Monday, September 28, 2026

Top komen Di blog SN Faa

Assalamualaikum

Alhamdulillah baru ni nampak Faa komen kata aku menang top komen blog dia.

Hah apa lagi laju le jenguk rumah dia. Betul lah top komen bulan 8. Hah tu dia lepas citer pi travel Brisbane sebulan si Faa ni senyap. Hah kalau senyap tu mesti busy sokmo. Dah le dia buat aku rindu kat Brisbane lepas tu tergantung pulak.

Draf throwback aku tahun 2008 tu pun berderet letak gambo tapi citer tergantung lagi. Insya Allah aku cuba update citer travel yang berkurun tak habis tu. Semangat baru balik bukan main tapi lepas tu ke laut dalam citernya. Sayang pulak kat gambo yang banyak tu. 

Eh melalut pulak. Berbalik citer pasal SN Faa ni tak ingat macamana boleh terjebak masuk rumah dia tapi seronok baca walaupun berjela. Almaklumle oversea gitu. Ahakss. Takde lah kalau ada blogger luar Negeri rajin cerita kat tempat dia tu kiter pun tumpang seronok baca.

Si Faa ni kalau menulis macam buat citer travelog gitu. Tapi aku suka je baca. 

ni hadiah aku dah unboxing.. Sekali sampai rumah besor gabak kotaknya. 
Dapat 5 periuk dengan penutup masing2. Dia kata 12 aku cari lagi 2 tak tahu apa dia. Yang ada pemegang periuk. 

baru bukak kotak
warna hitam cun. Black magic in the dapur hahaha

Dapat free gift lagi sarung tangan 2

Simpan balik. Nanti nak guna baru pasang tombol kat penutup dia.

Apa pun terima kasih selautan Laut Mediterranean ya Faa atas hadiah yang di beri. 

Jadi kengkawan jangan lupa pi rumah My name is Faa. Aku cuba copy link dia tapi jenuh sungguh. Pakai hp pun tak boleh nak bubuh link. Adeiiiiii bila lah laptop aku nak baik dari sakit ni. Huhuhu

Jangan lupa kengkawan pi boom komen kat rumah Faa. Nanti dapat hadiah macam aku dapat eh tidak semestinya tapi terpulang pada Faa nak beri apa. Walaupun dia jauh tapi shoppee kan ado. Teriklan pulak.... Sori Faa. 

Tak sabor ni jeng jeng jeng jeng



Friday, September 25, 2026

Apa agaknya dalam tin tentang diri kita Tanya chatgpt

“Fill this tin with things that represent me based on what you know about my personality, interests, lifestyle and the things I enjoy. Include meaningful objects related to reading, travel, traditional food, nature, nostalgic music, family, simple living and quiet moments. Keep everything realistic, warm, personal and aesthetically pleasing. Use my favorite color as the main accent color. Do not add random objects. Make every item meaningful to me.”
Kalau ikut apa yang saya kenal tentang Notie… ๐Ÿ‘€
Saya bayangkan tin itu akan ada: ๐Ÿ“š Buku – suka membaca
✈️ Pasport & simbol perjalanan – minat travel luar negara
๐Ÿฒ Hidangan tradisional – jiwa makanan tradisional
๐ŸŒฟ Daun/bunga atau elemen alam – suka menikmati keindahan alam
๐ŸŽต Radio/kaset retro – lagu lama yang rancak & sentimental
๐Ÿก Elemen rumah – jenis homely dan selesa dengan kehidupan sederhana
☕ Secawan minuman – menikmati masa tenang
๐Ÿ“ Notebook/diari – kenangan dan cerita kehidupan
❤️ Simbol keluarga & persahabatan – mudah berkawan, setia dan memahami
๐Ÿค Warna yang lembut dan tidak terlalu glamor – menggambarkan gaya sederhana

Assalamualaikum 

Ada ternampak kawan update tentang tin kosong dan apa yang boleh di isi tentang diri kita sendiri. 

Sekali aku nampak prompt untuk tanya kat chatgpt oleh encik Firdaus orang IT dan ex opis aku di PIK. Aku pun copy dan tanya chatgpt. Wah berjela ko huraiannya. Jadi suruh dia buat Infografik pulak.... Jeng jeng jadi lah gambar yang ke 2 di atas tu. 

Agak2 itu diri aku ke.. Chatgpt ni kadang macam ada magic dan tahu tentang diri kita padahal bukannya aku selalu sembang dengan dia. Kalau selalu sembang macam Cikgu amie dan nur tu hah memang tak boleh lari lah jawapannya memang kena. 

