Tuesday, March 23, 2010

Tayar pancit lagi????

  Pagi ahad masih lagi melepak kat rumah julie. Mak, jol dan kak jal dah bersiap-siap nak balik muar manakala jol pulak lepas hantar mak kena balik batu pahat pula sebab ajid dah sekolah hari isninnya. Pagi tu kak ambah masak lagi ayam panggang yang tinggal lagi 2 ekor yang dia dah perap pada hari sabtunya. Ingatkan malam semalam dia nak masak tapi sebab semuanya dah keletihan berjalan takde lah nak makan sangat lagipun pada petangnya dah makan nasi berkat kenduri kahwin.

  Selain daripada ayam panggang julie pula telah keluar mencari roti canai sebab si fahmi dah teringin nak makan roti canai. Jadi sarapan pagi tu memang macam-macam pemakanan yg terhidang. Selesai semua dia orang pun mula mengemas barang-barang.

 Pukul 11 lebeh kak jal dan mak pun berangkat balik di hantar oleh helmi dan hafiz sampai ke Nilai. sempat lagi tu nak berhenti kat Nilai 3. Aku dan kak ambah pulak bila dia orang balik je pun terus bersiap nak balik ampang. Selesai semua kami pun terus balik ke ampang. Sebelum ni aku dah tunjuk jalan daripada highway besraya melalui hospital serdang dan terus ke puchong untuk sampai ke rumah julie pada kak ambah sebab lain kali kalau nak ke rumah julie dah tau jalan. Tapi masa balik aku lalu jalan melalui pasar borong serdang pula. Sedang slow jalan sebab di hadapan ada lori dan bila belok ke kiri tiba-tiba...bunyi sesuatu... alamak..... tayar kereta aku pancit ke sebab bunyi tu dah 2 kali aku dengar. aku pun bagi signal ke tepi dan bila tenguk huh tayar depan sebelah kiri pecah. Aduhaiiii macamana ni? Tak lama kemudian ada sebuah jeep berhenti di depan aku. Masa tu aku dah kelam kabut talipon julie suruh datang tolong. Rupanya orang tu datang tenguk kenapa kami berdua berhenti di tepi jalan. Dia yang tolong pasangkan tayar ganti. Aku takan le nak pandang je jadi tolong lah juga mana yang boleh, tapi tu lah kan mana lah aku tau nak ganti tayar. Jeck tayar pun salah letak sampaikan kena letak semula. Kesian kat orang tu macam marah juga sebab buat kerja 2 kali tapi nak buat macamana org pompuan mane le reti nak buat benda tu semua. Sebelum ni dah 2 kali tayar aku pancit dan selalunya aku talipon julie dan kalau hafiz ada dia yang datang tolong. Malahan ada sekali tu polis yang tolong tukarkan sampai 3 orang jadi aku cuma pandang je lah. Kali ni julie dah salah dengar information jadi lambat sampai ke tempat kereta aku pancit padahal kami belum lama keluar dari rumah dia.  Nasib baik tuhan gerakkan hati orang tu untuk menolong kami dan tak berapa lama tayar siap ditukar ke tayar spare. Alhamdulillah. Sempat ucapkan terima kasih tapi lupa nak hafal plat jeep kereta dia. Alahaiiiii apapun terima kasih lah encik yang budiman. Hanya allah sahaja yang dapat membalasnya.

Monday, March 22, 2010

Fiesta belon panas

  Petang sabtu lepas buat Overtime dalam pukul 5 aku pun balik. Sebelum tu julie talipon tanya samada nak bawakan baju atau tidak sebab  mereka masa tu berada di ampang sebab mak nak tenguk rumah kak ambah setelah renovate depan, dia belum sampai lagi dan nak tenguk rumah kak ambah. Oleh kerana malamnya nak tenguk bunga api dengan belon panas jadi kak ambah terus je ikut mereka semula dengan membawa baju. Aku ingat nak balik ampang tapi mengubah fikiran bila ada baju spare kat pejabat. Habis je kerja terus ingat nak ke tempat fiesta diadakan tapi rupanya semua jalan masuk ke tempat tersebut jem. Jadi cari jalan keluar terus je ke rumah julie di puchong tapi entah macamana makan buah langsat la pulak sekali tenguk haittt dah toll utara selatan pulak da.... terus je contact julie dan akhirnya hafiz tunjuk jalan keluar toll USJ. berpusing juga le nak balik semula ke rumah julie.

  Sampai je di puchong rupanya kawasan puchong hujan lebat. Jadi dia orang kena hujan dan sampai je terus mandi setelah selesai makan nasi kenduri. Maklum le dah berkeliling berjalan tu daripada subang lepas tu ke ampang dan akhirnya balik semula ke puchong. Aku sampai je kat rumah julie nampak ayam panggang ada lagi hah apa lagi lah belasah le lapor balik kerja dah penat dengan makan langsat lagi. hehehe

  Lepas magrib kami keluar rumah dengan 2 kenderaan pergi ke putrajaya pula. Kalau ikut acaranya yang aku tenguk kat laman web ada acara bunga api, tapi petang nya semasa lalu kat peresint 8 tak nampak pulak belon panas ada orang naik. Ataupun tak ada orang naik belon tu kut. Aku ingatkan nak terjah dan naik sendiri tapi dek kerana jem jalan huh tak merasalah nak naik belon udara tu. Mungkin tahun depan ada lagi manalah tahu ianya jadi acara tahunan bagi menarik ramai orang ke putrajaya. Insyallah tahun depan mesti nak rasa naik. hehehe

Belon panas bermacam rupa

Dengan hisyam



Chewah ajid dan fahmi macam utromen je

Ada juga pancaragam mengiringi irama malam




Bunga api berwarna-warni



Amacam atas kepala tu? Nampak benda bulat ada 2 tu?

