Saturday, April 17, 2010

Rombongan Melawat Ofis baru JS.

 Sebenornya rombongan cik kiah ni dah berlangsung pada sabtu minggu lepas tapi emm tau je lah aku ni kadang ada rajin kadang ado malas nak ngok ngek dlm blog jadi cerita-ceriti tersebut berlalu je. Sebenornya rombongan tersebut telah berjaya dengan jayanya.. hehehe ada ke macam tu? Mana tak jayanya sebab pemakanan dan tukang gosipnya semua ada hah sampai tak hengat nak balik. Dah le agenda aku dgn nacha tak siap lagi terpaksa le kami zoom ke alamanda selepas tu.

 Ok berbalik cerita cik kiah ni seperti biasa janji dgn kaknoor dan nacha jam 2 ptg kat LRT Bandar tasik selatan. Sebenornya aku kuar awal pi bengkel dulu jadi dah budget mesti sekurangnya 1 jam dok melepek kat bengkel tu. Mane taknya kena  jenguk bengkel setiap pagi my sawwy tu susah sangat nak start engin. Mesti paling kurang 2 minit baru dia mengaum.  Tapi bila pi kat bengkel aku nak cerita bunyian semasa menyetart engin tu tak tau. Kata apek cina tu maybe starter tu electric dia tak sampai. Huh aku nak cerita pun tak reti mcm mana tapi apa yg aku faham semasa kita start engin tu electric yg di charge tu tak di charge sepenuhnya menyebabkan percikan electric lambat nak panas. Lepas tu kalau nak tukar huh makan masa dan kena le kuar budget lebeh sikit. Aduhaiiiii dah tengah bulan ni mane le ada budget. Oleh kerana masih boleh tunggu lagi sampai cukup bulan jadi aku tangguh dulu le nak tukar starter kunci tu. Jadi agenda seterusnya memang le  banyak lagi masa. Janji pukul 2 tapi pukul 1 dah terpacak.

  Kaknoor seperti biasa membawa karipad tersedapnya itu manakala aku beli aiskrim je 2 bekas. Tak sempat nak masak dan beli apa-apa kueh pun. Ingatkan nak orde kek tirumisu En Din tapi hari Jumaat tu 2 kali call En Din, dia tak angkat dan malamnya aku lupa nak tanya lagi jadi kira hangus je lah kek tirumisu tu jadi sebagai alternatif beli aiskrim jadi lah. Janji ada buah tangan.

 Sampai je ofis baru JS kami serbu laksa le. Masa tu tak ramai lagi. Aku belasah kueh dulu baru makan laksa. Lepas tu geng kicap pulak datang maka riuh rendah le. Aku tak ingat sapa-sapa yg sampai tapi rasanya masa tu rin dan kakuda dari putrajaya. Anim, wan, kak kaypo, dan iparnya. Lepas tu Dyea, sil dan jua. Semuanya agenda makan-makan dan makan sambil bergosip. Masing-masing bawa pemakan hah apa lagi le sessi melantak sampai tahap tak hengat. ye lah kan dah orang bawa makanan takan le dok pandang je kalau tak makan. Aiseymen. Rezeki beb jangan di tolak.

 Oleh kerana ramai kat depan aku [pi menyembang dgn anak saudara yah dan staf sementara JS kat dapur. Sebelum tu sempat juga menjenguk ofis diatas dimana menempatkan bilik besar kaksu dan Yah, Sebuah lagi bilik hubby kaksu dan nawwir acountant baru JS. Kat bawah bilik merupakan stor buku.  Sambil tu wan sempat juga beli kek untuk besday yah yang akan datang. Maklumle nak jumpa macam ni bukannya selalu jadi bila dah jumpa teus disegerakan walaupun lambat lagi datenya.


Semua seronok sambil makan sambil dengar cerita kaksu.

Yummy n yummy

Ni bahan-bahan untuk laksa. Lupa nak ambil masa baru sampai. Dah luak da niiii

Huh penuh meja dengan macam-macam pemakan.

