Friday, August 13, 2021

Terus terkedu bila kata positif Covid 19

 


Assalamualaikum,

Lama kan senyap dan sunyi teratak suke-suke ni. Mana taknya tuan rumah disahkan positif Covid 19 huhuhu memang terduduklah bila dikatakan positif. huhuhu. Dugaan sungguh.

Dalam kita berjaga-jaga dari dijangkiti akhirnya terkena juga. Jangan sangka dah vaksin lengkap dos ke2 kita ambil, kita tidak dijangkiti ya dan jangan fikir vaksin kita jadi kebal dengan kuman tersebut. Tidak ya. Tapi sekurang-kurangnya ianya dapat mengurangkan jangkitan tersebut daripada menjadi teruk  dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil vaksin.

Aku jenuh le fikir macamana boleh dapat. Nak kata dapat semasa pergi kerja emmm  tidak ya sebab start 3hb Julai 2021 kan Selangor dan Kuala Lumpur kan dalam PKPD.  Nak kata dapat dari kesana ke sini tidak ya sebab bila start PKPD Selangor aku memang duduk rumah bekerja dari rumah walaupun line tenet macam apa je....cam chipsmore sekejap boleh sekejap nan ado.... bila ado bukak le email opis kut ada yang urgent kalau nan ado hah buatle kojo merging data.

Agak-agak hangpa sekelian darimana punca aku dapat.  Hah dari pusat vaksin Mines ya sebab sehari sebelum aku datang kesitu bawa orang kat rumah ambik vaksin, ada kes seseorang hantor maknya ambik vaksin sekali dapat tahu dia confirm positif. ko dah tahu buat swab test boleh lah pulak anto mak ke PPV padahal boleh je tukar tarikh. Hah bila confirm positif kan naya je kat orang lain. Hah kelam-kabut pusat PPV di Mines tu di tutup untuk sanitise. hah jangan fikir PPV tak ada orang yang di jangkiti ya. Sebab aku dok fikir keliling sampai pening kepala nak trace semua perjalanan yang telah aku buat sebelum ini dan takde lain yang aku tuju selain PPV Mines dan hanya tempat itu sahaja yang aku pergi pada 9hb Julai 2021. Pergi ambil vaksin sebelah petang dan terus balik rumah mandi dan terperap dalam bilik.  Dan selepas tu memang bekerja di rumah dan tak ke mana-mana.  Semua barang kat rumah orang kat rumah dah belanja apa lagi nak raya haji memang belanja stok dapur lah. 

Seminggu selepas tu pada 16hb Julai aku mula demam selsema. Ingatkan demam biasa....makan panadol makan ubat selsema. Selsema baik tapi masih demam tak kebah. Raya haji pun dalam pada demam tu sempat lagi hantar juadah pada jiran yang baik je. Lepas tu sambung tidur lagi sebab demam tak baik-baik. Juadah  raya pun jamah nasi impit dengan kuah kacang. Selera memang out terus semasa demam tu. Bayangkan turun 4 kilo dalam masa demam tak kebah tu.    

Besoknya tak tahan dah minta orang kat rumah hantar ke klinik kesihatan swasta.  Masa jumpa doktor dia terus check oksigen aku. Dia kata oksigen aku rendah tapi aku tenguk paras 96. Lepas tu bila aku kata demam tak baik-baik dia syorkan buat rtk test yang boleh dapat masa tu juga. Buat rapid antigen test kena bayar dalam rm90 rasanya. Yang ni swap test kat hidung. Rasa nak terbelahak bila di korek hidung dalam-dalam. 

