Monday, June 28, 2010

Serbu pesta buku Selangor di PKNS

Ni buah tangan JS bagi pembeli 3 buah novelnya.


Sedondon dgn banner... huwaaaa

 Sabtu semalam pi pesta buku Selangor di PKNS. Janji dgn Kaknoor pukul 10 pg di port biasak le iaitu stesyen LRT Bdr Tasik selatan. Tapi hari jumaat aku dah bengang dgn Encik Din sebab janji order kek dgn dia. Oleh kerana hari sabtu dia tak ada kat rumah aku terus nak ambil hari jumaat. Lepas kerja janji pukul 7 dia balik. Tapi dari pukul 7 sampai ke 8.15 mlm aku cuba call suara pompuan je jawab aduhaiiiii aku dah bengang. Kalau tak buat cakap le tak boleh buat. Aku siap call beberapa kali lepas tu sms lagi haram pun dia nak jawab. Sampai sudah dia senyap je. Hanget juga aku sebab dah janji kalau tak boleh buat cakap le tak bleh takde le aku jadi patung cendana 1 jam lebeh dok terpacak depan rumahnya menanti dia menjawab call aku. Lepas tu bila tenguk bateri dah weak aku pun chau le balik rumah. Dah malam tu nasib aku off kalau tak emmm ada juga yg aku bakar rumah DBKL tu hehehehe terutamanya blok 4 tu. Hishh sabor je aku. Rupanya bila call nacha dia memang dah problem bila orde kek. Hai macam manalah org melayu nak maju berniaga. Walau hanya kecil-kecilan dan perusahaan di rumah kalau betul sedap dan promosi bagus dari mulut ke mulut boleh laku apa. Tapi masalahnya tuan punya kek yg problem membuatkan customer lari. Huh berasap lagi ni aku bila teringat janji orde kek dgn Encik Din tu.

   Ok berbalik kisah jenjalan carik buku tu sepatutnya Rin pun nak tumpang kete aku tapi kata kaknoor dia tak jadi sebab join aktiviti membaca di tasik shah alam. Kununnya nak buat acara membaca buku di tasik terbesar. Aku dah cuak juga ni kut nanti takde parking kat PKNS jadi bila kaknoor sampai je terus le kami zoom ke shah alam. Dlm pukul 11 kami sampai dan alhamdulillah masa masuk parking di basement ada satu kereta baru keluar dan nasib baik kete depan aku tak nak tempat tu jadi aku terus je le masuk park tersebut. Beres dong.

 Sampai di booth JS syud dan nazurah dah setia menanti untuk menandatangani novel terbaru mereka. Aku pun terus je lah beli 3 novel terbaru JS dan dapatle mug yg comei dgn bunga-bungaan. Dapat tandatangan syud dan naz cepat-cepat sementara orang belum ramai. Tapi setelah 3 tahun nampak lah yang booth JS orang dah kenal. Masa 3 tahun lepas lengang tapi kali ni ramai yg serbu. Dah le aircond tak kuat huh panas membahang dok lepak kat situ.  Aku pun dok melangu ke booth lain. Sekali kat booth Alaf 21 nampak wardina kat situ. Wah ayunya, pipi dia halusnya. Fuh memang lawa lah. Aku beli 3 novel dgn majalan Laman yg terbaru. Sekali balik kat booth JS wan dan aisyah sampai. Baru habis acara membaca di tasik. Wan dan nacha pi jenjalan kat booth sambil carik makan aku dok lepak le dgn rin. Terjumpa juga along anak saudara kak kamsiah yang pergi rombongan ke Padang bersama mak dan ayahnya. Tak sangka  la kak ros pun rajin juga pergi pesta buku.  Bila wan dan nacha dah balik dari ronda2 dia tunjukan gambar dia dgn wardina. Huh tak leh tahan aku. tadi malu lagi pun aku sorang je. Jadi aku ajak rin ke booth Alaf. Lagi pun dia nak sign otograph beberapa org penulis. Sampai je kat booth Alaf21 aku nampak wardina masih ada lagi. Sekali kata dia dah nak balik. Laaaa aku pun apa lagi le terus je bagi kamera kat rin dan terus tuju ke tempatnya. Wardina begitu baik hati sekali bila aku kata nak bergambar dgnnya. huhu siap peluk aku lagi maklum le dia tinggi. Huh seronoknya aku. Sampaikan habis kerusi sebelah tu rebah dek kerana terujanya aku nak bergambar dgn wardina. Syioknya. Wardina balik sambil melambai-lambai tangan pada semua yang ada. Selepas selesai sign novel dgn Emma maizura kami ke booth lain. Semasa kat booth di hujung tu aku nampak mcm suami maziyah. Dah tentu maziyah ada berhampiran. Jadi aku terus tegur maziyah. Huhu maziyah tak kenal aku lagi aduhaiiiii maklum le aku kan dah berkoyan-koyan mengembang bagai di pam-pam, mane le dia nak kenal aku lagi. Huh bertahun juga tu tak jumpa. Kali terakhir aku jumpa masa dia kahwin lepas tu terus lost contact. Sampai le dah berfb-fb ni baru jumpa balik di alam maya. Sebelum berpisah kami bergambar buat kenangan. Aku lupa lah kalau Mas abrizah pun kat area shah alam juga. Malahan azah dan jah pun sama. Rupanya maziyah, azah, jah dan as dah selalu berjumpa masa open house rumah mereka.


