Friday, November 13, 2009

Syukur alhamdulillah

Akhirnya aku berjaya membuka rumah baru setelah rumah multiply aku tersekat dek kunci yang tak berjaya aku buka. hohoho siannya aku nak masuk rumah sendiri pun tak boleh. Apa-apa pun mudahan selepas ini rumah aku akan sentiasa terbuka untuk sesiapa pun.

Kenapa aku namakan saje suka-suka sebab keinginan membuka rumah baru ni aku hanya suka-suka sahaja sebagai tempat aku meluahkan rasa yang kadang terpendam dan tersekat di kalbu. Atau pun ala apa saje lah yang penting hanya saje suka-suka. Apa pun yang penting hepey..... yehhhh

Masa aku dok membuka rumah baru ni aku berada di Kota Bharu sedang menganjurkan kursus ICD 10 untuk zon timur. Kursus bermula hari Khamis dan berakhir hari isnin. Jadi hari minggu aku habis di negeri cik siti wan kembang. Apa pun rasanya dah lama aku tak gie kelantan ni. Rasanya yang last sekali masa ofis aku menganjurkan kursus asas bagi staff baru rekod. Masa tu buat di sekolah latihan tumpat. Memang havoc juga masa seminggu tu sebab urusetia best, makan best, peserta best, jadi memang best le.

Masa tu aku dah lupa bulan berapa tapi kat tumpat sedang musim mempelam. Ya allah setiap petang kami pergi ke pengkalan kubur beli buah dan shopping. Lepas tu time depa berkursus kat depan kami ahli urusetia dok mengopek asam pelam. Emmmm manisnya hinggakan kadang habis sampai berapa kilo kami pun tak ingat. Sebab bila habis yang orang ni beli orang lain pulak offer asam pelam depa. Habis yang ni kang orang lain pulak bagi jadi memang melantak buah pelam aje lah masa tu. Sampaikan bila balik Kl masing-masing memborong setiap sorang mesti satu kotak pelam bawa balik Kl. Tapi masa tu aku takde le nak memborong bawa KL. Tak larat weiiii Dapat puaskan hati melantak pelam cukup lah. Malahan ada sekali tu kami beramai-ramai naik satu van pi wakaf Chek Yeh. Kesian encik azmi dan encik sharkan dok berimpit kat dalam van tu sebab ramai yg nak ikut. Balik sampai pukul 1 mlm daripada kota bharu ke tumpat. Emmm masa tu memang enjoy sangat kat Tumpat tu.

Tapi masa ni tumpat sedang di landa musibah. Dari atas kapal terbang sebelum mendarat aku nampak banyak kawasan masih di genangi air. Dan apa yang aku tahu air sungai golok mmembanjiri tempat shopping kat pengkalan kubur tu. Kesian para peniaga, tak dapat berniaga.

Ok lah... apa pun sempena hari jumaat yang berkat ni semuga segala nya berakhir dengan kebaikan jua. Amin

6 comments:

  1. kalau citer kat fb apa yg kita rasa mmg ada yg kutuk dan tak kurang juga beri semangat . beza dlm blog . pembaca sentiasa beri komen positif dan kadangkala berkongsi kisah yg sama ...

    ReplyDelete
  2. Qaseh dalam blog pun ada juga yang komen negatif tapi kita ambil positif je lah. Tapi dalam blog kita rasa mesra je walaupun tak kenal orangnya macamana. Kongsi kisah yang sama tu yang menyebabkan rasa rapat je dengan semua. Apa pun TQ singgah rumah usang ahkak.

    ReplyDelete
  3. Saje nak korek entry lama... ha ha ha..

    ReplyDelete
  4. Yang penting kita happy...happy... happyyy... ehhh berapa banyak happy daaaa... he he he...

    ReplyDelete
  5. Amboiiiiii habis ko gembur N3 lama akak.. Ya betul yang penting kita hepey hepey hepey

    Berapa punya banyak hepey da....

    ReplyDelete
  6. Korek pakai apa tu... jentolak, cangkul, jenkaut... korek punya korek hah ko harta karun plak keluar tu dia....

    ReplyDelete