Kek masam manis... sodap

Pencuci mulut puding sodap tau


Talam keladi yang walah
Donut yg menyelerakan tapi aku tak makan pun sebab tangki perut dah penuh. Pandang aje lah

Hepey besday in advance Yah.

Pukul 6 lebeh aku, nacha dan eijay pun pamitan sebab nak cari besday present Remy Ishak. Agenda hari ahad adalah nak bersantai dengan pelakon popular remey Ishak sebab besday dia. Masa hari jumaat aku tak sempat nak singgah alamanda pun cadangnya nak beli towel dan jahit namanya sekali bila sampai je kat alamanda rupanya kedai tu dah tutup. Alahaiiiiii labu macamana le aku boleh tak perasan kedai tu dah lama tutup. Mungkin masa aku pergi pejabat pos dibawah tu aku tak nampak kedai atas tu dah tutup. Jadi terpaksa le tukar plan carik benda lain. Akhirnya dapat. Hantar nacha balik dan seterusnya ke UPM hantar eijay ke rumah kakaknya. Nasib baik baju untuk tema besday tu aku dah ada. Walaupun kainnya dah tak muat ada alternatif lain tukar ke seluar jadi save budget tak payah beli blaus baru warna hitam merah.
   Hah ni present kami berdua untuk remy. Cantik tak? Mata aku yang berkenan sebenornya. Kan aku peminat biru. Tapi kain tshirt ni  memang lembut. Dapat diskaun hampir 50 persen tau. Jadi tercapai lah agenda pada hari sabtu. Dapat makan sedap dan tunggu untuk agenda hari ahad pulak bersantai dengan Remy di hari jadinya. TUNGGUUUUU

Tuesday, April 13, 2010

Ruang Rindu - Rozita Abd Wahab

Ruang Rindu - Rozita Abd Wahab

   Sinopsis  Rasa cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seoranag gadis tomboi apabila ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu.
  
   Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memeutuskan pertunangan mereka.

  Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil.

  Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir.



  Seperti novel Rozita yang lain aku memang suka dengan tulisan dan ceritanya dan kali ni memang kelakor dan best. Ceritanya mengenai Camelia yang tomboy tapi cantik. Sebab tu dia ramai peminat walaupun gaya cam lelaki ala tomboylah katakan. Walaupun begitu Lia amat menyayangi keluarganya walaupun di paksa bertunang dgn Halil yang entah sapa-sapa yg dia tak kenal tapi dek kerana keluarga dan juga rupanya mak Halil adalah cikgu sekolahnya zaman kecil dahulu yg sayang kat dia jadi diteruskan juga pertunangan tersebut. Tapi aku suka betul part si Fahmi yang kena hentak tangan atas meja oleh Lia. Kalau aku jadi Fahmi pun terkezut lah juga bila Lia buat gaya brutalnya. Bayangkan hari pertama lapor diri dah kena sergah dengan staf brutal mane tah tentu terkedu jadinya. Rupanya Fahmi tu sepupu Halil dan dek kerana pemanduan si fahmi yang ganaz hampir saja nak accident dengan Lia. Hah tak pasal je kena sebijik dengan Lia. terus kecut orang tu. kekeke

  Ok berbalik pada si Halil ni walaupun seorang yg playboy tapi masih seorang anak yang menurut kata. Aiseymen di zaman moden ni ada juga lelaki yang masih ikut telunjuk mak ek. Alahaiiii. Huh patern anak mak betul lah si Halil dan Tuan Amir. Kalau aku jadi Lia pun bengang dapat boyfren anak mak ni. Semuanya mak uruskan. Macam takde pendirian langsung. Takan le kerana untuk kebahagiaan sendiri semuanya nak mak yang uruskan. Memang le dalam Islam perkahwinan perlukan restu dari kedua ibu bapa barulah hidup berumahtangga penuh dengan keberkatan. Tapi takan le calun isteri pun mak yang carikan alahaiiiii anak omak.

