Tuesday, June 8, 2021

Kenangan hariraya - tidur balik raya

Assalamualaikum,

 

Kita dah sampai penghujung Syawal kan....ke ada lagi yang tak habis puasa 6. Masa awal raya hari tu nak buat cerita kenangan semasa balik kampung....bila cuti eh lupa pulak nak up cerita ni kenangan semaso dulu....huhuhu nostalgik ni bagi aku... Bila dah tua-tua ni emmm asyik lah terkonang semasa dulu jo....bukan apa inilah memori zaman dulu-dulu yang kian hampir pupus dimasa sekarang.  Apa lagi kalau duduk dan balik kampung...seronoknya tu tak leh nak cakap....hanya yang pernah rasa je yang tahu macamana pengalaman tersebut....tapi tu lah memori mengamit ingatan yang kian hilang ni...aduhaiiiii.

KENANGAN YANG TAK TERLUPAKAN...

MEMORI TERINDAH WAKTU MALAM APABILA ADIK2 BERADIK BALIK BERAYA DI KAMPUNG...SAMPAILAH KE HARI INI KAMI SEKELUARGA MASIH MEMPRAKTIKAN BUDAYA DAN AMALAN SEPERTI INI.
BEGINILAH SUASANA DAN SUSUNAN TEMPAT TIDUR MASING² BILA SEMUA ADIK BERADIK DAN ANAK² BUAH BALIK BERKUMPUL BERAMAI². SEBILANGAN BESAR DARIPADA KITA SEMUA, SUDAH TENTU PERNAH MELALUI DETIK² INDAH SEPERTI INI. TIDUR BERHIMPIT² ITU PERKARA BIASA BAGI KITA YANG PERNAH MERASAINYA.
YANG SERONOKNYA KALAU DAPAT TIDUR DI DEPAN TV...SEMUANYA INI MENJADI KENANGAN YANG TERINDAH DAN TAK TERLUPAKAN SAMPAI BILA².
GAMBAR INI SEKADAR HIASAN BAGI MENGGAMBARKAN SUASANA DAN JUGA SITUASI KITA SEMUA APABILA BALIK KE KAMPUNG DAN BERKUMPUL BERAMAI²...TIDAK KIRA DI MUSIM PERAYAAN MAHUPUN KENDURI KENDARA. DAN YANG PASTI, IANYA MERUPAKAN PENGALAMAN BERHARGA DALAM HIDUP KITA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG. KALAU BOLEH BIARLAH IANYA BERKEKALAN SELAMA²NYA BAGI MENGERATKAN LAGI PERHUBUNGAN ADIK BERADIK DAN JUGA KELUARGA KITA.


kredit FB kenangan dolu2


Masing-masing ada port yang tersendiri....satu famili di sana satu famili di sini....masa tu anak-anak buah aku kecik-kecik lagi....lah ni dah besor semuanya dah malu nak tidur ramai2 macam ni


Cuaca di kampung sejuk hah habis gebor kat dalam lemari kena keluar semuanya. Tapi Aruah mak aku ada banyak stok gebar dan bantal isi kekabu buatan dia sendri. Sedap pakai bantal kekabu kampung....empuk....bila di jemur tengah panas terus gebu

Yang ni sambil baring sambil tenguk tv.....apalagi bila malam raya cerita raya banyak dan best-best....sedar-sedar eh dah gelap rumah....cerita entah kemana orang yang tenguk entah kemana....sedar-sedar dah ngorok ja




Teringat masa majlis perkahwinan adik aku....semua adik beradik dan anak buah datang gotong royong untuk majlis tersebut. Jadi bila malam tidur memang berlonggok lah macam atas tu. Yang kelakornya....bila pagi macam-macam bunyi yang keluar.....Masa bangun solat subuh Kak ijah tegur kak ambah napa tercanguk duduk lepas bangun tidur.....rupanya akak aku dok tercari cari siapa yang berdengkur......sini bunyi lain yang menyahut bunyi lain lepas tu apa lagi lah kakak2 aku dok gelakkan bunyi dengkuran siapa di pagi hening yang bersahut sahutan. hahahaha memang kelakor bila di ingatkan. Boleh jadi alunan muzik pula di pagi subuh.....ajeeeee.
MALAYSIA KU DULU DULU...

14 comments:

  1. kenangan di rumah atok...ambik port masing2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari port tempat tidur sendiri senangkan.

      Delete
  2. Dia covid cepat habis so boleh rasa macam ni lagi. Kalau arwah nenek ada dulu, akan ada perebutan 'bantal best'. Sape cepat dia cop dulu bantal yang agak fluffy berbanding bantal lain. Orang tua memang suka jahit bantal kekabu sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau bantal kekabu kampung...kita orang pun selalu berebut. Ni sejak arwah mak dah takde pakai je mana yang ada. Pokok kekabu kat belakang pun dah kena tebang sebab besar sangat

      Delete
    2. Bahaya pokok kekabu kalau dekat sangat dengan rumah. Masa kami duduk setinggan dulu pokok kekabu hempap bumbung time ribut. Mujurlah takde nyawa melayang

      Delete
    3. Pokok kekabu ahkak dalam kebun getah jauh dari rumah.

      Delete
  3. sama la kak..rumah ada 3 bilik je..adik beradik ada 6, belum campur anak buah lagi..haha..wuaa rinduuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalau ada macamni mesti rindu golek2 ramai2

      Delete
  4. Kenangan yang tak dapat ditukar ganti.. Berebut tempat tidur, tidur ramai-ramai dengan sepupu.. Bangun pagi berebut bilik air.. Memang syok.. Namun hilang ditelan masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan kenangan itu. Memori yang legend sekali bila balik kampung.

      Delete
  5. Rindunya saat-saat begini. Terasa sangat kemeriahannya terutama time kenduri-kendara dan time raya. Tidur di kampung ni yang paling syok waktu pagi, sejuknya ya ampuuunnn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan amie....kadang rasa nak golek2 sama dengan akak2 sambil menyembang sambil gelak. Rindu waktu2 itu. Haah kat kampung bila pagi sejuk tapi lah ni bila dah banyak pembangunan berhampiran dah kurang sejuk..dulu pagi burrrrr tarik selimut lagi.

      Delete
  6. Salam admin, izinkan kami guna gambar baring2 yang tidak nampak muka untuk jadikan background content di tiktok ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh gambar tu saya dapat daripada FB kenangan dolu-dolu

      Delete