Monday, February 14, 2022

Cuti Raya cina buat apa

Assalamualaikum,

Citer cuti raya cina lagi. hehehehe Cuti raya kan tengah minggu tapi hari sabtu lagi kita orang dah balik. Tu pun Jaki datang pagi-pagi ingatkan nak tolong racunkan rumput dan semak kat belakang kebun serta tebang pokok yang tak elok. Sekali tebang gergaji dia rosak pulak. Nak racun sampai belakang semaknya rimbun sangat takut ada yang menyusur keluar je. Jadi tak habis le kerjanya kena tunggu Adik datang bawak gergaji mesin.


 Jadi hari ahad sambung semula. Kali ni Kak nong dengan abang berahim pun datang jenguk. Jaki pun datang petang tu dengan Kak ijah. Kali ni kita orang tebang pokok kelapa yang tumbuh sendiri dan memang tak cantik sebab dekat dengan pokok mangga yang aku beli dan tanam. Pokok mangga tu berebut-rebut nak cahaya matahari dengan pokok kelapa tersebut jadi takde lah dia nak berbuah. Dah lapang takde penghalang dah bubuh baja harap-harap kali ni dapat hasilnya. Aamiin

Pokok kelapa tu tumbang hempap bangsal lama yang dibuat tempat simpan papan-papan lebihan dari buat rumah dahulu. Jadi tak kisah le bila pokok hempap bumbung bangsal tersebut. 


Adik bawak gergaji mesin dia hah sekejap je ...grrrr sana grrr sini. Adik dan Jaki yang kerjakan berdua sebab yang lain balik hari selasa. 


Ada 2 pokok yang di tebang.Satu sebelah pokok sebelah belimbing buluh tebang ngala ke parit. Yang satu lagi sebelah mangga. Tu yang menghempap bangsal lama. 

 Bangsal lama ni dulu tempat reban ayam juga tempat letak baja. Tapi tu dulu-dulu time aruah mak ada lagi. Sekarang ni kita orang letak je papan-papan dan tiang lama yang elok lagi masa buat dapur belakang. Aku cadangkan pada kak nong roboh kan je lah bangsal ni. Sekurangnya ada tempat lapang buat park kereta ke tanam pokok buah ke. Tapi kak nong tak bagi. 


Sekejap je dah lapang di kerjakan adik dengan Jaki. Tapi tu lah pokok mengkuang yang tumbuh dalam parit tu tak di bersihkan lagi.Masih semak lagi.


Masa potong dahan tu tiba-tiba kak nong kata nak buat penyapu lidi. Banyak tu daun kelapa cuma tak dan nak membersihkan lidinya. 



Banyak juga ni kalau di bersihkan buat penyapu. Susah nak jumpa penyapu lidi kelapa sekarang ni. 


Tu dia siang parit yang semak samun. Tu pun tak habis. Pokok mengkuang depannya tu tak habis tebang lagi. Kak nong jadi mandur tenguk adik dan anak buah buat kerja. 

Sekali lepas bersihkan dahan pokok kelapa tiba-tiba adik bawak daun kelapa muda. Wah boleh buat lepat ni. Tak pun buat ketupat.

Bila nampak Kak ijah datang Kak jal dengan anak-anaknya yang pergi kondangan kat klang terus je balik Bakri sebab nak jumpa Kak Ijah. Jadi bila nampak daun kelapa muda tu Kak Jal suruh aku buat lepat pulut. Kak nong pulak kata nak bawak rendang. Hah ok set boleh buat makan masa raya cina nanti. hehehehe orang lain yang raya kita orang pun raya juga. Cuma tak lengkap sangat macam masa raya lah. Tapi jadilah ada lepat dan ketupat.

Jadi bila petang Isnin Jol pulak balik hah aku suruh dia tambah lagi daun kelapa sebab tak cukup dan daunnya pendek. Almaklum le mesti tak cukup ni. Pulut 2 kilo je aku buat. Daun kelapa yang lebih dari buat lepat ada banyak. Kak limah terus anyam buat ketupat. Hah baru nampak ketupatnya besar-besar. 

 Kak limah di hantar Har masa dia nak balik JB manakala Yah dan keluarganya pergi bercuti kat legoland. Daripada berjalan penat kata kak limah biar dia balik bakri je. Tu yang dapat siapkan kelosong ketupat. 

 Tada...... pagi selasa tu selesai misi buat lepat pulut dan ketupat. Rebus lepat dulu baru ketupat. Jadi dalam pukul 12 dah siap masak lepatnya. Ketupat yang lambat. 



Lepat pulut orang jawa.....dah siap masak. Tunggu rendang kak nong. 