  Tapi kelakor sungguh bila Halil kantoi dengan Lia di JB. Lepas tu bila dah putus tunang baru lah nak syok pulak kat Lia. huhuhu padan tang muka. Sebelum tu dok kutuk-kutuk huh bila dah putus dan terjatuh chintan kat Lia baru lah nak terhegeh-hegeh nak baik semula. Dan dengan muka tak malu minta tolong boss Lia pulak memujuk Lia supaya balik pada Halil. Hahaha tak pasal muka boss Lia kena debik sebab rupanya boss Lia juga menyukai Lia dan nak jadikan Lia isterinya kerana anak dan mak menyukai Lia. Hah baru tau Lia tu ramai orang syok ke tidak. Jangan sangka tomboy takde orang yang nak.

 Tapi sedih kan bila orang yang kita sayang masih tak memahami isihati dan diri kita yang sebenarnya. Walaupun dah bertahun berpisah masih lagi tidak dapat mempertahankan percintaan hanya kerana darjat dan kekayaan. Hai biasa lah kan dunia memandang pada paras rupa dan harta kekayaan bukan kerana hati budi. Bila dah kena tipu baru tahu mana intan dan mana kaca. Masa tu nak berpatah balik dah tak boleh. Itulah yang Tuan Amir rasai bila isteri dan menantu kesayangan pilihan maknya rupanya seorang penipu yang berkahwin kerana berniat tak baik pada Tuan Amir. Hah baru Mak Datin tu sedar bahawa si Lia walaupun tomboy seorang yang jujur dan berbudi bahasa.

Akhirnya hepey ending yang so sweet. Apa pun memang brutal habis lah si Lia. Congrtas buat Rozita diatas novel terbarunya ini. Macam pisang panas masa pesta buku. Laris betul nasib baik aku kirim kat Ryn belikan. Lagi pun dah lama tak baca novel baru Rozita.

Friday, April 9, 2010

Percaya ada Cinta - Ryana Adrina



Sinopsis:  Berada di dalam lingkungan keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. Sejak kecil, jiwa Wafiya menderita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri.

  Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana!

 Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa. Wafi ya yang sengaja mengasingkan diri, tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutannya tetap terserlah. Namun, bila harapan itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar.

Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahagia itu sememangnya tidak tercipta untuknya?



 Novel ni memang laris semasa pesta buku 2010 dimana hari pertama je terus sold out. Masa aku nak beli hari sabtu tu dah habis jadi aku kirim ryn belikan pada hari ahadnya. Citer ni dah mula sebagai enovel di blog ryana tapi tergendala bila dah sampai pada penerbit. Dan akhirnya macam pisang panas ianya terjual.

  Ianya  mengenai wafiya dimana dlm blog dulu namanya wafi em mungkin wafiya lebeh comei kut. Ok berbalik pada Percaya Ada Cinta ni lebeh kepada percintaan dan kemelut antara Wafi, Arsyad dan Rasya. Arsyad merupakan boyfren Rasya semasa menuntut di luar negeri walaupun sebelum keluar negeri Rasya telah bertunang dgn abang Wafiya iaitu Amer. Aku kesian kat Amer yang tidak tahu dirinya dicurangi oleh tunang tersayang.  Dan kesian juga pada Arsyad yang dibohongi oleh Rasya hanya kerana kepentingan diri sendiri. Dan yang menjadi mangsa adalah Wafiya sebab dipaksa kahwin dengan Arsyad walaupun Wafiya mencintai orang lain iaitu kawan di kampusnya. dan akhirnya terbongkar rahsia yang selama ini terpendam bertahun-tahun mengenai identiti yang sebenar mengenai Rasya.