Bersama wardina Saffiyah


Dapat jumpa maziyah yang dah berkurun tak jumpa.


Bersama penulis Jemari seni yang bertugas pada hari tersebut.


YM Sultan Selangor melihat booth

Bersama penulis Emma Maizura

  Sementara tunggu kaknoor dan nacha pergi solat lepak lagi kat booth JS. Aku dah lapor ni maklum le dah nak kul 2 pm. Pagi tadi sempat makan 2 ketul roti je. Oleh kerana dah tak tahan aku ajak rin makan. Nak makan nasi malas jadi nampak laksa belasah je. Air sampai 2 gelas sebab tak tahan haus sangat. Tak lama kemudian iejay dan kaknoor join sama. Huh sampai licin kuah laksa aku makan. Nampak sangat dah kebulur. hehehehe

  Kak uda rupanya datang juga dengan kawannya. Oleh kerana dia org balik putrajaya jadi rin pun terus tumpang kereta kawan kak uda sebab ada kosong. Mula-mula dia nak tumpang aku tapi sebab kawan kakuda ada terus tumpang mereka lah. Jadi dalam pukul 4 kami bertiga pun balik. Dalam kete wah sempat lagi tu tenguk video tapi aku tak leh nak menjeling sebab tgh bawa kete. Jem di highway persekutuan rupanya ada accident. Lepas kawasan accident jalan clear je kami pun terus tuju ke Minerva Jalan TAR sebab nak beli novel KN dan Sarnia. Kaknoor contact kawan kat minerva tu rupanya novel KN yang baru iaitu Ad + Izz dah ada jadi aku beli 2 tu je lah. Berhenti di tepi jalan sambil menunggu kaknoor dan ancha. Sekali tengah sedap menunggu nampak Pak DBKL dgn motornya dah mengapai2 tangan di belakang. Ala... mane kaknoor ni. Sekali dia berhenti kat dpn keter vios depan aku dan suruh kete depan jalan. Aku pun apa lagi terus call kaknoor sekali toleh kaknoor dah kuar dari kedai. Rupanya nak bagi mug pada kak lin. Huh kelang-kelibut le kami cepat-cepat jalan. Huh adegan charlie chaplin le gamaknya kami bertiga. Lepas tu dok gelak beramai-ramai. Huh kalau kami ber3 memang  ada je adegan yg berbagai-bagai berlaku. hahahahaha.

 Sampai rumah singgah pasar malam dan seterusnya agenda membaca Ad + Izz. Dan semalam aku dah khatam baca novel tu walaupun di selang-selikan dengan adegan taik mata sebab aku ngantuk sangat. huhuhuhu teruk sungguh agenda buat taik mata ni.

