Thursday, October 29, 2015

Surabaya Day 3. Warung wareq Dan Amanda


Assalamualaikum,
Amacam dah puas tenguk ladang epal. Hah jom kita makan pula ya. Kat Ladang Agrowisata tu nasi goreng epal dia tu ciput. hahahaha nampak sangat tangki perut kita besar. huhuhu. Dah penat berpusing kat Kota Batu, perut pun sudah berkeroncong ala-ala ghazal gitu. Sekali lagi masuk Kedai Wareq lagi tapi kali ini lagi besar sikit daripada yang sebelumnya.   




Fuh jus apokat yang pekat dan likat. Depa suka tapi aku lebih suka jus limau manis aka jeruk jus. Jeruk dia tu bukan limau mandarin kuning yang kulit dia tebal tau. Kulit dia nipis je tapi dibuat jus huhuhu marbeles rasa tekak aku. Kat malaysia kalau jus limau jarang orang buat jus guna limau yang kulit nipis yang kadang warna hijau walaupun dah masak. Kat Indon banyak... sedap wa cakap beb. hahahaha ikut tekak aku sedap le ikut tekak orang lain huh entah-entah emm apa rasa ni. hehehehe Jadi apa-apa hal ikut tekak memasing ye.   

Tenguklah nama air di kedai makan ni... haha sengeh sensorang aku bila baca menunya. Depa suka kan cantum2 nama. Tu hah ada Jus Tom Jerry beb. Gabungan tomato dan emm djeroek tu apa ye jeruk kut. Jus Tompel aittt nama AR Tompel pun ado. Jus Nasir tu gabungan nenas dengan air sirsat iaitu air durian belanda.  Tapi air yang aku paling suka bila nampak ialah Es Anti Stress. Boleh ilangkan stress ni. Murah je tu.  Es Anti stress tu sebenornya air jus timun. Pertama kali aku minum masa kat padang. fuh nyaman je rasa tekak bila air jus Anti stress tu melalui kerongkok tekak aku. Cuba bayangkan. gluk glak gluk air tu masuk. hehehe. Memang sedap sebab sejuk je dan nyaman bila di tekak. Bila nampak Es Anti Stress ni apa lagi aku pun terus order lah segelas.  
 Masing-masing menunggu makanan yang diorde sampai. Air minuman yang sampai dulu. Amboi kak uda merenung air alpukat macam nak telan je. 

Tahu Goreng sedap cecah dengan sambal kicap. Stail orang johor mesti ada sambal kicap. Tahu dia sedap garing dan lembut di dalamnya. Apasal aku goreng tahu, tak jadi macam ni ek. Ke jenis tahunya yang tak sama.

Ayam panggang ...kecur je tenguk sambal cecah tu. Ayam dia sedap sebab ayam kampung kan tak banyak lemak. Garing dan rangup gitu. Makan sampai ke tulang licin isinya. hehehe Nasib baik tidak dengan kepala nya sekali macam yang aku jumpa kat Jogja dulu.

Sambal totok tempe memang walah. aku suka bekas sambal ni rasa nak bawa balik malaysia je. kalau buat sambal belacan boleh letak didalamnya.  

Ikan Gurame masak sweet sour

Ikan Gurame goreng. Fuh melengkung tulangnya macam buat yoga je. hehehe Nasib baik tak patah pinggang dia. Bila semua order makanan dah sampai apa lagi lah serbu. hehehehe Bila makan beramai-ramai serta dengan perut lapar memang lah heaven sungguh menikmati rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah

Hah tenguk licin beb. Tinggal tulang je. Hingga menjilat jari. Oleh kerana cuaca panas... seperti biasa aku memang tak puas kalau air cuma segelas. Apa lagi dapat air Anti Stress... fuh memang walahlah. Bila dah habis segelas aku order lagi segelas. Orang lain belum habis pun minuman dia, aku dah order segelas lagi. Apa lagi lah ada orang sudah jeling. Masa adegan jeling manja tu berlaku aku memang tak perasan. Aku manalah perasan memek muka orang lain sebab setau aku, Kak uda dan Kak noor memang tak kisah kalau aku order lagi air segelas. Rupanya Kak Noor yang perasan kalau kak Nam menjeling kat aku bila aku order air lagi segelas. Laaaa air Anti stress tu murah je beb. 2 gelas air Anti stress sama harga dengan segelas air Alpukat pujaan hati mereka. Tu aku tau Kak Nam jeling kat aku bila dah dalam bilik hotel kaknoor bagitau aku. Huwaaa... sabor jelah aku. 

