Thursday, November 24, 2022

Memori PRU 15 - Segamat P140

 


Assalamualaikum,

Hah PM ke 10 dah tahu kan. emmm mengundi satu hari je dah dapat result ni nak jadi PM pun sampai melarat-larat. Masing-masing pertahankan depa ada majoriti. Keluar masuk Istana tak habis-habis. Pening Agong nak buat keputusan dan bagi restu.

Apa pun semuga Malaysia di lindungi dari apa juga anasir luar dan dalam yang nak memecah belahkan rakyat malaysia. Semuga Malaysia aman damai dan ekonomi semakin baik. Risau juga ni. Apa pun kita doa yang baik-baik. Allah kan ada. Semuga Allah sentiasa memberkati dan merahmati rakyat Malaysia hendakNYa. Aamiin.

 Macam biasa aku mengundi di Segamat. Jadi pagi-pagi lagi aku pun zoom ke Segamat. Tapi pagi tu hujan dan cuaca sejuk je. Jadi bila lalu menghala ke Jementah, Gunung Ledang di selaputi awan. Nyaman je mata memandang. Lama dah tak pi Segamat. Jadi terpegun aku melihat keindahan bumi Jementah dengan gunung Ledang yang gagah perkasa. Gunung Ledang memang kebanggaan kami rakyat Muar.

Ok kiranya ini cerita dan memori aku mengundi  bagi tahun 2022. Kali akhir mengundi tahun 2018. Macam biasa dapat le peluang aku datang ke Segamat sambil mengimbau kenangan lalu semasa bertugas di Segamat. Rindunya waktu-waktu itu. Rindu kawan-kawan yang dah macam saudara dan adik beradik gitu, kemesraan dan silaturahim yang sudah terjalin  selama ini. 

Kali ni memang aku rasa sedih sangat sebab kak Maryamah dan Kak Nani dah meninggal dunia. Kiranya kali akhir aku jumpa kak Mar adalah semasa menghadiri jemputan kenduri kahwin di segamat semasa kenduri kahwin anak kak Sal. Mereka berdua merupakan adik beradik dan meninggal selang beberapa bulan. Masa Kak Sal talipon aku bagitahu Kak Mar meninggal di Kuantan, kami menangis sama-sama . Lepas tu bila aku bagitahu Appu, Appu pun macam aku, kami menangis sama-sama. Ya lah kan bertahun kenal dari zaman muda sehingga mereka dah pencen.  Gurau-gurau usik mengusik..... Al Fatihah buat Arwah Kak Maryamah Ibrahim dan Kak Mariani Ibrahim. Semuga Allah ampunkan dosa mereka dan masukkn mereka ke dalam Syurga Firdaus. 

Jalan Muar ke Segamat dah cantik malahan dah ada highway tanpa toll. Bayang kan jalan bermula selepas jalan masuk ke tempat femes Air Terjun Gunung ledang, jalan daripada dua menjadi 4 lorong. Hah tak rasa macam kat highway ke. Seronok aku. Kalau dulu rasa macam jalan bengkang bengkuk dengan laluan  yang mendebarkan kalau nak memotong kenderaan lain. Kali ni hah boleh potong sesuka hati tanpa takut kenderaan depan datang menghadang. hehehehe. Tapi aku bawa santai-santai je sambil terpegun melihat keindahan bumi jementah. 

Sampai je kat Gemereh kat traffik light tu dah banyak kenderaan di tepi jalan. Jadi aku pun berhenti lah. Rupanya Sekolah Kebangsaan Agama. Tanya guard yang jaga laluan jalanraya kena masuk ke dalam. Ada 2 sekolah. Satu rendah dan satu menengah. Hah sudah yang mana satu ni.

Jadi bila masuk ke dalam dengan jalan sempit sebab itulah satu-satunya jalan keluar masuk Taman Bunga Raya. Masuk sekolah yang berdekatan. Sekali bila disemak rupanya Sekolah Menengah Kebangsaan. Kat dalam lagi. Jadi kena rempuh jalan yang sempit dan jem terjah le ke belakang pulak. Aku ada nampak ada 1 kereta menuju ke dalam. Hah ikut lah mungkin dia pun nak pi mengundi. Rupanya betul. Kali ni confirm tempat mengundi aku. Tapi apasal tak ramai orang.  

Jadi memang tak ambil masa yang lama proses pengundian. Pergi semak nama, lepas tu masuk ke dalam menunggu turn. Ada seorang sedang menunggu. Lepas tu aku pulak. Bagi kad pengenalan dan slip kecil. Dah jerit nama aku kuat-kuat baru dapat slip nak menconteng undi selepas dah dapat inai di jari yang seketul tu hah ala.....jari telunjuk ya bukan jari manis. hehehe




Ni calun-calun yang bertanding dan kita dah tahu kan resultnya. 

P140 SEGAMAT

1. Syed Hairoul Faizey Syed Ali(PEJUANG)

2. Tan Sri M Ramasamy (BN)

3. R Yuneswaran (PH)

4. P Poobalan (PN)


Selepas tu aku pun terus ke rumah kak Sal. Rindunya. Anak-anak kak sal semuanya balik mengundi walaupun ada yang kerja di KL dan JB. Kami sembang tak lama sebab nak ke rumah Appu pula. Appu bagitahu dia baru je baik dari kena Covid 19. Masuk wad selama 4 hari. Allahuakbar.....siannya Appu.

