Monday, August 26, 2024

Pejam mata Cafe di Bangi

 

Assalamualaikum,

Selepas penat merayap kat Floria Putrajaya kita orang pi cari makan lah. Oleh kerana Kak Jal ada jadi kita cari special sikit lah. Sebab lepas ni kak Jal nak balik Tangkak. Mula-mula kita orang nak pi Soru kat bangi sekali bila pergi tempat tu, parking penuh lepas tu dia bangunan 2 tingkat. Tempat makan kat atas. Oleh kerana macam tak sesuai jadi julie cari tempat lain. 

Guna waze entah mana lah julie bawa kita orang berdua. Kata dia cafe dalam taman perumahan. Wah macam best je.

Akhirnya sampai lah kami ke Pejam mata Cafe. Memang kawasan dalam Taman. Jadi tempat parking pun terhad. Orang boleh dikatakan ramai juga. Nasib baik ada pakcik Rela tu tolong carikan parking.

Bila masuk.....wah boleh tahan ramai juga. Aku lupa nak ambil gambar dalaman dia sebab oleh kerana ramai jadi macam segan nak ambil gambar. hehehehehe. Kita tayang makanan je ye. Bior ngences sapa yang tenguk. hehehehe




Harga dia agak kayangan juga lah tapi portion dia banyak. Julie dah pernah pergi jadi dia tahu lah apa lagi kita orang macam tamak order Gado-Gado juga.


Menu yang ada


Hainanese Chicken chop yang aku order. Konon tak nak makan nasi waktu tengahari jadi kita makan western le.


Gado-gado yang di order tambahan. Akhirnya di rasa sikit dan di tapau sebab tak habis. 


Julie order Mee bandung. Walaupun rasa dia agak lain sikit dari Mee Bandung muo tapi sedap dan kuahnya banyak serta daging dia pun banyak. Banyak kacang dalamnya.Ni yang mula-mula sampai jadi kita orang rasa lah sikit. 


Walaupun orang ramai tapi hidangan yang kami order cepat dapat. Ni Julie punya order kita orang kidnap untuk rasa. hehehehe

                                Kak Jal order Maryland Fried Rice. Pun sedap. Ada ayam lagi. Ayam dia crispy. 


Ini lah juadah tengahari kami. Jemput makan


Air pun tamak sebab sebelum ni kepanasan setelah mengharungi Floria jadi air order sampai 2. Sekali datang tu dia ko. Tapi sedap 


Abaikan lah jari kami yang sekejap-sekejap pi mangkuk mee bandung, sekejap-kejap pi maryland Fried rice. Portion dia memang banyak seperti kata julie. 

Ada juga soto dengan lontong kering. Hah lain kali nak rasa lah. Macam nak kena repeat lagi je ni. Tunggu Kak jal datang Putrajaya le macam ni.


Desert pun ada. Nasib baik masa ni perut dah kenyang kalau tak order tambahan juga ni. hehehehe Tapi tu lah harga kayang ni tak boleh selalu kena cekali-cekali je pi. Kalau tak kopak weiii



Gambar Kredit Eat Drink KL

12 comments:

  1. sedap2 semua menu...dessert pun nampak menarik...tak gi lagi Floria...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sedap semuanya. Tu pun dah ada rasa nak cuba yang lain pula.

      Delete
  2. Meriah nyer makanan... makanan pun variety.. bagus bagus.. kat bangi ni boleh la terjah :D

    ReplyDelete
  3. sedap menunya harga kayangan pejam mata membayarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sedap harga kayangan pun tak apa asalkan puas makan.

      Delete
  4. Gado-gado nya dah mirip gado2 jakarta 😄. Menu fav saya saat dulu masih kerja. Krn dalam 1 masakan dah ada protein dan sayur. Kalo di sini gado2 bisa pakai lontong. JD sekalian ada Karbo kalo tak nak pakai nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak diet makan gado-gado je pun dah cukup sebab kenyang dan berkhasiat.

      Delete
  5. makan tu kena pejam mata kak..
    tp besar portionnya, sesuailah dgn kekayangan harganya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan kena buka mata tapi bila bayar kena pejam mata je sebab sedap. hehehe

      Delete