Bila tunggu dalam 10 minit kemudian doktor pun panggil sebab result dah dapat. Sekali dia kata aku positif....Allahuakbar.....terdiam aku otak terus rasa blank. Lepas tu dia bagi ubat. Aku pun terus keluar dan panggil orang kat rumah buat test juga. Masa tunggu result keluar tu aku dah terdiam di penjuru klinik. Macam-macam fikiran yang berpusing keliling dalam kepala otak ni. Ya Allah dugaan apa ini yang Allah  beri. Nasib baik orang kat rumah negatif. Aku paling risau kalau orang kat rumah positif sebab dia baru ambil vaksin dan imun badan masih lemah. Selepas ambil vaksin sekurang-kurangnya kena tunggu 2 minggu baru berkesan vaksin tersebut dalam badan kita.

Malam tu apa lagi lah aku talipon kak Jal sambil menangis bercerita. Kak jal kata cuba bagitau julie (anak dia) sebab baru ni pejabat Julie kat Audit Negara ada staff yang positif.  Memang banjir lah malam tu sebab tengah jem kepala otak bagaimana nak hadapinya. 

Apa langkah-langkah yang perlu aku buat bila dah disahkan positif ialah bagitahu big boss. Lepas tu update kat My sejahtera

Klinik swasta tersebut bagi appoitment selepas 10 hari kurantine iaitu pada 3ohb Julai 2021. Selepas aku confirm positif klinik tersebut akan contact PKD berhampiran. Tapi maklumle selangor dan Kuala lumpur kan masih ni sedang mencanak naik. Jadi lambat lah PKD Hulu langat menjawap. Tapi tak lama kemudaian ada staf PKD yang contact aku. Aku bagitau simptom kiranya tak bergejala sangat lah. Jadi dia syorkan lepas 30hb tu baru buat pcr test.

Kebetulan pada masa tu juga keluar pekeliling terbaharu bagi yang positif  gejala 1 dan 2 sebaik-baiknya kurantine kendiri di rumah. Jika teruk baru call ambulan. Cac pada masa tu ramai orang....jadi memang fobia le aku nak pi Cac yang berhampiran.

My sejahtera update lambat jadi sijil digital HSO (home surveillance Order) aku terima  lambat tarikh  kurantine. Dia bagi 27 Julai sehingga 5 August 2021. Sepatutnya di kira pada 21hb Julai....jadi bagus juga tarikh kurantine aku ganjak lagi lama. Sekurang-kurangnya lagi lama kurantine lagi bagus. Setiap hari kena update kat mysejahtera keadaan kesihatan aku. Bila confirm My sejahtera terima status aku ,keluarlah warna merah. Bila dah selalu update kesihatan ok baru hilang warna merah tu.

Sepanjang kurantine rumah hari-hari sanitise. Buka tingkap buka kipa bagi pengudaraan rumah menjadi bersih. Kita orang update juga group taman. Dapat lah bantuan makanan walaupun sebenarnya cukup je. Group lelaki bagi beras, tepung, biskut, sardin, maggi. Ada sekali tu belah malam group perempuan bagi roti dengan satu dulang telur. Huh sakan le kami makan telur setiap hari. hehehe eh takle. Seminggu boleh berapa biji je makan tak boleh hari-hari tak elok bagi kesihatan.

Dia punya fobia tu sampaikan takut nak keluar rumah memang dok dalam rumah je. Tapi pagi-pagi dok kat laman depan ambil cahaya matahari. Kena minum air panas je sepanjang masa untuk matikan kuman. Kawan-kawan dan keluarga bagi macam-macam petua nak hilangkan virus tersebut.

Tapi bagusnya minum air chengkeh. Pagi-pagi buat air chengkeh panas-panas untuk minum. Lepas tu wap air chengkeh tu kat muka. Kalau tekak perit google je dengan air garam. 

Alhamdulillah demam semakin baik seiring dalam masa kurantine tersebut. dan tiba-tiba dapat whatsup appoitment di CAC Bukit Mahkota Cheras untuk potong gelang maksudnya ambil surat pengesahan dah baik. Nak potong gelang macamana, tak berani nak pi Cac yang ramai orang positif sedang beratur.