Bila call Appu dah balik rumah kami berdua pun ke rumahnya. Cadang nak pi rumah Kak Jah dan Pak Rusli  lepas tu.

Masuk bandar Segamat....wah dah banyak berubah. Laluan keretapi dah jadi bertingkat....jadi dah tak kena banjir lagi lah. Lepas tu masuk Bandar Segamat Baru dan bertambah Taman IOI lah pulak. Aku hentam saje jalan masuk ke rumah Appu sebab dah banyak berubah. 

Masuk 1 jalan tu aku dah cuak mana rumah Appu ni. Sekali nampak ada pintu pagar 2 pintu aku pun berhenti depannya. Talipon Appu hah betul lah. Dulu depan rumahnya pokok Kelapa sawit sekarang dah ada taman perumahan baru. Tu yang aku ingat-ingat lupa. Rumah Appu memang yang hujung dan dia beli rumah sebelah bila tuan rumah nak jual. Jadi rumah dia 2 buah le tu yang pintu pagar panjang je.  


Aku dengan Kak sal dan keluarga Appu.

Kami hanya berbual di luar je sebab Appu tak sihat. dapat berbual sekejap pun jadi lah. Aku ajak dia ke rumah Pak rusli tapi dia tak nak. Nak rehat je. Dia pun tak pasti Pak Rusli ada di rumah atau di rumah anak-anaknya.

Tenguk Appu macam ni emmmm sebelum balik kami nangis sama-sama bila bercerita tentang  Arwah Kak Mar. Sembang sekejap je sebab dia pun nak rehat. Sedih juga bila aku nak balik. Sebab kami tak pasti ada umur lagi ke tidak di lain masa dapat berjumpa lagi. 

Masa aku minta diri nak balik Appu menangis dan kami menangis sama-sama. Masing-masing rasa adakah lagi umur dapat berjumpa lagi. Kata Kak sal jarang tenguk orang lelaki menangis. Jadi memang sayu je kami bila nak masuk dalam kereta.


Sembang jauh-jauh. 

Selepas tu kami menuju ke Kampung Jawa menuju ke Taman Mega. Aku ingat-ingat lupa jalan ke rumah Kak Jah dan Pak Rusli. Tapi lalu je depan rumahnya dan tak pasti yang mana satu. Tak ada orang yang keluar jadi tak boleh lah nak tanya. Akhirnya aku hantar Kak sal balik ke rumahnya.


Bersama kak Sal di rumahnya.



Bersama Kak Sal dan anak-anak daranya. Alhamdulillah Yana dan Nisah dah kahwin. Abang Zaki pun dah pencen. Cuma belum ada rezeki dapat cucu je. Syukur aku ada lagi rezeki dapat jumpa Kak Sal dan anak-anaknya. Walaupun ralat tak dapat jumpa Kak Jah dan Pak rusli. INsya Allah ada rezeki nanti aku cari mereka lagi. Sementara masih ada umur ni dapat jumpa sekejap jadilah. 


Segamat bukan pekan cowboy lagi ye. Dah banyak perubahan. Rindu waktu dulu-dulu semasa mencari rezeki di sini. Teringat naik kenderaan pejabat pi bandar sekali ada roadblock dan orang yang menahan tu crush aku dari mula-mula aku datang Segamat sampai sekarang eh.... teringat lah pulak. Dapat tenguk orangnya pun jadi le. Tak pun dapat tenguk bangunan Balai Polis Segamat pun jadi lah hahahahahaha 


Akhirnya perjalanan balik ke Tangkak sambil mengimbau kenangan lalu. 


Hah tenguk macam aku kata mula-mula tadi jalan Muar - Segamat 4 lane ye. Balik ke Tangkak dapat tenguk GUnung Ledang yang cantik menawan. 

Alhamdulillah akhirnya aku dapat menjenguk ke Segamat sambil menunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia di Pilihanraya ke 15 ini sambil mengeratkan lagi silaturahim. Sedih sebab aku tak ada peluang lagi jenguk Arwah Kak Mar. Apa pun aku seronok sebab dapat jumpa Kak sal dan Appu. Semuga ada rezeki dapat berjumpa lagi. Amiin.





6 comments:

  1. Segar Amat - asal usul nama Segamat..
    ps. mugo2 negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Aamiin doanya. Semuga Malaysia aman makmur hendaknya.

      Delete
  2. Sementara ada umur ni kan, jumpa kawan-kawan lama. Bagusnya persahabatan tak mengenal bangsa dan agama. Moga Uncle Appu sihat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertahun kerja satu pejabat dah macam adik beradik. Anak isteri semuanya kenal.

      Delete
  3. terharu baca entry ni, silaturahim yg terjalin erat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih sebab kawan serumah dulu baru je meninggal dunia. Tu yang bila dapat jumpa yang lain terasa sangat sedihnya apa lagi bila tidak dapat bertemu lagi. Al fatihah buat arwah Kak Maryamah Ibrahim

      Delete