Tuesday, September 28, 2021

Dah update My Sejahtera - Check In dan Check Out

 



Adakah benar pihak KKM menganggap anda berada di mana-mana tempat sepanjang malam jika anda lupa untuk "check out" di MySejahtera? Tidak.

Berikut adalah penerangan bagaimana data "check out" digunakan oleh sistem AI di sebalik MySejahtera.
Secara am, ada dua kaedah untuk menghasilkan sistem pengesanan kontak yang "automated".
1) Kod QR - melihat "overlap" dengan kes positif
2) Bluetooth - melihat "proximity" dengan kes positif
Di Malaysia, kami menggunakan kaedah yang pertama setakat ini.
Sejak 10 Mac, lebih 7 juta notifikasi "Kontak Kasual" telah dihantar untuk menyedari pengguna yang mungkin terdedah kepada orang yang positif Covid.
Sistem AI mengggunakan "exposure window" serta data ujian saringan untuk menentukan penerima notifikasi tersebut.
Sebelum "check out" diperkenalkan, data check-in berturutan digunakan untuk meletakkan "upper bound" pada tempoh masa seseorang berada di sesuatu tempat.
Contohnya, jika check-in di Restoran X pada 7 malam, dan Restoran Y pada 8 malam, anda berada di X untuk paling lama 1 jam.
Sekiranya check-in berturutan bersifat "outlier" (cth anda balik rumah dan hanya keluar esok), sistem mengesan itu sebagai "outlier", dan menggunakan tempoh purata (berdasarkan lokasi, waktu dan demografi).
Purata ini amat stabil kerana dihasilkan daripada berbilion "check-in".
Kini, kami minta user untuk "check out" kerana ini akan membolehkan algoritma menentukan risiko jangkitan dengan lebih tepat.
Namun, sama seperti dulu, sistem dapat mengesan sama ada pengguna itu berkemungkinan besar lupa "check out", maka menggunakan tempoh purata.
Satu lagi contoh:
Pengguna check-in di Restoran X pada 7pm, dan check-out pada 8am esok.
Sistem akan melihat - secara purata, berapa lama pengguna akan berada di lokasi ini sekiranya check-in pada waktu 7pm.
Purata itu dapat digunakan untuk mengganti check-out yang misleading.
Oleh itu, kami amat menggalakkan pengguna untuk "check out". It helps us help you.
However, if you forget, don't worry - we won't think that you're spending the entire night at work, or at a restaurant.
Untuk makluman, sistem AI yang menghantar notifikasi Kontak Kasual sudah berjalan selama 200 hari.
If you have received a casual contact notification:
1. Answer your MySJ self-assessment.
2. TEST if you develop symptoms.
3. ISOLATE if you are positive.
And, comply with SOPs!
Sumber asal: Twitter Dr Mahesh Appannan, Ketua Data CPRC, KKM.


Assalamualaikum,

Baru-baru ni dapat message suruh update My Sejahtera. Sejak wabak Covid 19 melanda ni Apss My Sejahtera memang wajib ada dalam phone kalau tak huh jenuh le nak jawap bila pi mana-mana tempat kena check My Sejahtera. Tujuan di wujudkan tu supaya pihak KKM dapat memantau pergerakan kita supaya tahu siapa contact person yang kita jumpa. Supaya dapat di kesan sekiranya ada kes positif siapa contact person yang dia jumpa. Kiranya My Sejahtera ni satu Malaysia menggunakannya. Lagi satu untuk penerimaan vaksin.

Tapi masa aku kena Covid 19 hari tu oleh kerana dok di Selangor kena lah pulak daftar My Selangkah. Tapi bila dah habis qurantine dan pi CAC yang berhampiran untuk dapat surat pengesahan aku tak guna pun App tersebut. Tak tenguk detail lah pulak Apss MySelangkah tu.

Ok bila My Sejahtera dah update baru siap ada check in dan Check Out tu huh manjang le lupa nak check out sampaikan jadi satu jenaka pula oleh kawan-kawan ...hah ko tak check out mereput le kat tempat tu sepanjang malam...hehehehe padahal tuannya dah kemana-mana sampainya.

Bila buat check in check out ni konon-kononnya dah pi mana-mana tempat padahal huh masih le kat bumi Malaysia ni. Takpe lah perasan dah pi obersea le gitu. hehehehe Tak pun konon-kononnya dah check in kat hotel kat KL ni dan check out kat situ. hehehehe berangan tak sudah aku. Tapi sejak dah boleh merentas daerah ni ramai je aku tenguk semuanya check in kat tempat-tempat pelancongan seperti di Sekinchan atau tempat pelancongan lain. Area Selangor katanya banyak tempat yang dah full booking.

Apa-apa hal aku nak balik kampung dulu baru nak merentas tempat lain. So mudahan bulan Oktober nanti boleh dapat rentas negeri. Yehhhh muo aku rindu

12 comments:

  1. Kawan SS tetiba status bertuko kuning “kontak kasual tidak bergejala” x semena… Padahal just pegi tesco jek… terus lepas tu x dpt masuk opis dan pi mana mana… orang ingat dia suspect covid… hadoiii… kesian! Tanya my sejahtera haram x membantu! Giler dibuatnya…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ada terbaca orang report dalam page KKM. Rasanya dia tersalah semak agaknya. Helpdesk tu pun kadang susah mau cakap

      Delete
  2. Johor nama jek fasa 2… tapi ramai pekerja restoran masih x dpt vaksin… x boleh dine in… lembab nak mati vaksin kat johor ni… nak vaksin cepat kena beli… itu sbb kes x turun2… yang anti vaksin pon ramai… adess…

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bukan Sultan Johor dah hightlight ke hari tu. Berkejor le KKM nak bagi vaksin. Kalau dah tenguk status rendah pi le bagi ni nak tunggu Sultan Johor mengaum. Orang yang tenguk status pun dok risau napalah Johor rendah peratusannya. Camni bila nak balik muo. huhuhu

      Delete
  3. Mmg slalu lupa check out. Penah 3 hari duduk dlm MRT sbb tak check out hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghhh mereput tu dalam MRT hehehe. Samalah akak pun. selalu terlupa

      Delete
  4. ooo..itu fungsi 'check-out''..bila balik rumah, mesti selalu lupa nak check out..

    ReplyDelete
  5. teringat dulu 3 minggu duduk dalam restoran sebab lupa check out. tapi bagus jugaklah function ni, boleh detect berapa lama kita di sesuatu premis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiiii sal sampai 3 minggu mereput dalam restoren. Akak pun selalu lupa nak check out tapi takde le sampai 3 minggu lama nooooo.

      Delete
  6. Hahaha.. Saya baru je lepas check out dari Petronas.. Boleh pula lupa.. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kalau akak manjang je lupa nak check out... mereput le lelama kat situ

      Delete