Monday, November 18, 2019

JJCM Muar - Hari ke 2



Assalamualaikum,


Semalam enjoy sangat makan. Hari ni kita enjoy lagi cari makanan sedap di muo. Malamnya hujan jadi cuaca pagi nyaman je. Aku dah maklumkan pagi kita akan cari sarapan kat luar jadi kena keluar awal.  Sekarangkan masuk subuh awal jadi pukul 7 dah terang.  Pukul 7.30 pagi kita orang pun keluar cari sarapan.


1. Sarapan pagi di R & H Cafe  

R & H Cafe ni lokasi awal berdepan dengan stesyen bas Bentayan. Tapi tempat tu dah renovate jadi pemilik R & H Cafe dah pindah tempat.  Ok jom masuk. Sebab pagi lagi bebenor dan johor cuti sempena menang Piala Malaysia jadi jalan lengang sikit. Kalau tak orang dah sibuk pergi kerja. Johor hari Ahad kerja ya.


Hah tenguk le menu dia....kalau ada roti canai mesti lagi sedap kan. 


       Aku nampak lontong terus lah order yang ni. Tapi kalau ada sambal sotong lagi umph.

                 Rin order Meatball kampung ku. Sedap dan lembut meatballnya.


        Ada yang order tahu lentuk. 3 orang layan lontong. Lepas tu ada nasi ambeng bungkus...kaknoor ambil satu untuk rasa. Seronoknya order lain-lain nanti semua rasa sedap ke tak. Staff cafe rajin je letak kuih-muih yang paket2 dan nasi lemak bungkus atas meja kami.

         Masa kami sampai, stall satay belum siap lagi. Jadi kena makan yang lain dulu lah sementara tunggu satay siap. Nanti bila dah siap dia akan letak setiap meja 10 cucuk ayam dan daging. Hah makan lah. Nanti dia akan kira berapa cucuk satay yang habis. Muo femes dengan sarapan satay pagi-pagi ya. Dulu aku pun tak pandai sebab rumah aku jauh dari bando takde le belajar sarapan satay pagi-pagi. Tapi bila pindah balik muo, kerja di Pejabat Kesihatan Muo tu yang belajar sarapan satay pagi-pagi. Nak sedap order satay perut lepas tu layan dengan mee rebus. perghhhh. satu lagi kalau ada soto emm memang perut kenyang sungguh lah. hahahahaha


            Ni Tahu lentuk pun sedap kuah kacang dia. Taugeh rangup fresh dari dapur. hehehe


     Tak tahan nampak roti manja, order share dengan kaknoor sebab kaknoor dah makan nasi ambeng.


       Ni nasi ambeng yang kaknoor makan. Sedap....nampak tu ikan kering bulu ayam. Serunding. mee goreng, sambal goreng emm memang sedap le.


Satay perut pun aku order juga. Semua suka. Satay daging dan perut habis 20 cucuk. Yang ayam je tinggal berapa cucuk. Pagi tu suka tenguk geng aku semua kekenyangan makan dan puas hati. Bila orang semakin ramai kami pun dah kenyang jadi jom balik. agenda seterusnya.


Sampai kat resort posing dulu kat area depan. Ada sampan apa lagi semua pun posing le.


                  Macam -macam gaya pun ado. hehehehehe..... i jump u jump. opss

2. Acara rendam badan jadi dugong...hehehehe

 Agenda ni yang geng aku paling suka sejak dapat berendam masa JJCM melaka, ada kolam renang, jadi setiap kali nak JJCM booking hotel cari yang ada kolam renang. Aku pun terikut suka pulak berendam walaupun baju renang pun takdo dengan renang pun tak reti. Tak kisah le janji berendam jadi dugong. hehehehehe


 Balik bilik terus tukar baju renang. Oleh kerana hanya kami je memang le seronok kami berlima buat macam-macam aksi. Kuak lentang ,terbalik terendam dan macam-macam le. NI kolam ana yang punya ya.



Gaya macam ahli renang terunggul gitu. hehehehe yang penting gaya mahu lebih ya.  






Part ni macam ikan duyung tunggu dapat makan...hahahaha nganga mulut tunggu DD kopekkan buah limau. hahahahaha sempat lagi tu.



           Macam-macam gaya terlajak laris le kunun.... memang seronok sakan le kami gunakan kolam pagi tu. Dah puas berendam semua pun siap balik bilik untuk check out pukul 12 tengahari. Opsss lupa nak cerita sebenornya kolam ni nampak je macam dalam sebab kami pakat berendam tapi bila berdiri huh paras pinggang je ye. Yo yo ooo je. hahahaha Yang penting eksyen mesti lebih. hehehe

3. Posing area resort sebelum balik

    Siap pukul 12 kami pun bersiap nak balik. Tapi dah cantik ni semua pun posing last kopek di sekitar resort.


                              Kunun-kununnya makcik membawang dengan jiran sebelah. hehehehe


                 Tempat ni boleh lepak-lepak. Ada meja dan boleh naik atas ada loteng atasnya.


         Ni kalau berkelah atas ni memang sedap duduk atas lantai je. Ada buaian emm memang lena dengan alunan angin sepoi-sepoi bahasa.

                  Belakang kami tu ada kolam ikan. Kat sebelah kanan pun banyak kolam ikan.


        Suasana sepi mencengkam jiwa. Memang takde bunyian manusia lain selain dari kicauan burung yang berterbangan. Kalau siapa yang suka alam semula jadi memang sesuai le lepak kat resort ni.



