Tuesday, December 29, 2015

Geng UB pi Langkawi Day 1 - Makan di Bukit Malut




Assalamualaikum,
Tinggal beberapa hari je menjelang tahun 2016, cerita aku hari pertama pun tak habis lagi, jadi jom kita sambung balik cerita langkawi.



  Dah seharian menjelajah area Oriental Village, perut pun sudah lapar. Bayangkan kita orang makan sarapan   Nasi dagang Pak Malau masa pagi baru sampai di Langkawi. Lepas tu cuma makan aiskrim je sebelum naik Duck Tour, Kereta kabel dan habiskan banyak masa posing dalam Muzeum 3D Art sehingga pukul 5 lebih tak makan apa pun. Sudah semestinya perut sudah berkicau riuh rendah. Jadi acara seterusnya makan tengahari dengan makan malam sekali harung. hehehe.

Nawwir bawa kita orang makan Seafood di Restoren nelayan di Bukit Malut. Kata dia sedap dan murah. Sampai je kat kedai tu memang kita orang lah pelanggan pertama. Katanya meriah bila malam. Jadi kita orang terus memilih ikan dan sea food untuk di masak. Ikan aku tak ingat ikan apa Nawwir pilih. Janji ikan sodap.

 Oh siput Buluh namanya. Aku ingat pepahat. Kerang dia besor ko. Ambil papahat sikit dan Kerang besor tu juga.

      Yang ni tak ambil sebab rugi je. Timbang cengkerang lepas tu isi setoit... mana cukup. Tak puas weiii

Yah ambil sotong buat goreng celup tepung. Dah siap pilih bahan hantar pada Tukang masak. Aku nampak anak ikan pari yang bernama ikan Tuka. Kalau kat muor dapat fresh dari laut kalau beli kat pasor muor. Bakar dan cecah dengan air asam. Sedap beb. 

   Selepas tu tunggu lah. Semasa kita orang memilih ikan, kaknor dan Lia tunggu kat depan lepak sambil makan keropok yang ada dijual di restoren tersebut. Lepas tu selesai memilih bahan, kita orang pun join sama. Sebab kan dah seharian berjalan kehausanlah. Terus order air sambil makan keropok cecah dengan sos. Sos tu bila dah ramai tak cukuplah, jadi minta lah tambah... huhuhu sampai kesudah keropok satu paket tu habis tapi sos tambahan tak kunjung tiba. Oleh kerana kita orang rasa menunggu makanan lama lagi nak siap, kita orang minta izin nak cari tempat solat dulu sebelum waktu Asar habis. Air yang dah order tu tinggal dulu lah. Pi lah cari surau. Dah selesai urusan dengan Allah baru lega nak makan. 

  Lepas tu balik semula kat kedai makan tersebut. Makanan belum siap lagi. Air yang dah order masa mula-mula tu aku dah perabiskan sebab haus sangat. Jadi bila dah makan ni takan takde air. Terus je tanya nawwir boleh tak tambah air segelas lagi. Aku kan kuat minum air mana cukup segelas saje. Nawwir kata boleh saje. Nak apa-apa minta saje. No hal. Semua masuk buku. Okey best tu. Order air tembikai lagi satu. Masa ni bateri kamera aku dah kong jadi terpaksa minta ihsan gambar kawan-kawan.

Tadaaaa makanan siap semuanya. Tapi service dia huhuhu memang sedih lah. Dah lah lambat , lepas tu bila minta air asam sebab  tak cukup, kita orang minta tambah, depa buat tak dengar je sambil sibuk layan cerita Cinta Suraya. Hish hish. Lepas tu air order aku yang kedua pun lambat. Tapi sebab dah lapar huh belasah je lah. Ikan bakar tu oklah walaupun tak cukup air asam. Kerang Besor ni rupanya bila besar lagi liat nak gigit. hehehehe. Lagi sedap kerang kecil buat sambal atau rendang. Sotong celup tepung ok lah. Ikan tuka tu aku sorang yang belasah sebab yang lain kata tak sedap. Siput Buluh tu pun emm kurang kick. Bila aku kata ok maksudnya boleh di makan bukan sampai menjilat jari ya. Bila sampai menjilat jari tu hah baru marbeles.

Yang hairan tu kalau lah kata ramai orang depa siapkan lambat, kita orang boleh terima lah tapi takde pelanggan lain pun yang ada kecuali kita orang ber8. Macamana lah depa kata best makan di kedai Malut tu. Masakan dia pun oklah pada tekak aku, takdelah kata sedap sangat tapi boleh lah. Seafood kalau cecah air asam tak cukup memang le tak best. Sampai sudah air asam yang kita minta tambah tak kunjung tiba. Lama-lama kita orang fedup. Habiskan baki makanan yang ada,  terus bayar dan belah lah.


Sedap tak sedap tapi sebab lapar huh licin semua. Alhamdulillah. Air akulah juara sampai 2 gelas. hehehe

    Selesai makan terus menuju ke Hotel Malibest kat pantai Chenang. Masa ni dah magrib rasanya sebab sampai hotel dah gelap Laluan jalan Pantai Chenang memang meriah. Sekali rupanya van tak boleh masuk dalam. Terpaksalah turunkan beg kat tepi jalan je. Pergi check in kat kaunter. Lama juga lah urusan sebab rupanya ramai bercuti dan Hotel Malibest penuh sesak. Terutamanya yang ramai ialah India. Kakitangan tak cukup. Kita orang sendiri yang angkat barang pakai trolley hotel. Bilik nun jauh di hujung. Dahle van tak boleh masuk dalam.Lepas tu laluan sebelum sampai tempat penginapan gelap ko. Hotel Malibest ni banyak. Kalau dari depan sederet dengan kedai ialah bilik hotel yang emm berapa tingkat aku lupa nak kira.Lima Tingkat kut sebab takde lif. Lepas tu ada laluan jalan ditengahnya. Dan yang mengadap laut ialah chalet 2 pintu, berderet di hadapan hotel yang tinggi. 

Bila sampai bilik rupanya bilik kita orang di tingkat 2. Kita orang minta 2 bilik yang bercantum pintunya. Jadi bilik kitaorang jadi bilik transit geng Yah, Nawwir, Wan dan Iejay. Sebab pintu keluar depa belah belakang. 
Lega dah dapat bilik. Bergilir-gilir mandi maklum le 1 bilik air share 4 orang. Selesai susun atur bilik, kemas beg, mandi, solat, terus tidur. Aku, kaknoor dan lia tidur awal. Dalam pukul 10 dah bambam sebab semalam tidur kat airport tak lena. Ok berakhir hari 1 di Pulau Langkawi.      

4 comments:

  1. lecehlah berniaga mcm ni..servis lambat, yg dimintak tak dapat sampai ke sudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah tak tahu nak cakap sebab katanya femes tapi kalau femes dengan service lambat camtu huh memang tak rekomen lah. Makanan pun rasanya so so je takdelah sedap sangat.

      Delete
  2. hi, menarik entri ni.. done follow, follow me back :)

    ReplyDelete
  3. TQ... i follow u.. selamat datang

    ReplyDelete