 Walaupun di paksa kahwin tapi Arsyad redha dengan perkahwinan tersebut walaupun sudah terang Wafiya tidak mencintainya. Tapi sabar betul Arsyad melayan kerenah Wafiya dan juga gangguan Rasya yang masih nak sambung percintaannya dahulu walaupun dah jadi isteri Amer. Hish geram betul aku dengan Rasya bila selalu sahaja nak sakitkan hati Wafiya  tapi nasib baik lah Wafiya setelah dewasa bangun melawan Rasya yang selama ini suka membulinya. Dan aku sedih bila meilhat Wafiya terkial-kial nak menawan hati keluarganya bagaikan pengemis sahaja padahal anak sendiri. Dan akhirnya terbukti orang yang disanjungi dan disayang-sayangi selama ini hanya ada semasa senang ja tapi bila Mak Wafiya lumpuh tak nampak bayang pun. Malahan anak yang di benci selama inilah yang menjaga dan merawat sehingga sembuh. Cuma aku tak puas hati kenapa mak dan bapa Wafiya membenci Wafiya hanya kerana dia menyebabkan kematian abang Rasya. Takan le kerana itu sebabnya. Macam ada benda yang tidak terhurai dengan sepenuhnya. Apa pun seronok dan romantik melihat Arsyad melayan dan  mencuba menawan hati isterinya walaupun pada mulanya terasa sukarnya nak menawan hati Wafiya. Apa lagi dengan kerenah Rasya yang masih terusan menganggu Arsyad. Akhirnya dengan berkat kesabaran Arsyad bahagia itu menjadi milik mereka berdua. Hepey ending yang sweet sangat.

Thursday, April 8, 2010

Saat Kau kata Cinta - Anis Ayuni



Sinopsis : SAAT KAU KATA CINTA


MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.

Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu.


Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta.

Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak per nah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai pe nyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?


  Saat kau kata cinta merupakan buah tangan kak anis yang terbaru. Aku memang peminat novel kak anis sebab semuanya jiwang karat dan bestnyanovel  kak anis  kadang-kala membawa kita ke merata tempat mengembara seperti yang terbaru ni ke UK. Wah best novel terbaru kak anis ni. Aku boleh habiskan dari pukul 6ptg sampai kul 1mlm. Huh memang tangkap lentuk le sampaikan aku leh berangan kalau le dapat pi London emmm syioknya. Yg buat aku teruja tu sebab syahfi bawa Darwina ke rumah extunangnya sebab kat belakang rumahnya ada pokok epal. Bukan tu saja ada buah plum, peach, ceri.... wah aku jadi seronok pulak. Bukan kah aku teringin nak panjat pokok epal jadi bila ada adegan memetik buah epal dan terus mengunyahnya dgn rangup dan manis aku pun apa lagi berangan le kalau le dapat buat macam tu kan ke syiok beb. Lagi-lagi kalau ada ladang epal...huhuhuhu boleh berpinor mata rasa macam nak tidur kat ladang epal je.

 Kisah SKKC ni mengisahkan tentang kisah cinta Darwina dimana ada 3 jejaka yang ada kaitan dgn kisah cintanya. Pertama Hijaz merupakan cinta zaman sekolah. Tapi ianya putus apabila kawan semasa PLKN iaitu Nuril  telah menaruh perasaan pada Hijaz tanpa mengetahui yg Hijaz merupakan kekasih Darwina. Selepas itu Darwina telah berkenalan dgn azril. Percutian ke London adalah mengikut mak saudaranya yang melawat anaknya yang sedang sarat mengandung dan tak lama lagi nak melahirkan anak, dimana semasa di rumah Julia sepupu Darwina, beliau  telah berkenalan dengan Syafi iaitu abang ipar Julia. Semasa di London Syafi rajin melayan Darwina pergi berjalan dan melancung dimana pada masa tu Syafi telah jatuh cinta pada Darwina walaupun mengetahui Darwina dah ada boyfren.

  Tapi bila balik ke malaysia dan meneruskan pengajiannya isteri azril telah berjumpa dan membongkar rahsia azril selama ini. Wah bab adegan isteri azril berjumpa ni buat aku dug dag dug dag je ialah kan isteri boyfren ajak jumpa. Nasib baik isteri azril seorang yang baik dan terpelajar dan  bukan jenis menyerang tanpa menyelidik jadi takde lah adegan perang dunia ke3. Hish kalau aku le huh caalibut. Tapi isteri azril tak salahkan Darwina sebab azril pandai menyembunyikan status suami orang tu, jadi frustle Darwina dan pada ketika itu Hijaz pula muncul kembali dan bila jumpa semula perasaan sayangnya pada Darwina berkocak semula sehingga membuatkan rumahtangganya mula bergoncang.

