Monday, August 24, 2026

Terapi minda - bunga mekar setaman

Assalamualaikum 

Kita orang adik beradik memang peminat bunga. Kak tijah dulu masa sihat dia penah tanam bunga orkid mana kala aruah suaminya pun rajin melayan membuat tempat bunga ya. Kita orang kalau ke parit sulong memang suka tenguk pokok orkid kak tijah berkembang. Tapi sejak abang ipar meninggal masa covid kak tijah terus tak sihat Dan tempat bunga ya pun terus malap. Tiada orang yang uruskan. 

Bunga kat atas tu kalau berbunga cantik tau. Pernah masa ianya menjalar ke bumbung bila ia berkembang dari jauh dah nampak warna birunya. Cantik. Tapi yang kat atas bumbung tu dah mati pokoknya. Yang ni baru nak hidup balik

Yang ni baru nak mula berkembang. 
ni masa cuaca tengah panas maka galak lah pokoknya berkembang. Ni rasanya bulan 7 hari tu. Sekarang dah layu
Pokok bunga kertas pula nak berbunga. Pokok nenas tu atasnya pun dah mula besar. 
Hari ni cuaca mendung Dan nak hujan jadi pokok bunga pukul 10 tak jadi berkembang. 
Yang ni pulak mula berkembang banyak. Bila banyak cantik pulak. 
Bunga jepun tak berkembang sangat pagi ni. Selalu kalau cuaca elok cantik bunganya berkembang. 
Bagitu le orang perempuan walaupun orang lelaki kata habis kan duit je tanam bunga tapi ini terapi minda orang perempuan. Memang lah kalau bagus tanam sayur sayuran tapi sesekali layan bunga apa salah nya kan. Melihat bunga berkembang hati pun rasa tenang jiwa rasa bahagia walau hanya memandang bunga berkembang. Kan kan kan

Sunday, August 23, 2026

Trivia Merdeka 4 bangunan tertinggi

Assalamualaikum
Antara 4 bangunan tertinggi ni baru 2 je yang dah sampai. Yang 2 terbaru belum lagi. Tapi anak saudara aku dan team kerja dia pernah sampai kat hujung titik tertinggi Merdeka 118 kibarkan bendera. Gayat je tenguk gambar dia posing dgn bendera Malaysia sempena hari Merdeka tapi lupa tahun bila dia buat tu. Semuga Allah lindungi Hisyam anak kak jal yang bungsu dari segala mala petaka semasa bekerja. Kerja dia memang mengerunkan sebab membersihkan bangunan di mana saja team kerja dia dapat kontrak. 

Masa twin tower jadi bangunan tertinggi dulu bangga lah juga. Malahan masa kawan dari indon iaitu Bunga datang Kl pernah le join geng ulat buku bawa Bunga round kl. Jadi masa naik twin tower tu jenuh datang awal dan beratur beli ticket nak naik. Masa bila dan harga ticket dah lupa. Maaf ye entah mana gambar dia mungkin masa tu guna kamera dan simpan dalam hard drive agaknya. 
Kita orang sampai di area tingkat penyambung antara ke dua bangunan. Berjalan lah dan ambil gambar semasa di situ. Ada masa tertentu dan tak serentak pengunjung boleh berada di kawasan tersebut. 

Lepas tu bawa Bunga ke kl tower pula. Berpusing le kat atas tu. Oleh kerana bawa Bunga berjalan kl kita orang yang hadir bersama dah macam tourist pulak. Masa tu belum ada bas hop in hop out tu kalau tak boleh naik keliling kl. 

Tapi kak su pernah naik bersama yah bila kawan indon nurul datang melancong ke malaysia. Mereka bawa Nurul dan famili dia berjalan. Malahan masa trip ke turkiye juga Nurul ada join trip kami kerana anaknya Fatin belajar di sana. 

Nanti nak kena jenguk juga lah 2 lagi bangunan tu. 


Monday, August 17, 2026

Trivia Merdeka - Kenali Jata Negara

Assalamualaikum
Bulan 8 ada lah bulan kemerdekaan kan. Jadi perpustakaan IKN ada buat aktiviti sempena bulan kemerdekaan ni. 

Yang pasti semuanya ini supaya tertanam semangat patriotik dalam jiwa kita. Kalau sejarah merdeka pun kita lupa tak tahu lah generasi akan datang. 

Tapi yang pasti akak aku pernah cerita zaman jepun dulu pernah makan ubi di bakar untuk jadi nasi buat alas perut. Tebang pokok sagu korek isinya buat lempeng. Sedap dan kenyal rasanya. Kat belakang rumah dulu ada pokok sagu yang besar. Bila di tebang aruah mak korek batang sagu tu buat tepung. Camne buat tak ingat sebab masih kecil tapi ingat kesedapan lempeng sagu yang aruah mak masak. 

