Sunday, January 19, 2020

Desa Keroma Eco Resort Muar





Assalamualaikum,

Masa nak JJCM 2H 1 M di muar search punya search penginapan yang ada kolam muncul lah nama resort ni.  Home stay dan hotel banyak juga di muar tapi agenda utama kami selain nak JJCM ialah nak berendam.  Dan akhirnya semua pakat pilih tempat ni. Apa lagi DD terus je booking.



Mula-mula kami booking Family room orked bilik atas tu yang boleh muat 5 orang. Tapi bila sampai je dan tenguk macam sunyi je takde orang terus kami tukar fikiran. Rupanya dia ada 2 tempat. Yang kami sampai ni halaman utama dan luas tempatnya.


Ada deretan kedai dan juga tempat pendaftaran di pintu masuk Resort. Ingatkan nun di sana tempat pendaftaran tapi rupanya nun di sini tempat pendaftaran. huhuhu jauh sih aku park kereta. hehehehe kena pusing balik ke depan.  Antara deretan kedai ni yang pertama merupakan tempat pendaftaran.  Sekali tanya mana kolam renangnya. Rupanya ada satu lagi tempat di sebelah kiri. Jadi kita orang pun request nak tukar bilik . Nak yang dekat dengan kolam.


Ni lah tempat pendaftaran. Masa ni dah nak balik. Masa datang terlupa nak ambil gambar dari depan.

 Oleh kerana masa kami sampai tak ramai yang menginap jadi boleh lah permintaan kami di tukar. Tapi kena tambah duit lah sebab Bilik Orkid RM 320 manakala bilik kenanga ambil 2 jadi RM 340. Kami setuju je sebab nak dekat dengan kolam. Bilik kenanga ni katil single 2. Jadi salah satu bilik kena tambah tilam lah.


      Adik manis resort pun bawa kami ke tempat lagi satu dimana terdapat rumah yang lagi comel dengan kolam renang di hujungnya.  Ada kolam ikan di belah kiri jalan masuk ke resort yang ke dua.

 Ni lah rumah seroja, kenanga, Chempaka dan kesidang. Yang besar tu 2 tingkat Rumah Bangau.


 Ni tempat lepak dan posing. hehehehe Ada meja dan kerusi serta water cooler pun ada. kat tingkat atas tu ada buaian dan ada bilik atasnya. Agaknya untuk staf Resort kut.


            Gazebo sampan ala-ala titanic gayanya.


Harga bilik-bilik di Resort tersebut. Ni harga lama. Bila aku tenguk facebooknya bagi tahun ni banyak diskaun di beri. Mur-mur lah. huhuhu Ialah Bilik kenanga dari RM 170 jadi RM 100 ja. Jadi sesiapa nak pergi muar dan cuti jalan-jalan boleh lah booking kat Desa Keroma Eko Resort.

        Bilik yang simple tiada tv. Katil ada 2.  Bilik air comel. Kiranya semua kemudahan asas sahaja.



Bilik yang kami duduki.


Ada 8 buah rumah semuanya. 4 jenis nama dan bentuknya.


Suasana yang damai serta terhindar dari keriuhan kota raya. Memang mendamaikan.


                                  Jom lah cuti-cuti Muar. Cheh promosi muo lah pulak.

16 comments:

  1. Ske dtg muo sbb asam podeh dgn mee bandung

    ReplyDelete
  2. Sangat menarik tak pernah tahu pun ada tempat macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni baru beberapa tahun wujud. Ahkak pun baru tahu. hehehehe

      Delete
  3. wah, info baharu ni...nanti boleh terjah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom jom... rasanya ada juga aktiviti lain

      Delete
  4. indah lg kalo ada sawah padi blkg umah tu kanns

    .. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best woooo leh berkubang lah pulak dalam bendang. hehehehe

      Delete
  5. suka yang bentuk 3 segi kenangan tu..
    rasa macam dok dalam khemah. khemah moden..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kita orang pun suke tu sebab pilih yang itu.

      Delete
  6. Replies
    1. Jom wak jalan-jalan kat muo. Udah cantik sekarang kat tanjung tu.

      Delete