Wednesday, February 7, 2018

Umrah 2017 - Ziarah 2 ( Raudhah- Taman Syurga )



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, malam pertama dah dapat beri salam pada Rasulullah dan dapat solat dalam masjid Nabawi. Malam tu juga jemaah lelaki dah dapat menziarahi Raudhah, Maqam Rasulullah, Maqam Saidina Abu Bakar dan Maqam Saidina Umar Al khatab. 

Malam ni pula jemaah perempuan pula menziarahi Raudhah. Kali ini KUJDT menggunakan mutawif perempuan yang berasal dari Indonesia yang tinggal di Madinah. Dia akan  membawa kami dan memimpin cara-cara bagaimana nak melawat Raudhah. 

Kalau tenguk dari gambar diatas warna kuning adalah jalan masuk. Raudhah kawasan yang berwarna hijau dan karpetnya warna hijau.Manakala warna merah adalah jalan keluar.

Pintu masuk ke raudhah adalah dari pintu 25 - 29


Ni adalah jadual masa melawat Raudhah bagi kaum muslimat. Orang perempuan ada masa-masa tertentu yang boleh masuk manakala bagi lelaki 24 jam boleh jenguk, bergantung kepada kepadatan orang yang datang je. Bestkan orang lelaki 24 jam boleh melawat Raudhah. 

Masa aku pergi ni aku ingat hanya subuh dan lepas isyak je rupanya waktu zohor pun boleh. Setelah balik Malaysia, baru terbaca macamana taktik-taktik kita dapat masuk Raudhah dengan aman dan boleh solat selama mana yang kita mahu.  Sebagusnya lepas subuh atau lepas isyak pukul 1 malam tu. Masa penghujung lawatan dimana orang semakin kurang dan tidak padat. Masa tu lah boleh solat dengan aman dan sujud lama. Tapi masa tu aku tak tahu taktik-taktik yang bagus kalau nak melawat Raudhah. Dah balik baru tahu...alahaiiii . Ni yang rasa macam tak puas je pergi kali pertama. Balik Malaysia je dah rindu nak berkunjung lagi.  

Ya Allah , mudah-mudahan ada rezeki aku untuk datang lagi ke Rumah Mu Ya Allah.  Kalau boleh setiap tahun pun nak berkunjung ke Mekah dan Madinah. Aamiin.


  Ni aku ambil dari Pakcik Google..sebab aku tak nampak papan tanda ni.

Tulisan bahasa Indonesia pun ada. Sebab ramai warga Indonesia yang tinggal dan bekerja di sini. 


Lepas solat Isyak dan makan malam, kaum perempuan yang hendak mengunjungi Raudhah pun berkumpul di lobby. Kak nong dan Kak ijah tak ikut sebab dah pernah pergi, jadi aku dan Kak Jal ja yang join ziarah Raudhah ni. Memang bersemangat nak ziarah ni. Kalau tak ziarah rasa rugi. 

Ada 2 team dalam lebih kurang 10 - 12 orang. Bila dah kumpul semua, kita orang pun terus ke pintu 25.  Letak kasut di tempat kasut, sama-sama longgok dengan teman yang lain. Ingat tempat kasut tersebut ya supaya bila keluar nanti tidak tercari-cari atau salah tempat.  Selalunya kasut aku masuk dalam beg kasut dan bawa ke dalam supaya tidak hilang tapi sebab masuk Raudhah orang selalunya ramai , jadi takut menyusahkan nak letak dimana semasa kita sedang solat. Semasa letak tu doalah banyak-banyak supaya tidak hilang. Kalau hilang tu redho aje lah. Tapi alhamdulillah sepanjang aku di Madinah dan Mekah kasut tak hilang. Malahan beli selipar baru lagi supaya memudahkan berjalan dengan laju. 

 Sempat ambil gambar 2 kali ja semasa sedang menunggu pintu di buka.Nampak kubah hijau atas tu. Oleh kerana kamera aku takde lah changgih sangat jadi idakle nampak sangat warna kubah hijau tu. Apa pun tentu nampak betapa ramainya orang menunggu nak solat dalam Raudhah.