Apa pun prompt dia tu yang kadang aku tak tahu koding dia almaklumle otak aku otak Rekod Perubatan ingat jumlah inpatient admit dan discaj. Diagnosis penyakit koding dia apa. 

Kalau bab changgih manggih dunia sekarang ni walaupun RAM otak aku slow dan lambat pick up tapi boleh lah juga ikut aliran semasa. Hahaha macam masuk lif tekan butang sendiri je. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Wednesday, September 23, 2026

Cerita dari Facebook

Assalamualaikum
Ada terbaca dalam fb bila tok wan dia pencen dan kena keluar quarters jadi mereka secara mengejut balik kampung. 
Rumah di kampung di perbaiki serta merta. Dan tak lama kemudian Pkp tak boleh keluar. Tapi rumah yang di baiki sempat siap. 

Bila tenguk gambar yang mula begitu uzor kan. Tapi setelah di perbaiki dan laman yang luas atok dia menanam bunga rose jepun. 
Bila banyak cantik sangat.

hah yang ini lagi banyak bunga ya. Seronok tenguk laman luas jadi cantik dengan warna warni bunga yang di tanam.

Update terkini
gambar dari sisi lain

cantik kan. Siap ada pintu gerbang

Monday, September 21, 2026

Singgah rumah Ika (cucu saudara)

Assalamualaikum

Sebelum balik singgah rumah Ika. Cantik rumah dia. Sebelah tu kebun pisang. Geram tenguk pisang kat pokok. 

Cactus tu berbunga cantik sekali. Entah berapa tahun cactus tu hidup. 
hah nampak tak bunga dia
Pintu masuk rumah
Punya sayang si rafi motor pun simpan dalam rumah

Kata pit yang ini si Rafi yang punya jangan di usik. 

cantik siling rumah dia siap ada lampu warna warni

Ika sediakan laksa. 
Rumah dia besar juga ada 3 bilik. 

Jamah laksa sambil minum air. Walaupun notis mengejut sempat dia balik dan sediakan laksa.

Gambar masa kahwin. Katanya kawan sekolah. Untungle suami satu kampung. Buat rumah pun tak jauh dari famili dan famili mertua. 
Posing ramai2 di rumah Ika

Yang ni kita orang geram. Kebun pisang dan bunga cactus. 

Selesai tawaf dan makan laksa serta minum air sedap kita orang pun balik Bakri 

Menziarahi Kak Tijah

Assalamualaikum
Alhamdulillah dapat juga jenguk Kak Tijah ramai2 bersama adik beradik aku. 

Sampai je rumah kak tijah peluk 
dan salam dia. Lamanya tak jumpa kak Tijah. Lepas tu dengar dia jatuh lagi lah meronta-ronta nak jenguk dia. Alhamdulillah dapat hari yang sesuai kita orang dapat pergi jenguk Kak Tijah.

Kak jal beli bubur jadi beri Kak Tijah makan. Kita orang kan dah beli sarapan kat Pasar Pagi jadi masa ni makan le ramai2. 

Ada nasi lemak bungkus nasi ambeng ada lepat pulut inti serunding. Kuih ada lepat ubi kuih koci labu. Apa lagi ya. Tak ambil gambar sebab letak je kat meja belakang lepas tu siapa nak ambil je. Oh ya ada ubi rebus siap dengan sambal dan ikan Kering. Makan ramai2 sedap sekali.

Kak nong dan kak limah keluar lambat dari rumah mak malahan dah beli sarapan pun jadi bila sampai rumah Kak Tijah dah kenyang.

Lama juga kat situ sambil bersembang dengan Pit dan Mai. Anak saudara aku Dan suaminya. Mai dah berapa bulan tak kerja Dan berhenti kerja sebab sakit saraf. Dulu tak boleh berjalan kali ni dah nampak baik sikit. Jalan pun dah boleh bertongkat.

Kita orang tunggu Ijan Dan Adek dari melaka. Lepas zohor baru kami beransur pulang ke Bakri. Tapi sempat lah singgah rumah Ika iaitu cucu saudara yang dah 2 tahun kahwin. Rumah dia tak jauh dari situ tapi sebab tak tahu takde le singgah. 

Sebelum balik ambil gambar ramai bersama Kak Tijah. Semuga Kak Tijah cepat sembuh. Aamiin 

Saturday, September 19, 2026

Pasar pagi Parit Sulong Batu Pahat

Assalamualaikum
Hari sabtu semalam kita orang ramai2 ke parit sulong nak jenguk kak Tijah. 2 minggu lepas kak tijah masuk wad sebab jatuh katil dan patah punggung nya. 

