Sunday, December 8, 2024

Peringatan Keselamatan dan Kesihatan Petugas KKM Semasa Banjir


 


Assalamualaikum

Infografik ni bukan hanya untuk petugas KKM tapi bagus juga buat semua tidak kira mangsa banjir atau pun tidak supaya sentiasa berhati-hati semasa bencana banjir melanda. 

Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2024


 

Assalamualaikum,

Nampak kat post master....eh ada ye hari anti rasuah sedunia...aku baru tahu padahal rasuah tu semua negara ado. aiyakkkkk apa pun bekerja lah seikhlas hati. Semuga ganjarannya Allah yang beri tapi zaman sekarang ni emm semuanya nak tayang kat boss kita buat.  Apa pun tepuk dada tanyalah iman. hehehehe

Semuga kita mempunya integriti menjauhi rasuah. 

Wednesday, December 4, 2024

Tahniah Hospital yang mendapat pensijilan Akreditasi MSQH

 











Assalamualaikum,

Dalam tahun ini banyak juga hospital yang mendapat pengiktirafan MSQH. Mana hospital yang sedang merancang banyak lah lawatan ke hospital yang sudah mendapat sijil seperti Hospital Putrajaya yang memperolehinya pada awal tahun 2023. Menimba ilmu bagaimana nak menangani soalan auditor dan bagaimana nak menghadapi soalan yang panjang-panjang semasa audit tersebut dijalankan. Memang stress lah apa lagi kalau mengadap auditor yang cerewet. Perghhhh masak lah ko bila kena hadap tu semua. BOleh tension tau selagi tak dapat. Tapi akhirnya bila dah dapat sijil alhamdulillah berbaloi penat lelah sebelum ini.

Jadi tahniah lah buat Hospital Rompin, Hospital Kulim, Hospital Kapit, Hospital Tampin, Hospital Pekan, Hospital Besut , Hospital Serian dan Hospital Keningau. Semuga Jabatan Rekod perubatan dapat memberi perkhidmatan yang lebih lagi buat pelanggan dalaman dan pelanggan luaran. 

Tuesday, December 3, 2024

Pengurusan ubat sebelum, semasa dan selepas banjir


 


Assalamualaikum,

Sekarang musim banjir kan bagi pesakit-pesakit yang hari-hari tidak lupa kena makan ubat seperti darah tinggi, kencing manis yang memang memerlukan ubat supaya sihat selalu amatlah penting untuk 
menguruskan ubatnya sendiri.

Ini ada infografik bagaimana kita menguruskan ubat-ubat yang amat penting untuk kesihatan diri sendiri. Semuga ianya manfaat bagi anda sekelian. Semuga Malaysia nyah daripada bencana banjir setiap tahun.


Cegah Jangkitan saluran Pernafasan semasa banjir


Assalamualaikum,

Sekarang Malaysia sedang di landa musibah banjir. Area pantai timur terutamanya Kelantan banjir teruk kali ni. Perlis, Pahang, Johor ,Terengganu , Melaka dan Kedah. Masa ni macam-macam penyakit akan timbul. Bagi yang sakit berkaitan pernafasan hah kena berjaga-jaga ya.