Tuesday, June 16, 2026

Kalio Ayam dari kenalan di Indonesia


Assalamualaikum,

Kat Fb baru-baru ni up lah memories masa aku pergi ke Jakarta Bandung tahun 2013 rasanya. Lepas ber jimba di Bandung kita orang bali ke Jakarta. dan sampai ke rumah Mbak Bunga atau Erna Bunga nama nickname dia. Tak ingat camne mula kenal tapi sebab geng Ulat Buku dah kenal Bunga dan ada juga dia datang ke Malaysia masa Yah dan KakNoor kita raikan di Restoren Rebung di Tasik Perdana. Masa tu Yah dengan Kaknoor nak menunaikan ibadah haji. 

Lepas tu tahun 2008 masa aku ada kursus pendek di Brisbane depa semua pi bercuti di Jakarta kerana ada pesta buku Indonesia yang Kak su dan Team JS pergi jenguk. Kak su juga dapat berjumpa dengan Nurul kenalan Kak su disebabkan Kak Su kan penulis. 

Jadi bila sampai di Jakarta kita orang tidur di rumah Bunga. Bunga hidangkan masakan kalio. Hah ni lah resepi dia. Jadi aku buat infografik nanti mudah nak mencubanya. Asam kandis je aku semak ianya berbeza dengan asam keping. AGaknya kalau kita ganti asam keping jadi tak. Ala kita buat dia kan. Janji enak dong.


Yang warna kuning cam rendang tu lah kalio. Gambar ni aku kidnap kat FB Nacha. Kamera aku masa ni problem entah kenapa jadi banyak gambar yang rosak bila di upkan. Masa ni phone belum changgih macam sekarang. Jadi tumpang kamera genag travel lah.


Ni kami posing depan rumah bunga. Bunga ni nampak je simpoi tapi ada keturunan ningrat juga tu dari Jogjakarta. Itu kak Noor lah yang korek susur galur Bunga. Rumah ni dia dudak seorang dalam kawasan Taman yang abang ipar dia sebagai kontraktor bina kawasan perumahan dan jual 1 lot rumah pada bunga. Jadi bunga duduk berdekatan dengan kakak dia dimana rumahnya di hadapan sekali semasa masuk ke Taman berkenaan.   


Ni restoren Baim Wong. Sampai Jakarta kita orang pi serbu restoren Baim Wong. Masa ni belum dapat jumpa Baim jadi kita orang duduk le nak makan. Sekali staff Baim kata Baim ada berdekatan sedang jadi mandur pada pekerjanya. Jadi apa lagi kita orang pun pi carik Baim Wong ditunjukkan oleh staffnya.   


Duduk sementara makanan sampai

 

Tadaaaaaa bersama Baim Wong.

 Aktor femes dari Indonesia. Gigih masa tu datang Indonesia carik Restoren dia dan alhamdulillah rezeki dapat bertentang mata bersama kawan tanpa di kacau peminat peminat Baim Wong. Sekarang sejak dah kahwin dah lama tak tenguk sinetron dia.   


No comments:

Post a Comment