Masak ketupat pula. 


Kak jal datang bawa sambal tapi bekas kecil je. emm tak puas hati aku sebab sambal tumisnya sikit. 

Jaja masak lodeh jadi bila kaknong bawak rendang, semua pun serbu makan tengahari. Bila ketupat dah masak orang Parit sulong pulak sampai. hah apa lagi semua serbu. Masa sibuk-sibuk kat dapur bila kak nong sampai rupanya wani sekeluarga pun balik juga. Hah ramai lah apa lagi semua anak-anak kak nong ada. Ada umbut kelapa kak nong buat masak lemak. 

 Rendang satu bekas memang marbeles lah.


Dah selesai mengayam ketupat kak Limah nampak daun kelapa terus dia meraut daun kelapa jadikan penyapu lidi. Ni sempat dapat buat sebelum tempat yang kak limah duduk tu collapse kena pokok kelapa sewaktu  Tebang pokok kelapa kena awning dapur



Dah bersihkan belakang dapur yang bersepah dek tebang pokok kelapa hah apa lagi sambut birthday. 1hb februari tu birthday kak nong. Kiranya sambut birthday kak nong, dengan harazz  cucu kak jal dan Marsha cucu kak limah serta faezah menantu kak nong. Birthday depa hujung bulan 1 jadi kita rangkum semua. Kek pun ada 2 tu maklum le anak cucu ramai. hehehehe


Kelapa muda banyak air kelapa pun banyak hah julie buat coconut shake.  layan dengan kek birthday....yummmy.


Alhamdulillah....selesai acara berkumpul ramai-ramai keluarga kami. Yang tak ada kakak kat rawang je. Bila nampak ketupat dan lepat pulut dalam whatsapp keluarga emmm sedih dia. Syukur dapat berkumpul ramai-ramai, walaupun Kak ijah tak sihat sangat tapi nampak gembira dia bila dapat jumpa adik-adiknya. 


Dah petang ni jadi lepak dulu kat anjung sebelum satu demi satu adik beradik aku beransur pulang. Tu nampak Ijan dah balik dulu. Ala melaka dengan muar bukannya jauh. 

Ni dengar le geromal Jaki entah apa yang di geromalnya. Ada je ayat dia.


Seronok je kan dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Walaupun sebelum ni baru je di timpa tragedi tapi ala buat lex lex je.  Duit boleh cari nilai persaudaraan tiada nilainya.


Alhamdulillah syukur Allah masih beri rezeki kami kehidupan lagi di dunia ini. Semuga Allah kurniakan rezeki kesihatan yang baik buat semua adik beradik aku serta anak saudara dan cucu saudara. Ammin. Syukur atas nikmat rahmatMu Ya Allah.  

10 comments:

  1. aktiviti yang seronok, terutama bila berkumpul dengan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ramai-ramai memang seronok ada je agenda bersama.

      Delete
  2. Aduh.. Meriahnya aktiviti.. mengemas dan makan-makan..
    Ramai-ramai memang seronok.. Yup.. Penyapu lidi tu bukan senang nak jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan daun kelapa banyak tu yang hah cadang nak buat penyapu. Tapi tu lah dapat sikit je raut daun depa pi kemas habis semuanya di humban dalam api. Sabor je lah

      Delete
  3. seronoknya berkumpul ramai mengemaskannya sambil berkenduri ...rumah kak di kampung anak2 takut nak masuk bersihkan sbb dh jadi kediaman ular tedung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar...sayangnya kak. Kita orang selalu plan ramai-ramai balik supaya rumah kat kampung tu bersih dan kemas. Ada penghuninya tapi tu lah mana larat nak bersihkan keliling rumah jadi adik beradik yang lain balik gotong royong bersama-sama.

      Delete
  4. Ni qada' tahun lepas tak dapat beraya ke kak? Nampak meriah. Lepas kerja penat-penat, makan ramai-ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan ada daun kelapa muda...terus je anyam buat ketupat dan lepat pulut. Dan kebetulan ramai yang balik cuti

      Delete
  5. Lepat pulut tu nostalgia betul. Dulu-dulu waktu hari raya saja dapat makan, atau semasa orang bagi punjungan. Sedap dimakan begitu saja sebab memang sudah lemak, ada yang ditambah kacang tolo atau udang kering. Makan cecah dengan serondeng pun sedapnya lahai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu buat 2 versi biasa dan satu lagi letak kacang tolo tu. kalau letak kacang tu ramai peminatnya tapi tu lah takde stok. Jumpa kalau nak raya je. Kebetulan ada daun muda hah buat le. Lepas rindu sebab 2 tahun tak buat.

      Delete