Tuesday, June 22, 2010

Layan hindustan lerrrrrr






     Lama kan aku dah tak masuk rumah ni...selalu tu ada je benda nak mencecer ke nak meraban bagai ke....tapi entah mengapa sejak semenjak ni aku di landa sindrom malas tahap gaban nak menulis N3. Kadang ada benda nak cerita tapi bila dah masuk je semua idea tu ilang bagaikan dilanda tsunami dan akhirnya aku pun terus senyap dan sunyi. Nak layan novel yang masih menambun tu aku di landa malas nak membaca apa lagi bila belek novel tu huh perasaan teruja nak memulakan membaca terus ilang padahal membaca adalah minatku sedari dulu kini dan selamanya. Layan buku mills n boon pun perasaan tu masih tak timbul jadi layan je lah tenguk tv. hehehe teruknya aku.... layan tv citer korea kat 8tv la ni 'Briliant legacy" emm ok tapi tu le aku tak suka le hero dia tu yg rasa anak orang kaya dan kunun jaga standard je....mula2 eksyen la ni sekarang hah koooo dah syok kat heroin pulak da.... tapi aku suka kat second hero yg cool je. Masa dia baru2 jumpa dgn heroin tu aku dah agak mesti dia dah suka kat heroin walaupun pada masa tu kawannya yg kunun boyfren special kat heroin tu pergunakan Joon se tu sebab heroin anak orang kaya tapi bila Eun sung tu jatuh bangkrap terus je di tinggalkannya. Apa punya pakwe lah. La ni dah part heroin pun dah suka juga kat hero tapi dek kerana problem keluarga dia cuba nak jauhkan diri dari hero. Ala....pasal le dia tak dgn second hero tu..... hehehe saje-saje je aku padan kan padahal dari mula lagi dia dah kata hero dgn heroin gaduh-gaduh dan selepas tu jatuh chintan. huhuhuhu ikut sesedap rasa aku je kan.

  Opss apa aku merepek ni..... hah nak citer sabtu baru ni 19hb jun dok lepak depan tv, sekali tekan sana tekan sini semua channnel aku tekan dari tv 1 ke 8tv ke tv9 ke ntv7 dan seterusnya tv3, dan last sekali tv2. Nasib baik takdo astro kalau tak dari mula sampai sudah semua channel astro tu aku tekan. Sekali rupanya citer hindustan, wah citer best lah hero hensem, lagu pun best dan heroin semua cun dengan latar belakang pemandangan yang shantik-shantik wah terus terpegun aku melihatnya. Sapa ek nama hero tu nampak gaya hero baru zaman 2010. Ala takan le nak layan shah rukh khan lagi ke alahaiiii tu zaman dulu le depa jadi hero. la ni semuanya dah hero muda belia belaka dah. Tapi depa tak leh lawan le zaman shah rukh khan dan kajol dulu dengan citer best dan lagu semua best. Sampai sekarang pun boleh layan lagi lagu depa semua tu. Ok berbalik citer petang sabtu tu ianya mengisahkan tentang hero yang bercinta dgn 3 perempuan. Yang pertama di jumpa semasa mereka berdua ketinggalan keretapi. Tang ni aku dah terlepas sebab dah adegan mereka menyanyi2 naik motor dan dah tersuka antara satu sama lain. Ops lupa yg lelaki nama Raj dan heroin yg pertama Mahi. Dah terchintan chintun dalam sekejapan perjumpaan tu Raj dah janji akan kahwin dgn Mahi walaupun tahu Mahi akan dikahwinkan dgn lelaki pilihan keluarganya. Tapi Raj kantoi bila konon nak tunjuk macho kat kawannya bila bercerita yang dia hanya main-main je dgn Mahi. Walhal Mahi memang dah jatuh cinta pandang pertama kat Raj. Selepas tu mereka terpisah.

