Thursday, November 14, 2019

JJCM Muar - Hari 1



Assalamualaikum,

Hai apa khabar semua. Alhamdulillah dapat buat trip percutian 2H1M di muar aka Jalan-jalan cari makan.  Tahun ni banyak juga acara JJCM.  JJCM Kuala Kangsar, JJCM melaka dan baru ni JJCM Muo. Agenda JJCM muo ni lebih kepada nak bawa kawan, jalan-jalan sekitar muar. Ikutkan muar ni home town aku tapi selalunya, kalau balik kampung terus je balik Bakri yang terletak 6 batu daripada bando muo. Jadi memang dah lama juga tak meraoun bando muo....hah ko dah keluar slang muo aku......hehehehe.   



Setelah acara JJCM Melaka dengan sessi mencari asam pedas dan acara kuak lentang dalam swimming pool berjaya, apa lagilah  kena fikir lokasi baru. Teringat yang ada geng yang belum sampai muar seperti DD , jadi aku pun bagi cadangan jom pi muo.  Laju je DD cari hotel dengan swimming pool ada dan akhirnya terjumpa Keroma eko Resort.  Akhirnya kita orang semua setuju dok kat situ.

So acara start pukul 8.00 di LRT Bandar Tasik Selatan. Tapi Rin berhalangan, entah ada larian kat Putrajaya agaknya, sampaikan semua jalan jem kat putrajaya, jadi dia tak dapat nak sampai Putrajaya Central dengan segera.  Terpaksa keluar dari putrajaya ke cyberjaya dan masuk lalu jalan lain ke Putrajaya Central. Akhirnya kami memulakan perjalanan dalam pukul 9.30 pagi. Dan seperti biasa kami stop kat Air keroh jejantas untuk sarapan dengan menu yang simple sebab lepas ni nak lunch asam pedas muo....nak rasa , mana lebih sedap rasanya dengan asam pedas melaka. Hah itulah agenda utamanya. hehehehe


Semua gembira sebab dah isi perut.....menunggu agenda seterusnya jalan-jalan sambil melantak......hahahahaha ayat tak boleh blah punya.  Ok muo kami datang


 
 Masuk Toll tangkak dan seterusnya memasuki bando Muo. Melalui jambatan Sultan Ismail,jambatan utama di Sungai Muar. Selamat datang Bandar Maharani Bandar Diraja. Masuk muar je masa lalu depan bus stand Bentayan sempat lah tunjuk kedai kopi tersohor di muar iaitu kopi 434 yang berhadapan dengan bus stand bentayan.


1. Asam pedas di Tanjung Mas

Kami melalui bandar dan terus ke Tanjung Mas dimana terdapat tempat makan yang happening di situ. Sekarang Tanjung Mas dah cantik malahan dah ada cruise lagi melalui sungai muar.  Terdapat Dataran Muar lagi dengan laluan sepanjang tebing sungai yang dah makin cantik. Apa pun kita makan dulu.


    Tu dia.......set makanan tengahari kami. Kami terus tuju kedai yang pertama sebab nampak ada tempat duduk.  Lepas tu tanya asam pedas apa yang ada. Aku terus je tanya ada asam pedas telur ikan. Rupanya hanya kedai no 10 sahaja yang menjual asam pedas ikan. Jadi sementara Rin mengorder lauk aku pun terjah kedai no 10. Asam pedas telur ikan tenggiri sahaja yang ada. Aku order tapi adik yang jual tu kata sepatutnya order dengan nasi tapi disebabkan kami dah duduk kedai lain jadi aku cuma beli asam pedas telur ikan sahaja. Harga sepiring RM 12.Oleh kerana tiada duit kecil aku pun ambil dulu sepiring dengan pesanan piring kuah nanti pulangkan semula. hehehe

Tu dia sekali lauk sampai.....perghhhhh semua dah lapar balik padahal tadi dah sarapan lambat.... Kak uda ler....masa sarapan kat Jejantas Air keroh order nasi goreng kampung tapi tak habis.....sekali dapat asam pedas emmm terus licin makan. hehehehe. Set lauk datang dengan pilihan sayur terung goreng berlado.....my feveret....ada sambal belacan ada salad dan sayur kacang bergoreng. Ikan ambil 2 mangkuk takut tak cukup. Asam pedas Ikan jenahak. Ada ikan pari tapi takde pun yang minat.

