Today is Day 6 of my travel photos challenge.
I
was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel
photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 4 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Sabrina Sabri to take up this travel photo challenge without any explanation.
— in Jeju Island, South KoreaThat is 10 days, 4 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Sabrina Sabri to take up this travel photo challenge without any explanation.
Assalamualaikum,
Tak habis lagi sessi terobek. Kali ni pi Jeju Island. Jeju ni memang dalam wish list aku sejak tenguk cerita korea My girl di mana heroin ni jumpa ladang limau yang sedang masak. Dia pergi petik dan jual tepi jalan, sekali yang beli adalah hero dia yang merupakan pemilik ladang tersebut. Bila tenguk ladang limau yang banyak dengan limau masak atas pokok emmm memang jadi kesukaan aku. Entah kenapa aku suka bila tenguk kebun buah-buahan apa lagi kalau ladang buah yang sedang masak ranum. Emmm memang boleh meroyan dibuatnya. hehehehe
Masuk kawasan lalang yang tinggi boleh pulak jadi tempat posing....adehaiiii layan je lah. Kalau kat malaysia ni masuk tempat lalang pun dah merenyam satu badan.
Masa ni pi Autumn emmm memang meroyan le kami dalam van bila jumpa pokok daunnya warna warni. hahahaha semua excited tak kira mak orang ke anak orang ke adik orang ke semua berkicau bila wawa lalu kawasan penuh warna warni. Cantik ko.
Hah ni yang aku teringin nak pergi sebab masuk ladang limau walaupun tak boleh petik dapat posing pun cukup le. Seronok tenguk limau sana limau sini sedang masak ranum. Kalau lah boleh petik lagi lah meroyan aku dibuatnya. Dia tak bagi petik sebab nak jaga kualiti buah. Sebab kat depan ladang ada kedai menjual buah-buahan tersebut.
Nak posing tempat ni pun kena ambil nombor sebab ramai sangat yang nak posing kat situ. Bagus jeju ni sebab pantai dia cantik dan pandai dia create tempat tu jadi tempat posing. Cafe hipster yang macam-macam jenis pun banyak kat tepi-tepi pantai dia.
Selain dari tepi lautnya yang cantik pemandangannya, banyak juga lokasi tepi lautnya yang jadi tempat tourist sebab keunikkan bentuk muka buminya.
Tapi yang best sekali dapat makan asam pedas mackerel di bumi jeju. Sedap ko.... hah berasap-asap lagi sebab baru sampai. Bimbimbap yang kami makan ni pun sedap dan besar. Pergh sejuk-sejuk cuaca di luar layan asam pedas panas-panas emmmm memang heaven lah pada aku.
Hah apa lagi terobek le sama-sama dengan aku. hehehehehehe
model msia posing syantek ayu kat jeju mmg mempesona
ReplyDeletehahahaha sis bukan saya je yang jadi model semua peminat kdrama kalau pi seoul dan jeju semuanya jadi model. OOTD lagi hehehehe
DeleteAutumn in Jeju..rindu2..
ReplyDeletesedapnya gimbap & asam pedas korea..
Kan teringin pulak pi jepun tenguk autumn kat sana atau time spring emm mesti cantik cherry blossom dia. Nohas hantar email pada saya. Ada hadiah tertunggak ni
DeleteHaha, kalau dia bagi kita petik memang togel la ladang limau diorang. Cantik datang time autumn, warna-warni. Saya pergi in winter,kelabu aje semuanya. Hihi
ReplyDeleteTapi musim winter pun cantik juga dah macam citer Frozen
DeleteAduh!! Mengancam sungguh posing disebalik rimbunan limau tu.. hehehe..
ReplyDeleteLalang pun cantik juga dijadikan props ye kak..
asam pedas mackerel tu nampak sangat mengancam dan menggoda lidah..
Tu lah kan jauh-jauh datang masuk dalam kebun lalang lah pulaknya. Kebun limau tu memang buat orang geram je. Yang best tu tepi-tepi ruamh je depa tanam pokok limau...emm geram tenguk.
DeleteAduh.. tepi-tepi rumah pun ada ye.. bestnya..
DeleteIya sha manalah akak tak meroyan dari dalam van bila lalu sepanjang jalan setiap rumah ada tanam limau yang sedang masak ranum....aduhaiiiiii
DeleteSyukur Alhamdulillah. Allah beri kesempatan berkunjung ke tempat lain dan menikmati keindahan alam ciptaan-Nya!
ReplyDeleteKalau saya masuk ladang limau begitu agaknya berguling-guling bawah pokok tak mahu keluar ladang hahahahaa. Cantik sangat!
Kan amie...landing baik punya bawah pokok. Kalau saya pulak nak panjat pokok hahahahaha
Delete