Ni tunggu makcik bawang depan rumah lain.  hehehe

 Kebetulan masa kami posing sakan atas tu ada pula pekerja resort sedang membersihkan kawasan sekitar. Sempat lah berbual sekejap. 

Setelah selesai posing kami pun mennuju bilik pendaftaran yang terletak di depan. 


          Dd pulangkan kunci dengan bayar duit resort yang tambahan sebab tukar bilik.


Ni bahagian hadapan dengan bilik pendaftaran. Nampak macam banyak kedai nak di buat. Kemungkinan itu untuk jangka masa akan datang. 

4. Makan tengahari di Parit Jawa

 Seterusnya kami terus menuju ke Parit Jawa sebab nak makan lunch dengan asam pedas lagi. Cari punya cari sampai tersesat akhirnya jumpa jeti Parit Jawa. Ramai sungguh orang makan tengahari kat food court Parit Jawa. Kami tuju kedai asam pedas Pak yahya.




Asam pedas jenahak dengan telur dadar dan sayur kobis goreng. Ada ulam timun.


                                                      Jom lunch.

Ni lah menunya. Semua pun tunduk makan tak berbunyi. Asam pedas kali ni cair sikit daripada asam pedas Tanjung mas tapi rasa tetap tip top.

6. Posing tepi jeti parit jawa

         Cuaca panas masa ni. Selepas selesai makan tengahari kami pun posing tepi jeti. Melihat keunikan jeti parit jawa. 





Kat depan tu pun ada kedai asam pedas juga.   




Posing sampai pengsan...hehehehe orang yang lalu depan kami dok pandang je panca sitara dok berposing. kami buat blur muka je. hahahahahaha


Selesai makan dan posing terus kami menuju bandar muar. Sepatutnya singgah kedai Mak pon kat Parit Sakai untuk beli paste Mee Bandong Mak Pon  tapi aku terlepas jalan....sedar-sedar dah masuk bando. Terus je ke masjid Sultan Ibrahim untuk solat.  Sebab lepas ni nak mengopi pulak. hehehe

7. Minum kopi di kedai kopi 434


Hah tu dia kedai kopi tersohor di muar iaitu Kopi 434.  Nasib baik dapat tempat parking walaupun jauh sikit dari kedai. Kedai ni berhadapan dengan bas stand Bentayan dan jalannya selalu banyak kenderaan dan parking tepi jalan memang susah. 


Kami order kopi. Hah macam-macam jenis kopi ada. Dek kerana kenyang makan asam pedas cuma order roti kaya je.  


Ada 2 kedai sebenarnya. 1 kedai yang besar sikit dan kiranya kedai utama dengan aircond. Manakala sebelahnya kedai tanpa aircond. Kedai utama penuh orang tapi sedap bau makanan serta aroma kopi semasa kami melaluinya untuk mencari seat yang kosong. emmm best aroma bau kopi  ni. Jadi kami ke sebelahnya yang tiada aircond.


Kedai utama ada macam-macam deko. Teko dan cawan macam-macam bentuk dan patern.


Kalau nak beli kopi ada macam-macam jenis kopi. Kopi biasa ke kopi 3 in 1 ke  kopi uncang ke serbuk kopi ke.  Beli lah kalau nak mencuba.  Aku dah biasa beli kopinya jadi takde lah nak beli. DD , Kak uda dan rin yang pergi beli kopi bawa balik.  


Layan roti bakar panas-panas dengan kopi ais.....emmm walah.

Selesai acara mengopi, kami pun terus balik. Singgah kat kedai kerepek kat Rawang. Lepas tu masuk toll tangkak dalam pukul 4 lebih. Banyak sangat pit stop tu yang lambat masuk toll.  Lepas tu sampai Air Keroh jalan jem. Nampaknya orang ramai balik kampung sebab kali ni memang jem teruk juga. 

Stop kat RnR Seremban sebab dah nak habis magrib. Selesai solat jamak semua, akhirnya kami sampai kat Stesyen Bandar Tasik selatan dalam pukul 9. Semua dah kepenatan. 2H1M trip muar memang syiok layan jjcm. Yang tak syiok besoknya isnin kena pergi kerja. huhuhuhuhu

8 comments:

  1. boleh refer sini JJCM Muo..asam pedas tu mengancam betul..telah ailio..sedap2 semua makanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi lokasi yang tidak sempat di terjah. Meh le datang muo. Jom jom jom

      Delete
  2. Cantik resort tu. Macam belum sampai lagi semua tempat ni. Tauhu lentuk tu first time dengar. Tapi lontong tu memang makanan wajib johor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resort tu macam baru je buka. Tauhu lentuk tu ala nama bagi gah sikit padahal tahu seumbat je. hehehehe Lontong mesti lah kegemaran orang johor.

      Delete
  3. Wow teruja tengok Kak Notie & gang JJCM di Muar.. Tempat yang akak2 pegi kat Muar semua susah dapat parking.. R&H Cafe sejak pindah lokasi memang tak pernah LZ ada peluang makan kat sana, memanjang penuh kak, sedey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi lokasi yang tidak sempat di terjah. R & H tu memang orang ramai datang. Masa kita orang sampai sebab pagi adalah tempat tapi bila dah lama berduyun-duyun orang datang.

      Delete
  4. Menarik resort tu. Hujung bulan ada wedding kat muo boleh gak try.

    ReplyDelete