  Dan bagaimana pula dengan syafi adakah perasaannya bersambut setelah Darwina clash dgn pakwenya?  Nak tau bacale sendiri ye. Tapi yg best pi jenjalan kat London tu buat aku berangan sorang je hish hish syioknya kalau dapat panjat pokok epal .... hahahahahaha ada pulak macam tu. Bestnya kalau dapat tenguk London bridge, London eye, muzium lilin entah namanya aku tak hengat. Lepas tu kalau dapat pi jejak paris tenguk eifel tower huhuhu syioknya. Huhu berangan je la ye  nak dapat sampai ke sana emm sapa nak sponsor aku gie sanun tu.

Wednesday, April 7, 2010

Siaran tertunda pesta buku 2010

 Huh dah seminggu malahan nak masuk ke minggu ke dua baru nak update cerita dah basi pesta buku ke....adududu nak buat macamana keje banyak kat opis dgn nak ISO lagi dgn reten tak siap lagi. Aduhaiii rasa macm rambut makin gugur je pikir data tak tally2 aduhaiii poning betul le jaga pesakit luar ni. Pusing 7 keliling sih sampaikan nak tawaf je tapi masih tak tally2.

  Opss terlebeh sudah pulak citer psl kojo yg tak abis2 tu. Ok berbalik kisah di pesta buku kali ini aku cuma pergi last week je iaitu  sabtu dan ahad penghabisan pesta. Macam tahun lepas awal dan akhir dok pi datang tak habis2 ke pwtc tu. Penat ke sengkek ke apa ke huh tak kisah janji hati sonang jo. Ialah feveret aku adalah novel. Teringat masa opis masih lagi kat pwtc bila time pesta buku je time rehat pun sempat pi jenguk. Balik mesti bawa 1 ke 2 buku...hehehe la ni jauh pi hujung minggu je la ye. Tu psl bila pi je hah mak ko seguni aku rembat...novel yg ada tu kalau buat library mesti entah berapa hari berapa malam dok belek novel je...aiseymen.
 Ok balik tajuk asal, hari sabtu dah janji dgn kaknoor naik Lrt sama tapi plan janji berubah dek kerana aku dah salah time. Kaknoor janji pukul 10 tapi aku igt pukul 9. Jadi bila kul 9 sampai kat umah en Din sekali dia kata belum siap lagi kek yg di tempah. Aku rasa mcm dia baru bangun tidur je. Lepas tu dek kerana menjawab talipon dan aku salah parking keter aku dah tersalah masuk jalan. Rupanya jalan tu sehala dan aku masuk bertentangan hala. adehuaiiii dapat sound baik punya beb dari tokeh roti canai dek kerana aku dah salah masuk laluan.  Kat flat tu huh memang susah parking.... tapi sabor je lah ye pakcik roti canai.... aku jawab je lah sori sori....salah masuk jalan. Habeh camno dah termasuk nak pusing balik pun sikit punya seksa dgn keter berderet2 tepi jalan. Tak pe jadikan pengajaran. Nasib baik plet putrajaya dah sah le dia kata aku sesat. tak pe le labu....

 Jadi oleh kerana dah salah time aku pun jalan dulu le tapi bila dah dlm tempat tunggu lrt tu aku dah bingung sengsorang je jadi tunggu le kaknoor juga nak pegi saing sekali rupanya dia lalu jalan lain dan aku tunggu tempat lain. Bila bersms dia dah dlm tren aku masih tercanguk kat lrt tasik selatan. huwaaaa. Jadi aku pun naik je le tren sekali nacha call dia baru sampai lrt bdr tasik selatan dan selepas tu en Din pulak call dia dah sampai Pwtc tapi aku masih kat stesen lagi....alahaiiii terpaksa le en din tunggu aku depan steseyn LRT pwtc. Nasib en Din ada nak beli barang kat chowkit jadi takde le mareee.... Sowi ye En Din lain kali saya orde lagi.