Air Anti stress ni pun rupanya juga menjadi tatapan mata Pak Herman. Sebab selepas kenyang dan dapat tibai 2 gelas air Anti stress, bila masuk dalam van je.. perut dah kenyang apalagi mata pun berat dengan aircond lagi dan terus tak lama kemudian kelopak mata macam di tarik-tarik je. Apa lagi tak lama kemudian aku udah ngorok. hahahaha Rupanya Pak Herman pemerhati bebas sungguh. Dia jeling dari cermin pandang belakang nampak aku sudah ngorok penangan air anti stress. hahaha. Pak Herman perli aku bila dia bergurau ada orang tu sampai 2 gelas air Anti Stress, masuk van terus je sonyapp rupanya sudah lolap... huh hilang sungguh kestressan dia. hahaha kita orang gelak je. 


Hah tenguk tu begitu pantasnya order dibuat. Ni lah kedai Wareq yang paling besar rasanya dan ramai pekerjanya. 

                             Ada 2 tingkat tempat makannya. Siapa yang nak privacy tu hah boleh naik ke atas.

Menunggu nak naik kenderaan setelah selesai santapan yang sedap banget. Hah tenguk tempat makan dia pun luas.


Selepas tu kami kata nak cari cookies buat oleh-oleh balik kampung. Jadi Pak herman turunkan kami di kedai Amanda. 

Hah tenguk tu macam-macam brownies ada. Kedai amanda ni ala -ala macam kedai Kartika Sari di Bandung yang femes dengan pisang bolen dan pelbagai lagi cookies dan kek yang sedap-sedap. Jadi oleh-oleh nak bawa balik, aku beli pisang bolen dan kek. Kalau tenguk menu tu semuanya sedap. Rasa macam nak borong semua. hehehehe nafsu kalau di layan huh memang le camtu. Cuba tanya selera dan tanya poket hah ada kurang sikit agaknya. hehehe Ops salah kalau tanya selera pun main harung nak semua. 

Selepas ni kita ke Pasar baru lah pulak ya. Tungguuuu

12 comments:

  1. KUS ALPOKAT TU NAMPAK SEDAP TAPI XBOLEH LWN ESS STRES YG SEDAP SGT HINGGAKAN 2 GELAS NOTIE MINUM...KALAU KAK YG MINUM SEGELAS PUN XHBS BIASALA NOTIE ORG TUA NOTIE MKN MINUMNYA SIKIT JER...

    ReplyDelete
  2. Jus alpokat tu memang nampak pekat. Saya dah cuba test rasanya tapi tak berapa suka sebab kepekatanya jus tu macam melekat kat tekak saya. Jus air limau kuit nipis yang selalu saya order kalau ke Indon. hahahaha air tu sampai 2 sebab saya memang kuat minum air kalau berjalan. Apa lagi kalau cuaca panas huh memang le tekak kering je.

    ReplyDelete
  3. waa..belum sarapan..terliur tengok gambar makanan & minuman..kalau ke Indonesia, memang selalu order jus alpukat ni, kt sini mahal gak..

    ReplyDelete
  4. Belum sarapan tenguk gambar makanan memang le terliur... Jus Alpukat memang menjadi kesukaan kawan-kawan bila ke Indon. Mesti order bila ke Indon. Akak tak minat jus alpokat tu tapi lebih suka jus jeruk... manis sekali dan nyaman rasa tekak. hehehe

    ReplyDelete
  5. nanges tgk gambo makan..sambal.. jus alpukat...huwaaa!!!

    ReplyDelete
  6. Bila tengok makanan indon ...mak ai terliur pulak.

    ReplyDelete
  7. Bila tengok makanan indon ...mak ai terliur pulak.

    ReplyDelete
  8. waduhhhh... pengsan nengok makanan2 nya ciktie... sedap nya...
    alpukat tu avacado kan? hehe

    ReplyDelete
  9. Jea.... hahahaha jus alpukat tu buat orang tergodakan. hehehe

    Nieda... memang terliur tenguk bila sedang lapar

    Pengobatan jerawat... waduh makanannya enak dong

    Atie... hahahaha jangan pengsan layan je tenguk hehehe Yup alpukat tu air avocado. kat sana memang mudah dapat air tersebut dan murah

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Tie.. Hamboi2.. cuti sakan hang na..tq Tie.. banyak info yg aku dpt kt blog ko ni...ni aku kt aitam umah mak... k Ti .. line sini kkdang ok.. kkdang mcam siput.. kita crita next time ye'..moga sahabatku ini sentiasa ceria dan dilindungi Allah selalu..

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam... mas aku kangen dong sama kamu. Kirim salam dengan mak ko ya. Aku teingin nak jumpa ko lama tak jumpa. Harap Allah dapat mempertemukan kita nanti. Hari tu ko lambat sampai kita orang dah balik lambat sikit je. aamin thanks doanya mas.Rindu ko

    ReplyDelete