Tuesday, December 6, 2022

Pemenang Anugerah Inovasi KKM


Assalamualaikum,

Baru-baru ni KKM ada buat Anugerah Inovasi. Anugerah ni dah lama dibuat. Bergantung kepada mereka yang ada idea dan buat penambahbaikan samada ianya dari segi peralatan ataupun perkhidmatan untuk memberi  perkhidmatan kesihatan yang cemerlang kepada orang ramai. 

Bila tenguk dari segi teknologi wah bagus lah inovasi Institut Penyelidikan Klinikal tu terutamanya semasa pandemik ni. 



Ni pula kategori perkhidmatan

Kalau tenguk yang menang ada 2 farmasi eh satu anugerah khas juri. Bagus farmasi kalau dapat tingkatkan lagi perkhidmatan mereka
 


Ni pula kategori produk.... agaknya macamana le produk yang menang inovasi ni. 



Yang ni pula kategori proses kerja bagaimana inovasi tersebut dapat mempercepatkan proses penyediaan peralatan atau perkhidmatan.

Sebenarnya inovasi yang di adakan dan di pertandingkan oleh KKM dah lama di wujudkan.  Mungkin semua yang di wujudkan ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan perkhidmatan dan peralatan di KKM. Apa pun ianya bagus supaya hasilnya dapat memuaskan hati pelanggan atau pesakit.  



4 comments:

  1. tahniah kpd pemenang...satu motivasi utk beri perkhidmatan yg cemerlang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inovasi untuk memperbaiki perkhidmatan untuk pelanggan. Bukan mudah nak puaskan hati pelanggan KKM ni.

      Delete
  2. Bagusnya ada pertandingan macam tu. Takdelah idea baru staf terperap jadi tempe je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertandingan ni sebenarnya dah lama. Ianya pemangkin buat warga KKM memberikan idea inovasi bagi meningkatkan perkhidmatan buat pelanggan.

      Delete