuruh semua staff turun dan berhimpun di tempat yang telah disediakan untuk kecemasan. Hah apa lagi semua pun berduyun-duyun turun tangga. Aku sempat lagi tu buang air kecil sebab takut lama masa kat bawah.... hehehehe sempat lagi tu padahal kalau kecemasan emmm mana sempat buat semua tu.


sempat lagi tu posing.....masa ni belum ramai orang yang turun tempat parking ni.

       Kawasan parking antara parcel E7 dengan E8 yang menjadi tempat perhimpunan warga KKM apabila ada kecemasan.


Ambil gambar staff yang kami dah berhimpun dan hantar pada boss yang sedang meeting dengan Pengarah Perancangan.


En Rushdi tukang ambil kedatangan. Kut ada staff yang tercicir entah kemana....hehehe 



Jabatan meteorologi siap keluarkan surat makluman. Cepat sungguh ko....


Pengarah kami Dr Rozita Halina Tun Hussin sempat lagi tu sambung meeting yang tergendala kat tepi laluan pejalan kaki kat E1. Perghhhh komited sungguh Big boss.


Jom lah kita baca doa ketika gempa bumi berlaku. Semuga Allah lindungi rakyat  Malaysia dari segala bencana dan musibah. Aamiin.


Sunday, February 20, 2022

KL - JB - Tumpat - KB - KL Hari ke 3 Ayam percik Yati

 




Assalamualaikum,

Selesai bayar duit parking yang kena saman kat kaunter depan Pasar Siti Khatijah kami pun teruskan perjalanan. Mula-mula tak tahu iejay nak singgah mana sekali bila turun dari kereta nampak le gerai Ayam percik Yati wah tu dia ayam percik ko. Dah le dari jauh nampak berasap dia bakor ayam. Hish hish cepat-cepat kami cari meja makan.

Tuesday, February 15, 2022

KL-JB-Tumpat-KB-KL hari ke 3 Pasar Siti Khatijah





Assalamualaikum,

huh trip dah masuk tahun baru masih tak habis lagi cerita. hehehehe hangpa tahule aku lagu mana asyik tak selesai celoteh. Apa pun kita sambung lagi ya. Dah nak habis ni. jom jom jom. 


KL - JB - Tumpat - KB - KL - Hari ke 3 Pantai Senok



Pagi-pagi semasa menunggu wan nak jemput kami sarapan, kita orang keluar le awal dan jenguk pasar Siti Khatijah. tapi masa tu pasar belum sepenuhnya di buka. Tapi dah ada gerai dan kedai yang di buka. Seronok kalau jenguk kat sini. Macam-macam ada...memang rambang mata sokmo je.

Monday, February 14, 2022

Cuti Raya cina buat apa

Assalamualaikum,

Citer cuti raya cina lagi. hehehehe Cuti raya kan tengah minggu tapi hari sabtu lagi kita orang dah balik. Tu pun Jaki datang pagi-pagi ingatkan nak tolong racunkan rumput dan semak kat belakang kebun serta tebang pokok yang tak elok. Sekali tebang gergaji dia rosak pulak. Nak racun sampai belakang semaknya rimbun sangat takut ada yang menyusur keluar je. Jadi tak habis le kerjanya kena tunggu Adik datang bawak gergaji mesin.