 Selepas tu Raj dah kerja dan tinggal menyewa dimana sebelah rumahnya adalah seorang perempuan yg suka berjoget dgn muzik yg kuat. Apa lagi Raj marah le tapi bila diketuk2 pintu pompuan tu bila pompuan tu keluar je Raj terus tersyok kat Radhika sebab pompuan tu seksi giler beb. Akhirnya mereka couple dan oleh kerana sebelah menyebelah, dinding tengah rumah sewa mereka di pecah. Hah ni punya adegan aku teringat kat citer P. Ramlee...mesti diaorang  kidnap idea citer Pramlee le ni citer masam-masam manis. Pecah dinding rumah heheheh. Lepas tu Raj dan kawannya dapat offer kerja di Sydney. Raj pun beritahu Radhika tetapi pada masa tu Raj rasa nak pergi sydney tanpa Radhika tapi Radhika pula dah aturkan supaya mereka berkahwin. Tapi akhirnya Raj tinggal je Radhika dah terus pegi ke sydney. Di sana dia tersangkut dengan seorang pemandu teksi wanita bernama Gayatri. Raj jatuh cinta dan melamar Gayatri ajak kahwin.  Tapi Gayatri menolak. Masa ni lah baru Raj rasa keperitannya bercinta dan rasa frust sangat sebab kali ni memang dia rasa dah betul2 jatuh cinta tapi di tolak. Dia terus teringat pada kedua perempuan yang dia penah permainkan sebelum ni. Jadi dia pun cari mereka semula untuk minta maaf.  Mula-mula sekali dia cari Mahi. Mahi dah kahwin dengan lelaki pilihan keluarganya tapi kesian kat suaminya sebab tak dapat cinta si isteri walaupun dah kahwin dan perolehi 2 orang anak. Bila tau Raj nak jumpa isterinya apa lagi debik le sekali kat Raj. hah padan muka Raj....tapi alahiiiii sian muka hero cun dah kene debik alahaiiiii. Kebetulan adik Mahi kahwin dan Raj menyamar kununnya wakil dari pihak lelaki kalau tak buat macam tu dah sah le sisuami Mahi akan debik dia lagi le sebab dah bagi warning jgn dekat dgn Mahi. Mahi terkejut bila jumpa Raj semula. Setelah memohon maaf diatas kesalahan raj yang dahulu hingga menyebabkan Mahi tak percaya lagi pada cinta akhirnya Raj dapat dekatkan semula Mahi dgn suaminya. Selesai 1 masalah. Tinggal lagi 1 iaitu Radhika.

  Radhika telah jadi famous artis tapi dia tak maafkan Raj diatas perbuatan Raj meninggalkannya semasa majlis perkahwinan akan dijalankan dulu. Dia suruh Raj jadi pembantunya. Sian Raj kena buat macam-macam tapi Raj ikut je semua suruhan Radhika sebab dia nak Radhika maafkannya. Mula-mula Radhika macam susah nak maafkan sebab perasaan sakit hatinya tu masih lagi melekat di hati dan ingatan ditingalkan dulu masih melekat di ingatannya.Tapi bila tenguk Raj ikut je semua kehendaknya akhirnya dia terima sebab setiap apa yang terjadi semacam ada kebaikan pada diri radhika dimana jika Raj tak tinggalkannya dulu takde lah dia boleh jadi artis yg femes.  Lagi pun jika dia tak maafkan cerita yang silam itu akan terus merantai kehidupannya jadi dengan memaafkan dia boleh jalani kehidupannya dengan tenang. Wah best juga tu kan. Buat apa nak berdendam dengan orang. Apa jua perbuatan orang terhadap kita maafkan lah walaupun ianya menyakiti hati sebab selagi tak memaafkan orang tersebut selagi itu ia melingkari kehidupan kita. Seperti kata lagu Erra fazira ' Kemaafan dendam yang terindah'  emm ye ke tajuk tu tapi rasanya macam ada lah lagu tersebut. Ingat-ingat lupalah.

 Ok berbalik pada citer Raj setelah kedua ex girlfren tersebut memaafkan dia, dia pun balik semula ke Sydney. Wah sikit punya lama tu pergi minta maaf sampai 6 bulan. Dia nak balik semula pada Gayatri. Sekali buka bilik waduh banyak benor surat cinta. Rupanya setelah Raj hilang di mata baru gayatri rasa bahawa dia mencintai Raj juga. Jadi surat cinta tu menunjukkan perasaan hatinya. raj pun kejor lah Gayatri sampaikan berebut dengan sorang mat saleh dgn anaknya yg nak pergi airport. Dan akhirnya hepey ending.