Aruah bapak dulu pun rasanya pernah jadi polis ke askar tak ingat tapi ada dapat penghargaan lah sebab pernah berkhidmat sebelum merdeka. 

Kalau dengar citer orang lama memang kesian waktu itu. Jadi sebagai rakyat Malaysia kita kena ingat tanah air kita dan berjuang demi kedaulatan negara kita. 

Betapa pengorbanan rakyat terdahulu jangan kita lupa hasilnya kita hidup aman dan damai pada masa sekarang.

Cabaran negara Malaysia sekarang kadang menakutkan kalau generasi sekarang tak menyayangi negara mereka sendiri apa yang terjadi di masa akan datang tak berani nak cakap. Semuga anak cucu kita dijauhkan dari pada musibah yang bukan2. Aamiin

Eh melalut pulak. Meh kita belajar apa maksud Jata negara kita. Jom masuk sekolah merdeka eh eh. 

Saturday, August 8, 2026

Cuba rasa nescafe ais kepal

Assalamualaikum
Hari tu pergi 7E tengah cari air buat bekal perjalanan ke muar nampak le air ni. Nescafe ais kepala limited edition. Warna cantik pink color u. 

Beli 2 tin. Satu aku minum masa dalam perjalanan dan kat highway. Rasa nescafe kuat tapi ais kepalnya tu camne ye rasa original dia. 

Lepas tu masa dengan kak jal nak pi rumah kak nong, kak jal yang minum 1 tin lagi. Dah kita orang terimbau kenangan masa kecik2 dulu. Masa tu tak kisah halal haram dalam makanan. Teringat kat kedai ais kepal tu tokeh kedai dok kepal ais tu bulat bulat, lepas tu jirus air gula. Dapat je kat kita orang dok hisap ais kepal tu. Bila teringat sekarang  Ya Allah macamana le kita orang dok melantak benda alah tu dulu. Kalau sekarang emm memang tak le nak melantak jika tahu sapa yang buat.
Bila terimbau citer ni aku dan kak jal gelak bersama. Jahil sungguh waktu dulu. 

Ya Allah ampun kan aku sebab jahil masa kecil dulu. Semuga rezeki yang aku makan sekarang semuanya halal toyiban. Aamiin

Tuesday, August 4, 2026

Tanya chatgpt kenapa blog kena remove oleh blogspot

 

Infografik: Kenapa Blog Boleh Dibuang (Remove) oleh Blogspot/Blogger
🚫 Sebab-Sebab Utama
❌ Melanggar Polisi Kandungan
Kandungan kebencian
Keganasan
Pornografi atau kandungan eksplisit
📄 Pelanggaran Hak Cipta
Menyalin artikel orang lain
Menggunakan gambar atau video tanpa kebenaran
🤖 Spam
Terlalu banyak iklan
Kata kunci berlebihan (keyword stuffing)
Kandungan dijana semata-mata untuk menarik trafik tanpa nilai kepada pembaca
🦠 Aktiviti Berbahaya
Menyebarkan malware
Phishing atau penipuan
⚠️ Penyalahgunaan Platform
Akaun palsu
Manipulasi trafik
Melanggar Terma Perkhidmatan Blogger
✅ Cara Elakkan Blog Diremove
Tulis kandungan asli.
Gunakan gambar yang mempunyai lesen atau milik sendiri.
Patuhi polisi Blogger.
Elakkan spam dan pautan yang mencurigakan.
Semak blog secara berkala untuk memastikan tiada kandungan yang melanggar polisi.
Ringkasnya: Blog biasanya diremove oleh Blogspot kerana melanggar polisi, melakukan spam, melanggar hak cipta, atau mengandungi kandungan yang membahayakan pengguna. Jika blog dibuang secara tidak sengaja, anda biasanya boleh membuat rayuan melalui akaun Blogger.

Assalamualaikum 
Masih tanjat gegerl ko pagi ni bila mim email blog dia kena remove. Cuba Tanya chatgpt secara infografik eh Di tulis satu demi satu. 

Apa pun kita doakan mim, cie dan sk dapat semula rumah mereka. Sayang oiii dah banyak file dalam depa cerita macam2 mahu tak nangis bucu katil. 

Ini 3 blogger yang aku sempat jenguk yang lain tak tahu lagi. 

Blog kena remove why why why

Assalamualaikum

Tib pagi ni dapat email dari pada mim blog dia kena remove. Lepas tu Cuba blog cie lepas tu SK eh napa ya. Apa yang terjadi. Aku dah le bengang update aku asyik tertinggal je update list tu yang malas nak masuk. BW tenguk mood. Aduhaiii

Why why why. Ada orang report abuse ke. 

Semuga cuma masalah teknikal je Dan kawan2 aku dapat balik rumah mereka. Doakan ye. Cuba check napa