Assalamualaikum,
Alhamdulillah perjalanan dari Airport Kashmir berjalan lancar. Semakin tiba ke Tasik Dhal seronoknya tenguk rumah bot yang banyak merata sepanjang tebing nun disebelah sana.
Aku nampak kenderaan macam tuk tuk. Kalau tenguk cerita hindunstan kenderaan tu laju je ke sana ke sini bawa hero dengan di kejar oleh penjahat di tengah-tengah kesibukan bandar Delhi. hehehehe nampak sangat le selalu tenguk cerita hindustan sampai terbayang-bayang pulak suasana dalam filem. Jadi bila dah sampai negara mereka terbayang lah pulak cerita-cerita dalam filem mereka. Apa lagi kalau nampak yang hensem wah hero hindustan tapi kalau rupa macam pecah rumah wah samseng india sudah mari. hahahahahaha banyak nau aku punya imaginasi ko. emmm gasak le labu.
Penduduk kashmir agaknya sedang tunggu kenderaan nak balik agaknya.
Deretan rumah bot yang macam-macam jenis. Seronok tenguk.
Akhirnya bas berhenti di satu jeti. Tenguk lah tu deretan shikara bersusun cantik.
Kami sampai kat jeti bot shikara yang menjadi kenderaan untuk ke seberang tasik dimana terletak rumah bot kami.
Masa ni menunggu beg besar kami di turunkan. Semua excited dah sampai rumah bot.
Comel je kan deretan shikara di sepanjang jeti.
Tu dia kaksu dengan kak afza. Masa nak masuk tu takut ko...hujung shikara tu kan runjing je. Bila pijak apa lagi lah tergolek-golek . Lepas tu nak adjust punggong pun satu hal. Mula-mula memang seriau tapi lepas beberapa kali cheh ok dah.
Muka muka gembira pertama kali naik bot shikara. Tapi masa mula-mula jejak kaki....huhuhu takutnya aku. Sebab dia teroleng kiri kanan. Dah le tu separas je dengan bot. Memang seriau le aku tenguk air kat tasik dhal tu.
Belum lama perjalanan tiba-tiba kami di himpit bot peniaga kiri dan kanan. Yang buat aku seriau tu bila di himpit, bot kami lagi lah teroleng kuat.
Aishah senyum je tenguk mamat ni dok mengoda suruh beli. Tapi kita orang tak nak pun sebab kami dah takut bot teroleng sana sini. bila dia himpit apa lagi lagi kuat golekan shikara kami. huhuhu aku dok berkicau je ketakutan. Pertama kali lah katakan. Pemandu shikara relaks je. Malahan dia memang bagi izin depa menghimpit kami dan itu adalah cara mereka menjual produk perniagaan mereka. Kalau pandai memilih boleh dapat murah dan bagus tau. Tapi aku huhuhu dok keriau dalam hati takde lah nak seronok membelek macam-macam barang yang depa jual.
Rata-rata barang yang di jual ialah pasmina, batu-batu permata,baju kot dan macam-macam lah. Kiranya barangan untuk wanita lah banyak. Tapi bagusnya macam beg-beg kecil tu buatan tangan tau. Ada yang kulit, ada yang baldu. Cantik-cantik tau.
Akhirnya sampai kami di jeti rumah bot.
Ni ruang tamu hadapan. Nampak cantik kan. Tapi kami tak dan nak berlepak-lepak kat kerusi antik tu. Kalau nampak kami relak-relak je ada je peniaga yang datang mengoda. Jadi selalunya kami nyorok dalam bilik. hehehehe
Ada 3 ruangan sebenarnya. Di hadapan ni, masuk dalam tempat makan dan selepas tu sederet bilik.
Aku dok dengan kaknoor bilik no 2. Manakala di bilik pertama Maksu ti dengan anaknya Azam, dan di bilik belakang takde orang. Tapi dengar lah kalau tuan bot tu ke sana ke sini. Entah apa dibuatnya kat dalam bilik sebelah kami.
Sampai je kami pun letak beg , buang air dan solat jamak sebelum seterusnya makan tengahari.
Dalam pada terpegun melihat rumah bot bila tenguk lauk je terus lapor. hahahahaha Apa lagi silang tangan basuh tangan terus sapede.
Tu dia lauk kami. Ada nasi panas-panas. Kari ayam dengan lauk sayur kentang campur-campur. Aku tak tahu nama jenis lauknya jadi main hentam saje lah lauk apa. Pencuci mulut ada buah dan desert macam campuran buah-buahan di potong kecil di gaul dengan yogurt agaknya. Mula-mula macam pelik tapi sodap bila dimakan. Licin hehehehehe nampak sangat dah kebulur. Cuaca dah le nyaman. Nampak macam mendung je cuaca.
Teh apa ya. Dia ada bagi kami tea di bubuh dengan safron. Bila sejuk pekena air panas perghhh sedap.
Selepas ni kami akan ke tempat lain pula. Tunggu ya....cerita seterusnya. Insya Allah.
ehem ehem.. ada sesuatu untuk anda disini :
ReplyDeletehttps://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/12/top-commentators-2020-blog.html
wah ada berita terkini hiburan sensasi ka.... hah ya lah nanti akak jenguk rumah siti ya.
DeleteBestnya kak.. Saya pun terbayang cite hindustan lama yang hero dia bawak bot tu. Dapat tak tengok tulip?
ReplyDeleteCerita shashi kapoor kan. Lupa tajuk dia tapi sebab cerita tu lah berangan nak dok rumah bot kat kashmir, Tulip...hah tunggu
Deleteini yangggg teringin sangat ni kalau ke Kashmir !! nak cuba juga tidur di rumah bot cantik2 ni.. bestnyaaa lahai mudah2an ada rezeki saya satu hari nanti..
ReplyDeleteKan memang dah lama berangan nak tidue rumah bot, alhamdulillah tercapai juga hajat. Mudahan siti dan mak siti ada rezeki nak sampai kashmir. Insya allah. Aamiin
Deletecantiknya dlm boathouse..siap ada chandelier..
ReplyDeleteRumah yang lain pun cantik juga bergantung kepada tuan rumah menghias rumah botnya.
DeleteGoood post
ReplyDelete