Thursday, September 23, 2021

Buah Tampoi... tak pernah rasa

 


 sumber gambar dari Google



Assalamualaikum,

hah sapa dah pernah rasa buah Tampoi.... seumur hidup aku baru ni lah pertama kali rasa. Jakun tul aku kan padahal nama buah ni pernah dengar tapi cuma tak pernah rasa je. Padahal kat johor tu hah ada nama sempena buah Tampoi. 

Kat pejabat ni ada seorang staff kader perangkaan. Dia rajin upkan jualan dalam group ladies whatsup. Jualan tu kebanyakannya dari Koop Perangkaan. Masa musim duku hari tu dia upkan lah sapa nak order buah duku datang dari muo. Dah sah-sahle aku yang order dulu sebab rindu dah lama tak balik muo. Kalau balik mesti beli berkilo-kilo. Kalau musim banyak kadang dapat 4 kilo Rm 10. Ada dulu musim banyak sangat dari satu gerai kita lalu ke satu gerai dia promote 5 kilo Rm 10. Masa tu lalu Parit Bunga dalam hati kat depan mungkin boleh dapat lagi murah. Lepas tu nampak 6 kilo Rm 10 kat area Sungai Mati wah kut kat depan ada lagi sekali terus je sampai lah kat area Bukit Kangkar......eh dah takde gerai buah duku ke.....waaaa padan muka last sampai ke sudah tak beli pun. Sehingga lah sampai Toll Tangkak. Ingatkan nak dapat lagi murah lagi banyak sampai sudah akhirnya takda apa-apa pun. Takde bawak balik buah tangan dari kampung. Jadi bila dah terkena tu selepas tu kalau nampak je terus berhenti. Yang buat geram tu dah beli sekali kat depan ada lagi murah. Tapi dah terkono hah beli je mana yang ada.

Jadi bila dia tanya ada sapa-sapa nak beli buah Tampoi. Matron  aku yang asal dari kedah bukan main suka. Terus je order 5 kilo. Sekilo Rm6.00. Aku pun cuba dan beli 3 kilo. Bila dapat terus je kopek dan makan. Oooooo ni rupanya buah Tampoi dan macam tu lah rasanya buah tampoi.....Sedap.


sumber gambar dari google

Kalau tenguk pada pokok dia macam juga pokok duku dan juga pokok langsat. Sebab buahnya berbuah di batang-batang pokok dan dahan. rendangnya pun macam kedua pokok tersebut. Mungkin keturunan yang sama tapi lain mak lain bapak kut. hehehehehe apa le aku ni. Ada lah pulak lain mak lain bapak kat pokok ni. Mungkin species yang sama tapi pokok tampoi ni memang dah rare dan jarang jumpa. Aku pun tak pernah nampak. Tapi sejak dah rasa ni carilah juga info yang berkenaan dengannya.
 


Kalau kita tenguk pada buahnya, dari luar dan ketebalannya  macam buah duku. Tapi isi dalamnya macam buah rambai ada biji. Kalau buah duku isinya besar. Dari segi rasa pula emm memang rasa macam makan rambai tapi lagi sedap sebab ianya manis.  

Seronok je kopek dan terus telan. emmm Sedap. Seumur hidup aku yang dah bertahun ni baru ni lah rasa. hish hish hish. Macam ni kena cari anak pokok dia lah tanam

Hari tu kat nursery di Kuantan aku nampak dia upkan anak pokok buah Jentik. hah sapa pernah makan. Aku teringat masa kecil-kecil dulu pernah makan. Lepas tu ada kawan yang balik Kedah bawakan segugus buah jentik untuk aku bila aku kata teringin nak cari dan makan buah Jentik.

Kat nursery tu aku beli 3 pokok. Satu pokok dah kiok. Dapat tanam 2 pokok. Sepokok hidup subur manakala sepokok lagi hidup segan mati tak mahu. Ni dah lama tak balik kampung harap-harap hidup lah pokok tersebut. Pokok dia besar mudahan dapat anak cucu wak Dollah merasanya.

Ni dah rasa buah Tampoi aku tenguk kat Shoppe dah habis lah pulak. Mahal juga harganya. Kalau ada sapa-sapa tahu anak pokok buah Tampoi bagitahu aku lah ya. Kut boleh tanam untuk anak cucu merasanya. Rare buah ni tau.


17 comments:

  1. Cantik buahnya, isi putih menyelerakan.. bukan senang nak dapat, baik beli buat rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya area Utara banyak lagi orang jual buah ni tapi area selatan saya susah nak jumpa.Sedap tau

      Delete
  2. pernah sekali makan..lama dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lagi le tak pernah rasa ni baru pertama kali huhuhu

      Delete
  3. pernah makan few years back..beli dengan orang asli masa lalu jalan lama nak balik ke KL dari Seremban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kat kebun orang asli ke amie ada jual. Rare buah ni

      Delete
  4. Dulu masa duduk tengganu selalu jumpa buah tampoi ni

    ReplyDelete
  5. pokok tampoi ni ada dijual di nurseri kat yan..tapi kena pi ambik sendiri notie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh tu sis kat Yan. Saya nampak kat shoppe dah sold out. Takpe nanti kena cari lagi

      Delete
  6. Saya pun tak pernah makan. Eh.. Sebut-sebut Muor ni buat kita rindu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha akak tunggu buka sempadan daerah je terus nak apply cuti seminggu tapi tunggu beberapa hari lah takut highway jem orang semua serbu balik kg .Rindu... tiada tertahan

      Delete
  7. saya kalau balik kampung ikut highway keluar simpang empat menuju ke Tampin.. selalu berhenti kat gerai gerai tepi jalan tu..ada buah ni. Sedap masam manis. Kalau pergi Kuala Pilah pun ada kat deretan gerai tepi jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo Kat Negeri Sembilan banyak rupanya napa le akak tak pernah jumpa.

      Delete
  8. Sha baru pertama kali rasa.. Terjumpa dan terbeli.. sedaplah juga tapi isi dia sikit sangat.. hehehe..
    teringin juga nak tengok pokok dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belah utara banyak sha. Ni pun kawan dari Kedah yang perkenalkan. Kalau tak huh tak pernah makan.

      Delete
  9. Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
    �� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete