Assalamualaikum,
Cuti Hari raya Haji minggu lepas tu bersambung cuti Wesak dan cuti Birthday Agong emmm bila naik kerja hari Rabu rasa macam eh hari ni hari apa. hahahahaha CC jue asyik confius je Rabu jadi Isnin. Rasa berkulat kat rumah cuti lama-lama. hahahaha Nak pi pesta buku pun rasa maleh sebab sedap berkubang lama-lama kat rumah. hahahahaha. Nak pi Pesta buku tu cuma nak dapatkan buku baru Rose Harissa yang keluar sampai 3 buku tahun ni. Booth Karyaseni em tahulah memang peminatnya ramai jadi booth dia mesti ramai orang. Tapi sebab malasnya nak beramai-ramai hari Sabtu yang sudah semestinya ramai orang dan cuti sekolah ni jadi tenang-tenang je lah kat rumah ye. Vibes pi pesta buku ni bila dah tua-tua ni merundum sikit lepas tu takdak geng nak memborong sama. Buku Tahun lepas beli online pun tak habeh baca lagi beb. Ada hati pulak nak menambahkan koleksi.
2hb Jun sebenarnya birthday Liza si comel mek klate. Comel dan cute tapi anak dah 2 tau. Lepas tu Pn Wawa pulak birthday dia pada 28hb lepas Raya Aidil Adha. Oleh kerana minggu lepas ramai yang cuti jadi kita rangkumkan sambutan 2 dalam 1 untuk Pn Wawa dan Pn Liza. 2hb Jun juga birthday Anak buah aku Hafiz. tenguk kat FB nya pi bercuti ke Singapore pulak bersama keluarga. Tahun lepas pi sambut kat Bandong. Tahun ni pi Singapore lah pulak.
Kek Alia yang tukang orderkan. Sedap Kek aiskrim. Manakala Pn shu orderkan Ayam Texas untuk makan-makan beramai-ramai. Hari tu Kepci kali ni kita pi Texas pulak.
Birthday gegerl potong kek. Sedap keknya. Buah-buahan atasnya pun sedap. Berebut staf yang lain makan strawberry dan blueberry yang besar atasnya. Kek Aiskrimnya ada rasa manis-manis dan masam-masam sebab ada blueberry. Sedap.
Ni Kek Aiskrimnya. Kat opis aku ni ramai yang tukang expert bab mengorder makanan sedap. Baik Alia, Pn Liza dan Pn Shu. Selalunya kalau untuk ramai aku yang belanja mereka. Macam kali ni aku belanja Ayam Texas dan Kek pulak Depa tong-tong sama mereka. Aku belanja sebab aku pun nak juga sama makan. hahahahahaha
Ambil set combo 12 ketul 2 set. Air buat sendiri. Yum yum yum sebab Ayam Texas ni besar dari Kepci.
Selamat ulang tahun Pn Wawa dan Pn Liza.
No comments:
Post a Comment