Thursday, June 10, 2021

Bahagia cara kita - cara anda bagaimana pula

 


BAHAGIA CARA KITA
 
1. Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama
 
2. Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun. Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari
 
3. Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat "Kita tolong orang, suatu hari orang tolong kita". JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas
 
4. Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati. Suatu hari aku akan jadi macam dia
 
5. Jangan mudah terasa hati. Nak merajuk. Tak ada orang peduli pun. Duk pendam buat apa. Hati sakit. Air mata habis. Buat apa yang kita happy
 
6. Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang tak nak kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syarat
 
7. Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Yang hang nak kalut sangat pasaipa. Nama pun social media. Lantak dialah nak boh gambaq kucing ka, rimau ka, penyu ka, ciken cop ka, laksa ka, nak pi jalan mana ka. Hang tak mau pi jalan duk diam sudah
 
8. Tulis benda positif. Tulis pasal kita. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak suka, refer no 7. Jangan perli-perli. Hang ingat dia baca ka hang kata kat dia. Hang yang syok sendiri. Hang rasa lega sebab luah di medsos. Tapi orang nampak hang bodoh
 
9. Utamakan keluarga. Depa yang akan susah senang dengan kita
 
10. Ada duit buat cara ada duit. Kalau takdak duit jangan ikut cara orang ada duit. Sat lagi dia makan lamb chop hang makan megi perisa kari. Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai juga. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 biji. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member. Investment jadah apa
 
11. Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust dan sakit hati. Kalau kita tak berharap apa-apa, kita buat pun jadi seronok. Dapat rezeki. Tak dapat mampuih pi
Insyaallah. Tenang dan gembira.Tenang Is Good bebeh!
 
Kredit: Cikgu Zahran
 
Assalamualaikum,
 
Banyak yang aku setuju dengan tulisan Cikgu Zahran. Hidup kita singkat jadi penuhilah kehidupan itu dengan tenang dan gembira.  Semuga Allah mempermudahkan urusan kehidupan dan pekerjaan kita di dunia ini. Aamiin. Mudahan Allah limpahkan rezeki bagaikan air yang mengalir tanpa henti dari sumber-sumber yang halal dalam mengharungi kehidupan ini. Aamiin
 
Apa yang penting hepey...yak yak yeah.
 
 
Ada duit kita pi tempat orang...melihat keindahan ciptaan Allah

 
Tapi bersama keluarga dan sanak saudara adalah kebahagiaan yang paling utama.

Rindunya pada keluarga Bakri. Dah lama tak buat sukaneka depan laman rumah mak dan dah 2 tahun tak berkumpul time raya. Ya Allah kau lindungilah keluarga ku dari di jangkiti kuman virus covid 19 dan kau nyahkan lah kuman tersebut dari mukabumi ini. Aamiin
 

8 comments:

  1. Yup.. Sha pun setuju dengan penulisan Cikgu Zahran ini..
    Hidup lebih bahagia kalau kita tak peduli sangat dengan apa orang kata..
    Lebih bahagia bila kita mensyukuri apa yang kita ada dan menikmati kehidupan dengan cara kita.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah berikan.

      Delete
  2. bahagia pilihan kita xpening fikir masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis pilihan di tangan kita untuk mencari kebahagiaan

      Delete
  3. Betul2. Lagi satu kalau nak bahagia tak perlu lah kita sibuk hal-hal yang tak mendatangkan faedah pada kita. No 6 ngan 9 saya suka. Semoga covid segera berakhir agar kebahagiaan kita meroket lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sal yang remeh temeh ni emmm tolak tepi ja buat ngabehkan boreh jo. AAmiin semuga allah memakbulkan doa sal. Akak pun sebenornya dah rindu kat keluarga di kampung.

      Delete
  4. pilihan di tangan sendiri..fikir dulu baru bertindak.supaya apa yg diputuskan membawa kebaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul sendiri buat sendiri tanggung lah kan.

      Delete