Wednesday, December 11, 2024

Tip Keselamatan - Makanan Semasa Banjir


 Antara tip keselamatan makanan semasa banjir yang perlu diamalkan.


✅ Sentiasa minum air yang telah dimasak
✅ Elakkan makanan mentah
✅ Percayakan deria anda dan amalkan lihat, hidu dan rasa
✅ Jaga kebersihan diri dan persekitaran
✅ Sentiasa cuci tangan dengan betul.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut.

Assalamualaikum,

Kita sedang menghadapi gelombang ke 2 banjir terutamanya di pantai Timur. Jadi kena hati-hati lah. Masa ni memang macam-macam boleh berlaku. Binatang berbisa lah, barangan musnah lah, tiada tempat nak berlindung lah, semuanya musnah lah. Aduhaiii memang dugaan sungguh bila musim banjir melanda.

Area Putrajaya baru-baru ni boleh pulak banjir kilat. aduhaiiii bila tenguk video tu sayangnya kereta tersadai ditenggelami air. Dalam pulak tu. Dah lah parking memang sesuka hati je kat tepi-tepi jalan disebabkan parking lot yang terhad, ingatkan hari minggu boleh lambat bangun, tenguk-tenguk kereta dah tenggelam dalam banjir kilat. Banyak juga tu. Area presint 11 katanya. 

Buat semua yang di landa musibah semuga tabah menghadapinya. Take care semua ya. 

No comments:

Post a Comment