Minggu lepas oleh kerana dah lama tak lepak dengan geng opis lama hah sanggup aku ambil cuti (yang sebenornya cuti tahun banyak lagi) hanya kerana nak lepak dan makan sambil bergosip. hehehehehe rindu geng belakang. Kita orang pi Thaikor kat IOI.
Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Friday, December 13, 2024
Wednesday, December 11, 2024
Pencegahan penyakit berjangkit bagi Petugas dan Sukarelewan Bantuan Banjir
Kepada petugas dan sukarelawan bantuan banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian.Pastikan tiada luka yang terdedah.
Cuci tangan dengan air bersih dan sabun atau pensanitasi tangan.
Mandi dan bersihkan badan menggunakan sabun dan pakai pakaian bersih sebelum pulang.
Bersihkan peralatan perlindungan diri dan cuci pakaian menggunakan air bersih dan sabun.
Segera dapatkan rawatan jika demam, batuk, sakit sendi dan cirit-birit.Layari https://infosihat.moh.gov.my/ banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut.
Tip Keselamatan - Makanan Semasa Banjir
Antara tip keselamatan makanan semasa banjir yang perlu diamalkan.
Sentiasa minum air yang telah dimasak
Elakkan makanan mentah
Percayakan deria anda dan amalkan lihat, hidu dan rasa
Jaga kebersihan diri dan persekitaran
Sentiasa cuci tangan dengan betul.Layari https://infosihat.moh.
Assalamualaikum,
Kita sedang menghadapi gelombang ke 2 banjir terutamanya di pantai Timur. Jadi kena hati-hati lah. Masa ni memang macam-macam boleh berlaku. Binatang berbisa lah, barangan musnah lah, tiada tempat nak berlindung lah, semuanya musnah lah. Aduhaiii memang dugaan sungguh bila musim banjir melanda.
Area Putrajaya baru-baru ni boleh pulak banjir kilat. aduhaiiii bila tenguk video tu sayangnya kereta tersadai ditenggelami air. Dalam pulak tu. Dah lah parking memang sesuka hati je kat tepi-tepi jalan disebabkan parking lot yang terhad, ingatkan hari minggu boleh lambat bangun, tenguk-tenguk kereta dah tenggelam dalam banjir kilat. Banyak juga tu. Area presint 11 katanya.
Buat semua yang di landa musibah semuga tabah menghadapinya. Take care semua ya.
Sunday, December 8, 2024
Tatacara pemakaian Tanda nama
Assalamualaikum,
Pakai name tag pun ada tatacara ye. hehehehe aku kadang boh je name tag tu kat tudung tapi memang belah kiri le. Tapi bila tenguk tatacara ni hah yang pernah aku buat letak kat pas keselamatan supaya senang gitu. Rupanya tak betul. Jadi marilah kita balik ke pangkal jalan cara memakai tanda nama supaya menunjukkan kita warga kerajaan yang mengikut perintah. hehehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)




.png)