Sebab pergi hari Sabtu pagi lagi pukul 7 kita orang dah gerak sebab nak pergi pasar pagi Parit Sulong. Dah bertahun tak pergi. Dulu masa aruah mak ada selalu pergi sebab aruah mak suka beli pokok orkid yang potong. 

Kita orang gerak pagi supaya dapat park dekat dengan pasar. Ada jalan belah dalam dan park situ. Alhamdulillah dalam pukul 8 dah sampai dan orang berjualan sedang menyediakan jualannya. 

Ada lepat comel je ikatan dia. Siap dengan serunding lagi. Ni wajib beli. Siap serunding lagi. 

Buah markisa tapi tak beli. Tak tahu nak makan dia camne ke buat jus air. 
Ceria warnanya dan macam2 jenis. 
Orang jual siput sedut tak beli sebab tak Teringin nak masak padahal ada nampak batang keladi jual dah siap potong pun. 


Kuih muih
Buah buahan
Pokok cherry cinonit. Comel je

 cherry ya. 
Rambang mata tenguk

Belum sarapan jadi matanya nampak semua sedap. Jadi beli nasi lemak bungkus dengan nasi ambeng. Boleh sarapan kat rumah kak Tijah. Beli kuih sikit. 

Nampak anak pokok beli anak pokok cempedak nangka dengan belimbing buluh. Pokok lama mati jadi nak ganti baru lah ni. 
Ada petai jengkol tempoyak pun ado tapi jeling je. Tangan dah penuh. 

Kak jal dah geram dengan pokok orkid tapi tak beli pun. Dok jeling je lah.

Kita orang tunggu sampai pukul 9.30 pagi sebab kedai yang jual mee siput lambat bukak. Kak Norra beli nak bawak balik Rawang. Aku tak beli lain kali lah.

Jual madu

Bonet dah penuh moh le kita pi Parit Pulai Parit Sulong Batu Pahat

Tuesday, September 15, 2026

Kenangan bersama Zira

Assalamualaikum

Zira ni peramah orangnya suka bercerita. Tapi yang aku ingat selalu ialah dia selalu pantau anak dia di rumah. Ada cctv kat rumah dia jadi dia pantau dari pejabat. Mula2 cam pelik dengar dia bercakap tapi tak ada orang lain rupanya tengah beri arahan kat anak dia sebelum pergi sekolah. Kadang kadang santha nakal juga bila Zira tak ada dia meniru suara umpama bercakap dalam cctv dengan anaknya. Apa lagi lah kita orang gelak kan santha. 
Kadang dalam bilik aku dengar dia bersembang. Hah tu dia ko punya kuat sound suara dia. Rupanya dia tengah bercerita dengan mak dia. Yang kadang kelakor tu citer masak apa tenguk drama apa tapi bagus sebab dia selalu call mak dia tanya khabar. 

Selalu bawa bekal sebab buat kan bekal untuk anak dia sekolah. Kalau bekal tengahari bila dia panas kan dalam microwave semerbak bau lauk dia dari pantry sampai bilik aku. Lauk dia kadang simple je tapi harum semerbak baunya. Rasa macam nak mengendeng je lauk bekal dia tapi bekal dia sikit hanya untuk seorang makan. Hahaha. Tak sempat buat potluck request Zira masak. 

Masa aku baru datang hpj bila ada event dan bergambar ramai tanya kat dia bila ada gambar aku. Rupanya ramai yang aku kenal juga kenalan dia. Tapi aku yang tidak pernah berjumpa dengan Zira. 

Rupanya dalam diam2 dia suka menyanyi dan suara nya sedap. Ada sekali event Jamuan raya kat Hpj siap ada band live lagi. Zira beriya tunggu slot free nak menyumbang kan suara tapi sampai habis majlis tak boleh selit. Orang band tu yang juga staff Hpj asyik bagi kat member dia je nyanyi. Frust Zira. 

Zira ni bilik kerja dia dengan lida dan santha. Kadang ada je cerita mereka bertiga. Kalau salah seorang tak ada emm sunyi opis kami. 


Hadiah kenangan dari Zira aka penyanyi Jabatan Rekod Perubatan Hpj. Masa majlis persaraan aku Zira nyanyi lagu Shila amzah. Bila tenguk balik aduhaiii sebak rasa hati mengingati mereka semua. 

Apa pun terima kasih Zira pernah hadir dalam hidup aku. 