   Habis acara bunga api majlis pun habis. Nasib baik ianya habis dalam pukul 9 kalau lama lagi huh penat le nak menunggu. Kesian pulak pada mak yang dah sakit kaki nak berjalan. Masa nak balik tu nampak le benda bernyala-nyala kat kepala orang. Wah apa tu? Rupanya dia ada bateri dan bila di petik 2 benda bulat tu bernyala-nyala berwarna-warni. Kak ambah borong habis siap beli kan untuk anak adik. tapi bila nak beli untuk anak ijan pulak hanya dapat satu je. Yang lain banyak dah rosak. Yang kelakor tu masa dalam kereta kami berlima memakainya. maklumle dalam kereta gelap jadi saje je suka-suka. Sekali ada orang di kereta sebelah pulak menoleh. Agaknya hairan apa benda lah yang berwarna-warni kat kepala kita orang. Tapi cantik lah bila malam hari. Rupanya kata kak jal kereta dia di belakang kami dok nampak dari belakang berkelip-kelip kepala kami berlima. hehehehe.  Sampai di rumah semua dah lepak. Besok mak dah nak balik muar dan jol pulak balik batu pahat sebab hari isnin ajid dah sekolah. Apa pun ajid dah fahmi seronok berjalan di putrajaya.   

Besday Izzudin @ ajid

Hari sabtu kelmarin merupakan besday ajid. Malam Sabtu mak, kak jal dan jol telah datang ke Puchong sebab hari sabtu ada majlis kenduri kahwin anak saudara mak zaini di subang. Hari sabtu aku nak buat ot jadi pagi tu terus je bawa kak ambah dengan ayam panggang serta nasi himpit dan kuah lodeh, kami angkut ke rumah julie. Dalam lebeh kurang pukul 8 terus ke puchong. Sampai di rumah julie terus je siapkan makanan dan kek di meja. Aku terus je belasah mee kari yang kak jal masak. Terus je gesa ajid potong kek sebab aku kena pergi pejabat. Selesai acara memotong kek semua pun menjamu selera. Oleh kerana dah kenyang makan mee kari lepas tu belasah nasi himpit kak ambah layan dgn lodeh dan sambal erkkk perut dah kenyang jadi tapau kek dan ayam panggang aje lah buat bekal kat pejabat. Selepas pergi kenduri kahwin kat subang mak nak singgah kat ampang. Dan acara seterusnya malamnya nak tenguk fiesta belon panas dan bunga api. selesai santap aku pun terus ke opis.


Kek besday yg julie belikan kat persint 8. Ok juga rasanya.


Ajid tiup lilin

Ni ayam panggang yang kak ambah masak. Dia perap sampai 4 ekor beb....walah


Makanan macam-macam adooo

Makanan yg sodap sih

Ni saje je posing dgn ayam panggang hehehe


Ajid dan adiknya fahmi

Wednesday, March 10, 2010

Info berguna - fadilat air

    Tips yang berguna


Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion low

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack




Tuesday, March 9, 2010

Certifications Of Coders

     Semalam semua AMRO dan peg yang dah pernah pergi kursus ICD 10 kene duduki exam. Aduhaiiii. 2 jam dengan soalan 40 markah bagi tahap 1 boleh lah tu. Tahap1 kalau ada basic boleh le jawap. Tapi bila sampai tahap 2 fuh kepala dah berasap dan berpinar nak menjawap soalan. Kali ni daripada seramai 28 orang hanya lulus 9 orang sahaja. Start pukul 9 pagi dan habis pukul 11. Pukul 11.30 mana yang namanya tertampal di pintu masuk kena masuk pulak exam bagi tahap ke2. Semua AMRO PIK lulus kecuali Fazlina. Malahan Sarirah dan Shakira yang baru sahaja belajar buat koding lulus tahap 1.

   Tapi bila part tahap ke 2 huhuhu setelah selesai exam dijalankan nampaknya semua peg kat PIK tak lulus. Mana taknya kelulusan 90 markah ke atas bagi tahap 1 dan 2 manakala 80 markah bagi tahap ke 3. Kiranya siapa yang sampai tahap ke 3 tu memang pakar le menjawap koding ICD 10 base pada diagnosis yang Doktor bagi.

   Dan pagi tadi meeting dengan semua JKN negeri dan hospital yang bermasalah dengan penghantaran data pesakit dalam telah di panggil ke PIK untuk memberitahu masalah di setiap negeri dan hospital masing-masing kenapa data lambat di siapkan. Dan isu tentang Certifications of coders juga telah boss bangkitkan. Rupanya ada rumors yang negatif telah berlangsung dan beredar di setiap pelusok negeri yang memperlekehkan tentang certifications of coders ini. Aku tak jaga bab ni jadi takde lah ambil pot sangat lagi pun kerja pengumpulan data aku pun melambak-lambak tak siap lagi. Nak semak lagi nak compile lagi.... fuh poning sih. Dateline semakin hampir. By hook or by crook end of this month mesti dah setel semua data compilation. Bulan 4 dah nak masuk dalam health fact pula. huhuhu kena kejor masa sih. Apa pun penerangan mengenai certifications of coders daripada boss nampaknya telah memberi pemahaman yang lebeh pada semua AMRO baik daripada JKN ataupun di hospital. Ianya bukannya apa sekurang-kurangnya koding yang kita buat selama ini adalah berqualiti dari segi pembelajarannya dan juga penghasilan input hasil dari koding yang berkualiti. Sekurang-kurangnya PKI bagi error rate dapat di turunkan peratusannya. Dan manalah tau berkemungkinan ianya boleh jadi PKI KKM pulak nanti.