Nasib baik ada grab car yang nak ambil aku. Masuk je dia sembur dengan nano spray. Aku cerita lah aku positif tapi bagus budak grab tu. Minta tolong hantar kat atm teler pun dia nak. Alang-alang dia dah hantar aku minta dia hantar balik sekali. Orang dah berbudi kita pun balas lah kebaikannya. 


Hah beli nano spray ni mudah. Sembur ke badan semua sebelum masuk rumah atau di mana saja setelah kita berurusan di luar

Alhamdulillah amsa kat Cac tu tak lama. Dia check semuanya dan ada surat pengesahan dah habis kurantine. Alhamdulillah. Balik naik grab yang sama. Rupanya sementara aku ke Cac tu adik tu sembur sanitise 1 kereta dengan lapik bawah takut ada kuman kat tapak kasut aku.

Dan alhamdulillah sudah sembuh.  Apa pun jaga diri semua ya dari di jangkiti. Kuman tu takde mata dan kita tak nampak dimana dia berada. dah vaksin jangan dabik data aku dah kuat....tidak ya. Boleh di jangkiti cuma simptomnya kurang lah sikit daripada yang belum di vaksin. Yang penting jangan samapi masuk paru-paru....kalau sesak nafas dan simptom lain yang lebih teruk emmm memang kena admit hospital lah ya.   

14 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah syukur dah sembuh. Thanks nohas

      Delete
  2. Allahu Akbar!
    Patutlah sepi rumahnya. Rupanya tuan rumah kuarantin diri.
    Syukur Alhamdulillah. Moga sembuh sepenuhnya.
    Memang tak dapat kita duga 'penjahat' itu ada di mana-mana.
    Terima kasih kongsi cerita yang penuh suspen ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ujian dari Allah supaya sentiasa ingat DIA. Terima kasih amie. Jaga diri tau.

      Delete
  3. Allahuakbar. berderau baca tajuk masa blogwalking tadi.
    Alhamdulillah dah sembuh.
    Macamni lah bila ada manusia yang selfish ko dah tahu ada contatc rapat ke tengah tunggu result ke jangan la keluar rumah. Menyusahkan semua orang. Tak memasal orang nak pegi vaksin terkena sebab sikap selfish hang tu. Ya Allah geramnya baca.

    Alhamdulillah orang grab tu baik. Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat

    Btw jalan2 nampak blog ni dkt bloglist blogger mana tah lupa pula hahah. Btw haiiiiiiiiiii :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ain sebab singgah. Banyak sangat orang yang selfish sebab tu kes mencanak-canak naik. Apapun kita jaga diri kalau nak kena terpaksa redho lah. Cuma kena kuatkan antibodi badan dalam pandemik ni.

      Delete
  4. Patutla menyepi sekian lama. Alhamdulillah dah sembuh. Nervous lak nak gi cucuk second dose 2 minggu lagi. Mungkin asbab dah vaksin tu, sakit kak notie tak teruk. Wallahualam. Apa pun teruslah jaga diri ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah dia punya fobia tu lain macam. Takut menjangkiti orang lain. Tapi alhamdulillah dah sihat. Insya Allah yang penting dah vaksin. Jaga diri dan jaga keluarga. Semuga Allah lindungi keluarga sal dari di jangkiti kuman virus Covid 19.Aamiin

      Delete
  5. Allahuakbar.. Alhamdulillah dah okay..
    Tapi tu lah.. Geram je dengan manusia yang tak boleh nak ikut SOP ini..
    Dah tahu buat swab test, tak payah lah merayap merata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah geram je dengan mereka yang selfish yang suka menyusahkan orang lain. Alhamdulillah dah sihat

      Delete
  6. Allahuakbar! One of family SS pon baru disahkan positif… Suspect kat PPV jugak lah kot… KKM sekarang ni susah nak melayan… Pepandai sendiri ler nak idup… Sakit pulak hati! Stay safe kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu terlalu banyak kes tu yang tak terlayan. Apa pun jaga diri selalu.

      Delete