Tuesday, August 31, 2021

Hari ke 9 challenge photo - Brisbane

   

Today is Day 9 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 1 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Ahmad Afza to take up this travel photo challenge without any explanation.in Brisbane City.

Assalamualaikum,
Hah terobek lagi ya....kali ni masa aku pi kursus ICD 10 di Brisbane Australia tahun 2008.  Alhamdulillah dapat juga pi Ostrolia. Kan aku masuk pertandingan yang hadiah pertama dapat pi Australia. Tak menang tapi akhirnya dapat juga pi Ostrolia. Ni kiranya pertama kali kursus di Luar negeri selama 2 minggu.  eh kali ke dua sebab kali pertama pi Hanoi .. 

Kami pergi berdua dengan Kak kam. Mula-mula hari pertama sampai... pagi lagi dah keluar hotel riki keadaan dan nak cari tempat kita orang nak kursus. Kursus tu kat Queensland Universiti of Tecnology. 
Kursus di buat semasa cuti semester jadi tak ramai lah student yang ada. Jumpa juga pelajar malaysia yang menuntut di sana. Tanya tempat yang kami dah sesat,  dan ada sekali tu sepanjang belajar kat situ kami terjumpa orang malaysia yang bekerja di situ. Lupa dah namanya. 

Malahan semasa melilau di bandar dia terjumpa pelajar malaysia yang belajar sambil bekerja part time. Baik adik tu... Ida rasa namanya. Rasanya dah balik malaysia. Dia ada bagi email tapi entah mana hilangnya. Bila hujung minggu kita orang contact dan ida bawa kami meround bandar Brisbane.


Masa perjalanan ke kelas terjumpa pokok gergasi ni. selalu aku nampak kecil je sekali hah sebesor orang dia punya pokok. 


Didalam kelas bersama pelajar-pelajar dari negara lain. Kebanyakan daripada Fiji, Thai ada , Filipina ada, Indonesia ada seorang.   Dari malaysia kami berdua dari KKM, seorang daripada HUSM dan seorang dari Hospital Swasta.


Pelajar dari Indonesia seorang Doktor ,tengahnya Kak Rozaini dari HUSM Kubang Krian, Kak Kam dan sebelahnya pelajar dari Afrika 


Jambatan dibelakang aku tu ada juga orang yang naik atasnya tapi aku tak berani. Tapi tenguk gambar-gambar dari atas macam best je.  Sungai yang merintangi bandar Brisbane ni bersih airnya dan cantik bila cruise lalu -lalang. Ada perkhidmatan Cruise kalau nak naik tapi ada time tertentu lah.  Kami naik cruise masa pi ke Lone Pine Koala Sanctuary. Best melihat pemandangan sepanjang sungai sebelum sampai di tempatnya.



Pi kat sini. Pertama kali tenguk Koala dan Kanggaro. walaupun hujan pada mulanya tapi kami redah juga dalam Sanctuary tu. Bukan senang dapat pergi jadi belasah je janji dapat lihat macam-macam dalamnya. Kami pergi masa minggu pertama cuti hujung minggu.


Tu dia dapat peluk koala. Bukan main seronok dia aku pangku. Asyik le nak tidur. hehehehe Takut-takut berani sebenornya. Takut nak peluk tapi nak pegang juga. hehehe



Hari Ahad ada jualan pelbagai jenis kat tepi kawasan berhampiran dengan sungai. Ada satu kedai yang jual macam-macam souvenir kulit. Murah ko. Dompet kulit dalam harga Aud 5 habis kena borong member kami dari negara lain yang dah sampai awal. Nasib baik ada sikit yang tinggal. Dapatlah aku belikan untuk adik-adik lelaki aku. Banyak juga jualan hasil tangan rakyat tersebut. Cantik dan menarik.


Akhir minggu sebelum balik Malaysia sempat lah pergi Movie World . Pertama kali naik Scoby doo ride. Ingatkan ride untuk budak-budak sekali ko hah tu dia nasib baik aku tak muntah, Tobat ko...nasib baik tempat dia banyak gelap jadi aku pejam mata je...hehehe tapi terasa lah juga isi perut nak terkeluar. hahahaha padan muka konon nak rasa hah lepas tu tobat. Geng aku semuanya suka naik ride aku je lah akhirnya yang tunggu kat pintu masuk je. Aduhaiiiii 



Diantara pelajar bersama Mr Koding Mortality (lupa nama). Mereka kebanyakan ambil kursus 3 minggu jadi dah mesra dari awal. Manakala kami ambil yang 2 minggu je. Dan minggu akhir pun ada beberapa pelajar baru. 


Gambar kami semua bersama Cikgu-cikgu.  Seronok juga belajar dengan pelajar dari  pelbagai bangsa.

Alhamdulillah syukur dapat rezeki belajar ke luar negeri. Tak sangka aku. Dulu kecil-kecil berangan nak belajar luar negeri tapi result periksa tak pandai sangat tapi bila dah bekerja Allah rezekikan aku belajar keluar negeri walaupun hanya untuk 2 minggu tapi syukur Allah rezekikan aku. Memang tak sangka.   


Hah apa lagi takde sapa ke yang tak terobek macam aku juga....hehehehe

13 comments:

  1. Awww bestnya ada juga experience ke overseas kan. Alhamdulillah. Masih contact ke dengan kawan2 international ni kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki. Lost contact ain. Alamat dan nama mereka kita orang tak pasti pulak pihak Universiti ada buat list nama. Tapi Yang dari HUSM tu kadang terjumpa juga bila kami buat kursus atau meeting pasal kerja.

      Delete
  2. Scooby Doo ride tu saya pun naik masa kat Movie World. Haha. Rindunya kanggaru dan Koala di Ostolia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahkak ni part ride2 ni sebenornya gayat. Tapi entah macamane boleh terjebak ikut member. Hah keluar je dari situ tobat ko. Member dok gelakkan. depa suka le masuk ride yang amcam-macam dalam tu. Ahkak teringin nak pi musim buah kat melbon pulak. Mudahan ada rezeki. Ammiin

      Delete
    2. Amin.. Melbon di musim buah memang seronok

      Delete
    3. Boleh meroyan ni tenguk pokok semua berbuah. hehehe

      Delete
  3. Seronok dapat jejak ke Aussie. Teringin nak ke sana lagi time autumn. Cantik pemandangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru 1 part belum lagi melbon sydney. Time autumn mesti cantik kan

      Delete
  4. Tu dia.. jauhnya pi kursus..
    tahun ini Sha baru je lapor diri kerja kerajaan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dapat pergi kursus obersea. Oh dah boleh naik pangkat tu dah 13 tahun service

      Delete
    2. tak dapat kak.. kena tangguh setahun sebab ambil cuti tanpa gaji.. kikiki.. tahun depan baru boleh mohon..

      Delete
    3. Takpe Insya Allah ada rezeki nanti. Aamiin

      Delete
  5. Bestnya duk sana 2 minggu, balik slang abih no, koala tu macam sloth, bukan takat pet ja, dukung terus tu. Moga sis ada rezeki ke sana atau melbon inshaAllah

    ReplyDelete