Thursday, August 22, 2024

Lauk biashe - biashe

 


Assalamualaikum,

Hari ni hari jumaat. Cc mila belajar buat singgang ikan tongkol style Terengganu dengan Aida. Lepas tu layan dengan tempoyak dan sambal belacan. Ada ulam timun dan buah tomato. Nasi panas-panas masak kat pantry. 

Perghhh semasa masak singgang tu bau dah sampai keluar walaupun pintu pantry dan tutup. Aduhaiiiii bila bau dah menusuk ke hidung ni....tak boleh jadi. Kena ngendap apa dah siap ke juadah hari ini.

Aku pula bawa buah nenas dan epal. Ada kuah Coleq beli kat FB. hehehehe Boleh lah try.




Hah ni coleqnya. Ada 6 jenis rasa. 

Tapi yang sedapnya ialah makan singgang ikan dengan tempoyak serta sambal belacan. perghhhhh menambah-nambah aku. Apa lagi dapat tempoyak digaul dengan sambal belacan.... menjilat jari. yum yum yum. Sedap. Nasi pulak panas-panas. 

Lepas tu layan nenas dengan coleq.... yum yum yum Alhamdulillah rezeki hari Jumaat. Terima kasih cc mila dan aida serta cc Shu. 


2 comments:

  1. Aisssh enaknya bisa masak di pantry kantor 😍😍😍. Jarang2 kantor sedia stove dan peralatannya . Biasa hanya microwave.

    Buah2annyanyg paling menarik hati bagi saya. Apalagi ada coleq sauce. 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantri kita orang lengkap, pakai periuk nasi je dah boleh masak. Mikrowave memang ada. Barang dibeli share guna duit collection opis.

      Delete