   
      Masing-masing makan tak toleh kiri kanan......laju je menyuap makanan sambil tunduk. Tapi paling best asam pedas telur ikan.  Tangan bersilang sebab sekejap nak rasa terung, sekejap nak salad, sekejap nak sambal belacan.....hah bayangkan le tangan masing-masing bersilang mengambil lauk. Tapi bila dah licin semua.....perghhhhh memang terbaik lah melayan asam pedas muo.  hahahaha tu dia licin kami makan. Tapi masing-masing puas hati dapat makan asam pedas.  Jadi kalau datang ke muo singgah lah ke Food Court Tanjung Mas ....macam-macam ada.  Tengahari femes dengan masakan asam pedas dan petang boleh layan rojak petis dan mee bandung.  Abc pun ado. hah tenguk lah aku order ABC....ada aiskrim atasnya.

Selesai membayar harga makanan, sementara menunggu Rin ke bilik air kami pun slow-slow  menyelusuri dataran dan sepanjang tebing sungai. Nampak dah cantik dengan pelbagai deko, nampak sangat dah lama tak bertandang ke Tanjung Mas.

2. Posing di Dataran Tanjung Mas



                                          Mercu tanda Tanjung Mas yang berwarna warni


Oleh kerana ber 5 kiranya masing-masing masuk dalam ruangan yang kosong di tengah. Nasib baik ada adik-adik pelajar yang sedang berehat beramai-ramai setelah selesai aktiviti sekolah yang tolong ambilkan gambar.

           Boleh nampak cruise yang sedang belayar. Kata Kak noor kalau nak naik kena tunggu ramai baru dia berjalan.  aku orang muo pun tak pernah lagi naik cruise....lain kali lah.



                                      Saya sayang sultan saya.  JDT- luaskan kuasamu

    Selepas posing bagai di dataran Muar..... kami pun terus ke  Keroma eko Resort yang telah kami booking.  Ianya terletak di Parit Keroma Laut....nun tempatnya jauh ke dalam. Nampak gaya hanya kami je yang mengisi resort tersebut. Mula-mula booking family room teratai yang muat untuk 5 orang, sekali bila tenguk ianya jauh dari kolam renang, kami pun request nak tukar. Oleh kerana ada kosong dapatlah 2 bilik kenanga 1 dan 2 yang sebelah dengan kolam renang.  Masa tumpang bilik cempaka untuk solat macam nak ambil bilik tu tapi sebab yang kenanga tu murah sikit dari cempaka dan lebih luas jadi semua setuju ambil kenanga.  Selesai semua keluar balik raoun muo lagi. hehehehe masa memang terisi dengan pelbagai agenda.

3. Pekena cendul Kampung Hulu dan posing mural belakang kedai

   Kali ni nak mencari mural untuk posing. Baru-baru ni telah di rasmikan mural lukisan di dinding di jalan belakang kedai. Tapi lokasinya aku tak ingat sangat area mana. Jadi melilau juga cari tempatnya. Akhirnya dapat park kereta di jalan yang berbumbung dimana malamnya jalan tu di tutup dan terdapat banyak gerai jualan. tanya punya tanya rupanya berhampiran terdapat gerai Cendol Kampung Hulu. Apa lagi memang itu tujuannya aku cari mural sambil pekena cendol.


      Masa ambil ni tak perasan apa bentuknya sekali bila tenguk balik oh bentuk rongga dada manusia.


Kunun-kunun pi sawah padi....kat muo ada port sawah padi iaitu di sawah Ring bukit Gambir....boleh nampak Gunung ledang lagi.    


                       malam ni kita pekena mee bandung udang galah....yeh yeh yeh



       Lorong di tengah tu lah tersembunyinya gerai cendul kampung hulu di belakang kami. Orang ramai , nasib baik bila kami sampai ada sekeluarga baru selesai makan.  Lepas tu aku dan rin pergi lah order cendul yang ada....sekali nampak ado durian perghhhh tak boleh tahan ni. 3 orang order cendul durian...harga boleh tahan mahal lah sebekas rm15....durian di luar musim tu yang mahal kut. Tapi dek teringin belasah je lah.  Order yang dah siap dimasukan dalam bekas plastik. Kaknoor order cendul kacang merah manakala rin cendul laici.