Sementara sampai turn, kita orang solat sunat dulu, baca doa yang di pimpin oleh mutawiif yang KUJDT tempah. Sambil menunggu doa lah banyak-banyak supaya Allah mempermudahkan dan dapat solat dengan mudah. Sambil berdoa, wirid lah banyak-banyak atau berselawat banyak-banyak, kan kita dah dekat dengan Maqam Rasulullah. Sementara menunggu tu , isilah masa tersebut dengan berfaedah. Rugilah kalau kita hanya dok melanggut ja sementara sampai masa nak masuk ke Raudhah.

Rupanya ada 2 kategori yang dibahagikan. Sebelah kiri jemaah dari Asia Barat dan yang sewaktu dengannya yang memakai Jubah hitam kebanyakannya. Manakala belah kanan untuk warga Asia dimana rata-ratanya adalah jemaah dari Malaysia dan Indonesia. Belah kiri nampak mudah ja di beri masuk manakala belah kanan lambat sikit. Kat situ macam nampak diskriminasi sikit tapi nak buat macamana, kita kenalah ikut pengurusan masjid yang uruskan siapa dia nak beri masuk dahulu. Apa pun kenalah bersabar selalu. 

Jemaah nampak macam dah tak sabar je nak masuk. Bila pintu di buka je semuanya menyerbu. Memang nampak berebut-rebut. Bayangkan lah tubuh badan orang Asia dengan Asia Barat memang lah berbeza. Memang tak boleh lawan lah kalau nak berebut-rebut dengan mereka kerana mereka mempunyai susuk tubuh yang besar. Jadi beralah lah kalau nampak mereka berhimpit-himpit nak ke depan. Kena sabar banyak-banyak dan doa banyak-banyak semuga Allah mempermudahkan urusan kita.   



Apa bila belah kiri dah masuk dulu tak lama kemudian belah kanan pula di beri masuk. Tapi ada limitnya. Dia macam bagi separuh-separuh masuk supaya ada ruangan di dalam untuk orang yang datang dapat solat. Sebab tu mana yang dah selesai solat, cepat ja para petugas masjid, menghalau keluar supaya ada peluang dan tempat untuk orang lain pula. Takdelah asyik orang tu je yang boleh berlama-lama didalam Raudhah. Kasi can pula pada orang lain.  Sebab tu kalau sedang solat kalau nak berdoa hah masa sujud tu lah buat lama-lama. Masa tu apa yang kita nak doa hah minta le selama mana kepala kita boleh sujud. Sebab bila kita tahiyat akhir je dan beri salam terus je di suruh keluar.  Memang tak boleh nak berdoa lama-lama menadah tangan , memang kena suruh cepat keluar ja.

Bila peluang kami muncul ja, kita orang pun masuk. Supaya tidak terpisah kami berpimpin tangan berebut-rebut masuk dengan mutawif mencari tempat kosong. Tempat memang lah sesak malahan nak letak kepala pun susah. Malahan kalau berseorangan boleh kena pijak kepala oleh orang lain yang berebut nak solat.

Jangan marah ya kalau kita kena macam tu, istiffar banyak-banyak. Memang kena banyak sabar selalu. Kalau jenis cepat bengkeng hah masa ni lah kena didik sifat pemarah kita supaya cool selalu. Kadang ada hikmahnya kita bersabar. Kalau kita selalu mempermudahkan urusan orang lain. Inshallah Allah permudahkan urusan kita.

Masa masuk tu masih lagi karpet merah,  jadi terus masuk ke dalam sehingga kita jumpa karpet hijau, terus masing-masing mencari ruang kosong. Hah karpet hijau tu lah kawasan Raudhah. Tapi disebabkan terlalu sempit, mutawif membuat kepungan dengan beberapa orang geng kami, dan di tengahnya geng yang lain solat dahulu. Kami bergilir-gilirlah, kalau tidak dibuat macam tu jenuh nak cari tempat kosong. Memang padat sungguh. Yang dah solat ganti dengan geng yang buat kepungan sebelum tu. Sehinggalah semua geng kami berpeluang solat di Raudhah.

Bila time aku solat, sempat solat sunat je. Tapi bila sujud yang last rasa macam tak puas berdoa. Rasa macam-macam nak minta tapi akhirnya aku doa... ' Ya Allah kau makbulkan lah semua doa ku, semua doa adikberadik ku, semua doa sanak saudaraku, semua doa sahabat-sahabat ku serta semua doa orang-orang yang ku kenal dan sayangi' . Habis semua aku rangkumkan dengan harapan supaya Allah makbulkan semua doa aku. Dek kerana kengkangan masa jadi tak dapat lah aku nak berlama-lama sujud dan berdoa. Tu sebab aku rasa macam tak puas je masa pertama kali ziarah Raudhah.

