Monday, April 29, 2024

Marhaban pada Hari Raya ke 4

 


Assalamualaikum,

Tinggal syawal 10 hari lagi aku baru nak up pasal marhaban di kampung aku.  

Haha rare sungguh ni menjamu orang Marhaban dengan Ubi Godok aka Ubi Rebus. Dapat yang empuk perghhh mantol.

Ini cerita Hari Raya ke 4. Kita orang kat muar masih lagi memperaktikkan Marhaban selepas Raya pertama. Kalau area Muar dan Batu Pahat marhaban adalah biasa terutamanya di kampung-kampung. Malahan masa aku kerja di Pejabat Kesihatan muar sempat lah juga ikut marhaban yang di kelolakan oleh Pengarah kami Doktor Fatimah. Tapi marhaban yang kita orang pergi adalah rumah staff yang nak join dan ianya bermula setelah balik kerja. Seronok marhaban ni disamping menjamu selera dapat mengeratkan ukhwah antara satu sama lain. 

Macam marhaban kat kampung aku ni dari kami kecik-kecik lagi telah pun ada. Tapi masa tu belum bertambah penduduk jadi hanya 2 hari je. Sekarang dah tambah lagi sehari dan selalunya sampai tengahari dah selesai sebab belah petang depa nak beraya pulak.  Acara marhaban ni ikut giliran. Jadi sebelum merancang perjalanan ke tempat lain kami pastikan marhaban tu bila. Dan kali ini giliran rumah kami adalah yang akhir.

Dah tentu bila yang akhir tu orang yang marhaban dah kenyang sebab dah banyak rumah yang mereka pergi. Kalau sedap licin kalau tak sedap kadang cicp sikit je. Tu sebab kadang pening nak fikir menu apa nak bagi orang makan.     

Mula-mula nak order roti jala. Tiba-tiba kawan yang buat tu dah full tempahan dia. Terpaksa cari idea lain. Lepas tu adik aku terfikir apa kata buat ubi rebus. Jadi bila dia balik Pt Raja kena cari lah. Alhamdulillah ada kedai tu petang tu baru terima ubi yang di hantar untuk jualan. Kalau baru terima bagus lah sebab kalau dah lama nanti masuk angin. Mula-mula suruh beli 5 kilo sekali bila di bawa balik rupanya hah ko 10 kilo adik aku beli. 

Jadi pagi tu terus lah kopek kulitnya dan rebus. Sambal tumis pulak bahagian akak aku yang masak.


Sediakan juga kentang goreng dan nugget untuk budak-budak.


Menunggu ubi rebus dan makanan lain di hidangkan



Air kotak disediakan juga supaya mudah nak minum. Sambil tu ada bahan untuk sirap bandung hah bancuh lah. Tak sangka rupanya laris sebab mereka sampai dalam pukul 12 tengahari. Dengan panas lagi. Siap minta tambah. Tak sangka aku laku sirap bandungnya. Sirap bandung orang muo ada ais krim soda tau. hah lagi sedap
 


Hah tu dia sambal tumis satu kuali.

Gambar orang marhaban Jol tak ambil gambar. Kita orang kat dapur jadi tak nampak le orang yang ramai kat depan.

Sekali kata Jol wah ubi rebus nya laku. Sampaikan ada yang kata kalau ada plastik memang nak tapau. Layan dengan sirap bandung. Orang kampung kata ubi rebusnya empuk dan sedap makan dengan sambal tumis. Alhamdulillah orang marhaban dah balik kita orang berkemas sambil akhirnya makan ubi rebus lagi. Dah jemu lauk raya pekena ubi godok enak lorrrrr  

Alhamdulillah  

6 comments:

  1. Ubi godok memang mantul makan dengan sambal tumis.
    Eh, tetiba kangen hendak makan ubi godok cecah kelapa parut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ... kita orang memang peberet ubi godok ni tapi lebih suka layan dengan sambal tumis. Dengan kelapa parut rasa macam tak kick je

      Delete
  2. banyak juadah persiapan marhaban

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu utama ubi rebus. Yang lain tu sampingan buat budak-budak je

      Delete
  3. Betuuuul kak. Terkadang Orang2 dah jenuh dengan rendang dan kawan2 atau makanan bersantan lainnya. Jadi sesekali kalo disuguhkan makanan rebus seperti ubi, itu betul2 penyegaran . Sehat dan sedap pula. Saya pun sukaaa menu ini. Apalagi cicah sambal 🤤🤤😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang makanan macam ni lagi orang suka kan sebab ubi kadang susah nak dapat. Penak lorr

      Delete