                                  Dapat 2 ketul durian.....perghhhhhh sodap

Selesai menjamu selera kita orang sambung balik psoing di mural yang ada.





Nampak bumbung warna warni tu. Katanya kalau malam hapening dengan pelbagai jualan.
Masa kami keluar ni rupanya jalan dah hampir di tutup.  cepat-cepat kami keluar dari jalan tersebut dan terus menuju ke Kesang untuk mencari Mee Bandung pula.  



                                   Nampak kedai ni katanya femes juga. Lain kali boleh cuba.

4. Mencari Mee bandung makanan femes di muar

Kat muar femes dengan Mee bandung. Yang femes dan tersohor mee bandung abu hanifah, mee bandung maharani, mee bandung Mak pon, mee bandung Parit bulat. Macam-macam versi. Tapi kami ternampak satu kedai semasa baru sampai muar iaitu mee bandung Udang galah. Jadi selesai minum petang kami pun tuju kedai tersebut yang terletak seberang sungai area kesang sederet dengan kedai Murtabak singapura. Bangunan dia diantara stesen minyak shell dan stesen minyak petronas. Tapi kami tak masuk cuma tapau untuk makan malam di resort sebab dah petang sangat. Takut kalau makan kat kedai nanti balik resort dah malam. Jalan masuk ke dalam resort tu jalan kampung jadi tak berani lah jalan malam-malam.  Oleh kerana mahal kami tapau 2 bungkus je tapi mee asing sebanyak 5 bungkus.  Oleh kerana tiada pinggan minta bekas sekali untuk makan.

Alhamdulillah sampai ke Resort sebelum magrib. Selesai semua mandi, dah solat dan akhirnya panggil rin dan dd di rumah sebelah. apa lagi lah makan malam ramai-ramai.  Nampak sikit sekali bila di tuang dalam bekas tu dia udang galah dia merelip-relip. Aku hirup kuah dia je dah rasa sedap sangat.  Alhamdulillah semua kata sedap. Kiranya berbalui lah singgah  dan mencuba kedai mee bandung udang galah tersebut.




 Atas kamera Dd dibawah kamera kak uda.....

 Kecur tak tenguk.Oleh kerana tiada tv jadi malam tu aku minta tolong rin belikan tiket ets ke padang besar hujung bulan 11 nanti dengan akak-akak aku. Malam tu juga JDT lawan kedah piala Malaysia akhir. Tahunya besok pagi katanya johor dapat cuti.....yeh JDT menang..tahniah JDT.

Kat area depan  katanya ada layar besar tayang perlawanan bola sepak Piala Malaysia Johor lawan Kedah. Sambil tu ada orang karaoke malam-malam. entah siapa lah yang menyanyi tu tapi lagu-lagunya sedap-sedap....lagu-lagu lama.

Ok kita sambung esok hari pula ya.

8 comments:

  1. kecur air liur tengok mee bandung udang galah...mesti manis..
    menarik muo..leh terjah nanti..

    ReplyDelete
  2. fuyoooo udang tuuu menggoda !!
    last pegi Muar masa pegi majlis mohon restu sek adik sepupu hehe.. wakilkan mak ayah dia.
    kat Samura tu. pastu makan bekpes sate kat depan sungai.
    pergh orang Muar pepagi makan sate eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JOm lah datang lagi. Haah sate makan buat sarapan pagi....sedap. hehehehe

      Delete
  3. Menarik juga bandar Muar ni. Belum habis explore Johor lagi walaupun Johorean. tapi kalau g Muar tu wajib cari mee bandung. Kecur tengok mee bandung tu haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang semakin menarik sebab sultan Johor selalu datang muo. Mee bandung memang femes kat muo bukan di bandong ya. hehehehe kalau pekena sirap bandung lagi le umpp.

      Delete
  4. Saya pun orang muo jugak tapi samalah macam akak x habis jalan2 lagi. Parit keroma tu memang jauh ke dalam tapi privacy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah tak sangka lah pulak jumpa orang kampung. Muo kat mane. hish hish tak sangka lah pulak. Area pt keroma ngala ke pt jawa tu memang sunyi sikit.

      Delete