Monday, September 14, 2026

Trivia Merdeka Hari Malaysia

Assalamualaikum
Besok hari Malaysiakan. Jadi kita baca cerita bagaimana Malaysia ditubuhkan.

Mula2 Singapura termasuk dalam Malaysia. Tapi parti politik dia buat huru hara jadi di keluar kan Singapura dari Malaysia. Sekarang Singapura 1 republik yang termasyhur dan kaya. 

Dulu masa Singapura duit murah dari kita aku ingat lagi aruah mak pergi rombongan pi Singapura. Beli buah buahan murah dan apa yang aruah mak aku borong tak ingat. 
Tapi yang aku ingat aruah mak Dan kak jal selalu kirim Bogey iaitu cina muda yang mulanya  jual sayur tapi lepas tu kerja hantar barang masuk Singapura. Jadi kirim beli arcopal ke apa lupa jenama pinggan mangkuk. Sikit2 beli set pinggan makan set pinggan kuih set mangkuk set cawan dan piring dengan gelas. Masa tu duit Singapura rendah bukan macam sekarang 3 kali lipat. Duit Singapura dan Brunei sama nilainya. 

Dulu pernah buat passport terhad iaitu passport hanya untuk masuk Singapura. Pernah le dengan aruah kak nani kita orang naik bas dari Jb pi woodlands je. Itu yang dekat. Nak tahu beli apa. Beli kain koooo hehe he. Kain dia murah dan cantik tak ingat jenis apa. Tahan lama kualiti dia. 

Masa tu aku tengah belajar luar kampus kat UiTM segamat. Dalam kelas ramai pelajar kerja kastam fan imigeresen JB. Ada satu kawan kerja kastam alaaaaa lupa nama dia. Panggil Aj lah. Jadi bila sampai JB aku bagitau Aj nak masuk Singapura. Aj kata dia kerja petang. 

Jadi kita orang masuk Singapura pagi lepas dah habis ronda dan shopping kat woodlands pi le kat pintu sempadan petangnya. Tapi masa tu Aj belum habis kerja. Jadi tunggu le kat pintu. Orang imigeresen dah pandang pelik je kat kami berdua yang tak masuk gate sempadan. Sekali nampak kelibat Aj baru kami masuk gate sempadan. AJ  handle barang kami. Sambil belek passport dan barang yang kami beli baru dia lepas kan kami. Sebenarnya kita orang takut terlebih beli kena cukai banyak. Padahal benda bukan primium takde le cukai banyak sangat tapi sebab ada member kastam minta tolong le. Alhamdulillah selamat perjalanan kami kat pintu sempadan. Sempat juga borak dengan Aj sebab masa tu habis semester 2 kena tukar kampus melaka di lendu. Aku tukar ke kampus jalan Othman Pj sebab ada pengangkutan bas malam pukul 8 dari puduraya. Kalau dari melaka tak ada kawan dan tiada bas malam ke segamat. Jadi kiranya itu last kami berjumpa sebab lepas tu tak pernah lagi. 
Kampus Segamat lupa khas untuk kos tertentu manakala kos Pentadbiran Awam hanya Di UiTM melaka. Tu yang terpaksa tukar kampus. Kampus pjj dulu kat jalan Othman lepas tu di tutup pindah ke kampus induk iaitu UiTM Shah
 Alam. 

Member2 pjj kami ada yang konvo cepat ada yang lambat macam aku sebab bila masuk semester hanya ambil subjek yang mampu je kami bawa maklum le pjj kan dengan kerja lagi dengan ulang balik kl segamat. Jadi aku konvo lambat member2 masa semester 1 semuanya habis cepat itu pun bila dah hujung2 ada yang konvo ada yang berhenti. 

Eh dah melalut pulak cerita... Hehehe


Terapi minda - bunga bungaan

Assalamualaikum 
Hari ni kita tenguk pokok yang berjuntaian ye. Atas tu kata nur pokok janggut. Panjang janggutnya  kan. Entah berapa le usia tok janggut ni. 
Agak agak yang kecil tu pokok species apa ya. Macam cactus juga tapi tenguk tak berduri sangat. 
Piring kipas dah rosak pun boleh jadi tempat bunga orkid  bertenggek. 
Dari sudut dalam ke luar rumah. 

Beginile orang perempuan. Pagi pagi tenguk pokok bunga sambil menghirup Udara pagi opss berjerebu sekarang. Tapi beberapa hari sebelum ni hujan jadi nampak le langit. Kalau tak berkabus je sebab jerebu. Nak kuar rumah pun malas sebab Udara tak sihat nanti kena batuk le semput le jadi dok je rumah. Hehehe