Tapi kali kedua pergi ziarah lagi dengan Kak Nong, Kak Jal dan Kak Hanim dan keluarga nya, baru rasa puas walaupun sebenarnya kalau boleh nak setiap hari menziarahi Raudhah. Kali ni aku dapat lama sujud dan berdoa. Tu pun sebab ada rombongan dari Andalusia yang menolong group kami membuat kepungan supaya rakan-rakan dapat solat dengan aman.  Terima kasih pada group dari Andalusia.

Lepas tu bila dah selesai semua geng dah dapat solat dalam Raudhah, kami pun keluar. Kali pertama keluar alhamdulillah kasut tak hilang manakala kali kedua, kita orang salah tenguk tempat kasut, hah berpusing-pusing juga tapi akhirnya jumpa.

Balik malam tu ke hotel dengan rasa gembira dapat ziarah Raudhah. Lepas tu kalau nak ziarah dah boleh pergi sendiri sebab dah tahu tempatnya dan bolehlah pergi mengikut masa yang telah di tentukan.

Kata Kak nong pergi selepas subuh pun bagus. Sebab masa dia bawa Kak Ijah, orang tak ramai. Ada sekali tu selepas subuh, dok tunggu mana Kak Nong dan Kak ijah tak balik-balik lagi. Masa sarapan abang ipar aku dah mencari isteri masing-masing kemana agaknya isteri mereka. Rupanya Kak nong bawa Kak ijah ke Raudhah. Bawa orang berkerusi roda lagi bagus kata Kak nong sebab petugas masjid memang akan memudahkan urusan orang berkerusi roda. Jadi kerana Kak nong menolong Kak Ijah dapatlah fadilatnya membawa orang berkerusi roda. Mudah je solat bersebelahan dengan Kak Ijah.



 Ni aku search dalam google. Masa kat dalam tu tak perasan pun semua ni. Mungkin aku dah lalu tapi sebab tak tahu fadilat tiang tersebut tu yang tak perasan. Janji dapat solat di karpet hijau Raudhah je pun dah rasa besar hati.



                                                  Fadilat mengunjungi Raudhah.      




Ni pun aku search dari pakcik google macamana cara menziarahi Maqam Rasulullah pula.


Alhamdulillah syukur Ya Allah dapat menziarahi Raudhah. Semuga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki , di beri kesihatan yang baik agar aku dan keluarga ku dapat mengunjungi Madinah dan Mekah lagi. Aamiin.

Semuga semua pembaca aku juga di permudahkan urusan mendapat jemputan ke Rumah Allah dengan segera. Aamiin.

12 comments:

  1. ALHAMDULILLAH DAPAT BERSUJUD DI RAUDHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga ada umur dapat lagi sujud di Raudhah. Aamiin. Semuga Sis PI juga Allah panjangkan usia dan di permudahkan dapat mengunjungi Raudhah juga. Aamiin

      Delete
  2. Alhamdhulillah....
    Rindunya Mekah dan Madinah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...baru tahu kenapa orang akan sentiasa merindui tanah suci mekah dan Madinah. Mudahan dapat selalu ke sana. Aamiin.

      Delete
  3. Hi! I am not robot. I just voted you! I found similar content that readers might be interested in: Hell Let Loose

    ReplyDelete
  4. Logiknya waktu sebelum subuh tu... Orang tengah sedap membuta kat hotel.. Tu sebab... Lengang kot... Jadi boleh beramal lama2 dalam masjid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi untuk perempuan selepas subuh...Subuh lagi ramai jemaah yang solat tau malahan melimpah ruah sampai keluar masjid.

      Delete
  5. SS pon pernah dengar... Time nak angkat tangan doa tu dia dah halau keluar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sempat nak angkat tangan pun berdoa...nampak dah habis beri salam je terus dia halau. Nak buat macamana...orang ramai sangat...yang tua dan muda bertolak-tolak nak masuk..huhuhuhu memang menguji kesabaran kita tau

      Delete
  6. Replies
    1. Ala ni sikit je hasil jenguk sana jenguk sini....hehehehe. Mudahan Ahkak doakan SS, HH dan JM dapat jemputan Allah mengunjungi rumah Allah. Insha Allah. Aamiin

      Delete