  Oleh kerana aku tersuka puna dengan lagu-lagu dia yang best serta pelakon dia yg hensem aku tak sempat nak catit sapa pelakonnya dan apa tajuk citer tersbut. Bila naik kerja hari Isnin Nor tanya aku tenguk tak citer hindustan hari sabtu. Wah aku pun apa lagi lah terus kami seronok walaupun tak tau tajuk dan pelakonnya. Cuma sempat nampak special appearence ialah Kumal kapoor. Bila di search kat internet Kumal kapoor anak shashi kapoor dan dlm citer tu dia jadi suami Mahi yang cinta pandang pertama kat wifenya tapi hanya dapat jasad je bukan hatinya. Huh apasal lak anak pelakon shashi kapoor jadi punjabi pulak daaa padahal bapa dia sikit punya hensem zaman dulu.

  Dan baru sebentar tadi aku dah dapat tajuknya iaitu ' Bachna Ae Haseeno'  Raj ialah Ranbir kapoor wah suku sakat kapoor lagi ni. Radhika ialah Bipasha Basu, Mahi ialah Minisha Lamba, Gayatri ialah Deepika Padukone. Huh semuanya artis baru ni tapi Bipasha basu tu macam penah dengar je. Dapat cari laman web filem ni dan layan sat lagu dia yg sedap semua tu jadilah walaupun sekerat. Tapi pemandangannya memang le cantik-cantik semasa depa menyanyi. Liputan keluar negeri le gamaknya. hehehe jadi layan le sat citer hindustan masa kini yang di buat pada tahun 2008.

Thursday, May 20, 2010

Warna disebalik waktu solat

Info ni aku dapat dari kasinah.  Oleh kerana ianya baik jadi aku war-warkan untuk renungan bersama. Semuga ianya mendatangkan kebaikan buat semua.


Warna’ Disebalik Waktu Solat




SUBUH - Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



ZUHUR - Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.



ASAR - Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



MAGHRIB - Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (gangguan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



ISYAK - Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.



Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Sumber: www.zahazan.net

Thursday, May 6, 2010

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Rahsia mengenai surah Yassin ni aku dapat daripada En Md Jessree. Jika ianya untuk kebaikan apa salahnya di war-warkan untuk semuakan! Semuga ianya mendatangkan keberkatan kepada semua. Amin.



Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah


tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali

untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa

semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:



1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

 2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.

 3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

 4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

 5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat, munafiq dan miskin.

 6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

 7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Sunday, May 2, 2010

Rindu terlerai akhirnya

Bergaya ala kuch kuch hota heiiii 

   1hb Mei baru ni aku balik kampung. Dah lama tak balik sampaikan mak kata aku dah kaya asyik kerja ja sampai tak ingat nak balik kampung. Amin mudahan makbul doa mak. Aduhaiiii kalau dah kuar sound macam tu emmm dah sah le lama sangat aku tak balik kpg padahal baru 2 bulan.  Jadi oleh kerana data dah ok dah tak buat Ot lagi jadi aku pun balik le muar.

  Sampai kat bangi dah jem sampai ke senawang. Slow je kenderaan. Lepas tu sampai kat Simpang Empat Toll Alor gajah jem juga. Lah kat melaka ada apa pulak ni ke depa semua nak pi Afamosa. Aduhaiiii bila cuti semua tempat liburan penuh sesak dgn org. Lepas tu sampai kat toll Air keroh dah jem juga. Aku ingatkan ada accident ke apa ambil le jln tengah tapi bila tgk jalan belah kanan ok je keretanya aku pun cilok ke kanan. Hah betul lah kalau hanya laluan paling laju je yg boleh jalan sebab rupanya sesak nak masuk Toll Air keroh. Aduhaiiii. Mata dah le ngantuk bawa tengahari buta ni jadi aku terus call kak jal ada tak kat rumah. Jadi masuk Toll Tangkak je aku pun terus ke rumah kak jal. Makan tengahari lepas tu lepak. Oleh kerana kak Ijah nak datang jadi aku tunggu lah. Sempat lagi tenguk dapurnya yang sedang di renovate. Wah cantik kabinet dapur rumah kak jal. Ni kalau mak nampak mesti le dia jeles sebab kabinet dapur yang di buat dulu tu banyak sangat problem almaklumle tukangnya orang Indon. Bukan tak nak majukan melayu tapi kalau buat tiles orang cina buat memang cantik tapi mahal lah, tapi sekurang-kurangnya puas hati takde le nak murah tapi lepas tu banyak sangat problem yg timbul. Buat sakit hati je.

  Bila dah confirm balik kampung ni aku terus sms Aini minta alamat rumahnya kat melaka. Jadi balik hari ahad nanti aku nak singgah. Tak tau la pulak dia dah bermastautin kat Bemban. Aku ingat dia masih kat Sg Abong rupanya tak lama aku dapat kerja di Kl dia pun pindah melaka. Almaklumle hubbynya org melaka. Aku rasa mesti kat kampung rumah hubbynya lah tu.


  Pukul 2 pm lagi lepas siap semua aku pun balik KL. Balik awal sebab nak singgah Bemban. Lalu highway melaka lepas tu masuk Bemban. Sampai kat pekannya aku dah confuse. Ada 2 simpang ni. Belah kanan ke tangkak manakala ke kiri ke Air molek. Mana satu ni? Aku pusing ke kanan sekali nampak pulak signboard ke KL. Lah mana taman rumah aini ni? Jadi berhenti lah ke tepi jalan. Contact Aini lagi. Rupanya aku dah salah ambil simpang. Dia sepatutnya simpang ke kiri. Tak pe turn balik. Tak lama kemudian belok kanan hah betul lah taman Bemban baru. Masuk lagi lah mane simpang rumahnya ni. Pusing balik ke kedai depan tu nak confirm betul ke Taman Bemban baru tu. Betul lah kalau tenguk signboardnya dan contact lagi. Oh ada padang permainan rupanya dan belok kanan. Ok Pusing balik hah nampak padang Tapi rumah dia yang mane. Rupanya nun hah yang hujung sekali.

  Alhamdulillah sampai juga teratak Aini. Windunya kat dia maklumle kali akhir tahun 2004 masa tu anak keduanya baru meninggal dan aku datang beraya di rumah maknya sambil bertanya khabar tentang aruah anaknya. Masa tu aini masih di kota tinggi. Masa aku dapat balik muar dia dah dapat tukar ke muar dan ngajar di sekolah Bt 2. Lepas tu aku dapat tukar ke KL kerana naik pangkat terus tak tau cerita lagi bagaimana. Dan baru-baru ni dek kerana penangan Facebook dapat contact semula. Rupanya dah bermastautin kat melaka la pulak.

  Dalam masa 2 jam rasa sekejap je masa berlalu. Rasa tak puas bersembang. Macam-macam lah kami bercerita sampaikan suaminya yang kat kebun pun dah balik masih lagi tak habis cerita. Maklumle nak imbasbalik kenangan lalu yang dah berjaman di tinggalkan. Cerita masa kat asrama lah tentang kawan lah dan macam-macam lagi. Lepas habis SPM dulu aku baik dengan Aini dan Mas sebab kami satu jalan. Dengan Masniah sebab rumah atoknya sebelah rumah mak saudara aku kat Batu 17 Air Hitam muar. Adik mas pulak satu sekolah dgn adik aku Faizol.  Manakala aini pula anak saudara aku kahwin dengan org kampungnya. Dan lagi kami serasi maklumle sama-sama jawa dan org kampung le katakan. hehehe

  Rumah aini tu best juga sebab depan tu kebun buah-buahan. Wah syok ni kalau musim durian aku cakap kat aini boleh le aku mengendeng rasa sama. hehehehe Tak kisah lah tapi dok kat rumahnya tu maklumle dekat kampung kan jadi suasana kampung tu masih lagi terasa walaupun dah jadi taman.

  Sebelum balik KL kami pun berposing le sebab aku nak tunjuk kat Anifah dan kawan Hostel yang lain kami dah reunion dulu. Depa nak buat reunion bulan 6 nanti time cuti sekolah, tapi aku dah jumpa aini dulu sebelum jumpa geng yang lain. Bukan apa dah windu sangat. Jadi walaupun sekejap cukup lah dulu. Ada masa kalau aku balik kampung masih lagi boleh singgah. Pukul 5 aku pun hai hai bye bye dulu dengan aini semuga ada umur boleh datang lagi. Apa pun rindu bertahun terlerai juga petang ahad itu. Semuga ukhwah yang terjalin ini berterusan hingga akhir hayat. Amin

Depan rumah


Bergelak santai berdua