 Dapat je kek lepas tu tunggu nacha baru le pi booth JS. Nacha terus ke NB kara booth sebab depa dah panggil nak celebrate besday Yati.

Kek Tirumisu kata si Pinggu


Kek untuk novel Damai tapi huwaaa en Din tertinggal nama kaksu le aiseymen padahal kek ni special tuk kaksu. Alahaiiii labu

Booth JS begitu mendapat sambutan dengan orang ramai....aduhai semput nafas aku dok booth JS. Bagi kek siap-siap pada kaksu aku pun terus cabut ke NB Kara booth.
 
Tenguk le tu sesak kat booth Js, itupun  aku tak ambik yg di depannya. Kalau dalam dah sesak apa lagi kat luarnya...nak berjalan pun rasa semput nafas.
Novel Damai dan penulisnya.

Kat booth NB kara tak berapa sibuk sangat jadi syok le melepak dgn kaknoor, iejay, dan nacha. Kak uda pun ada dgn geng kicap. Depa tunggu nak celebrate besday Yati.

Dgn geng kicap aku menempel je..hehehe

Oleh kerana lama lagi aku pun menyelinap pegi ke booth kaknovel nak ambil buku baru ila. 2x5 satu tajuk yg best. Congrats ila. Novel ila yg pertama baju pengantin mak andam memang best siut. Tergolek dok aku baca bila part kelakor giler. Memang syok baca.  

Tenguk tu kek sampai 2 dgn tak cukup tgn nak sign dgn nak potong kek...hehehe
Aku tumpang nyibuk je makan kek...hahahaha


Chewahhh besday gurl potong kek 


Amboi kaknoor dgn nacha bukan main makan...yum-yum sampai tak cukup mulut nak masuk hahaha


Yummy nak kek....sodappp

Selepas celebrate besday yati kami pun pergi ke booth alaf pulak carik novel. Tapi fulamak orang sikit punya ramai...sampaikan nak bayar pun rasa terhimpit dek ramainya orang. Dapat buku kak anis, norzailina dan aleya anesa. Buku rozita dan buku ryana habis laku. Terpaksa kirim dgn ryn besoknya.

Penuh kat booth alaf21


   Ni lepak kat tangga depan booth JS sambil makan kek lagi. hahahaha ni kek yg aku bawa tadi. Kek carot tu dah biasa dan memang khas untuk kaksu. Manakala kek tiramisu tu special aku bagi sebab nak rasa sedap ke tak. Fuh semua kata sedap. Masa aku sibuk potong dgn syud si pinggu dtg nak rasa. Lepas tu hubby kaksu tanya sapa buat kek tiramisu sebab selalunya kek ni ada letak arak. Aku cakap en Din takan le dia nak letak arak pulak da.... si pinggu kata ada org kata kek tirumisu. Tapi memang best walah le kek tersebut. Dah jemu carrot kek dgn chesse kek lainkali nak order tirumisu lagi lah. Semua kata sedap dan murah. cheh promote le sikit kek en Din ni...Tapi memang le sedap lepas tu murah pulak tu. Bayangkan 1 kilo dia jual RM40. Lepas tu kadang cheseenya rasa banyak je. Sodap beb.

  Dah habis beli novel dan dah habis makan apa lagi le chau balik.  Ikutkan aku masih banyak lagi nak beli tapi dek kerana fulus ciput je aku bawa dan tak kuasa nak carik kawanku... apa yg ada le itu pun main aku main  tarik je beg sebab berat. Ada 13 buku rasanya. Lepas tu si liza kirim belikan novel tu yang jadi berat sih nak bawa. Macam si ryn lagi best siap bawa beg tarik yg kecil jadi sonang je main tarik je beg ke steseyn LRT. Senang kan.




 


 Hari ahad aku pergi lagi tapi dah petang sebab ada beberapa buku JS aku tak beli lagi tapi dah bisik2 kat kaksu buku apa aku nak. Lepas tu buku karnadya dan fajar faker aku tak beli lagi. Hah buku rose harisa kat PTS tak pegi beli lagi tu jadi ari ahad dlm kelam-kabut dah petang lepas balik opis je aku pun pegi lagi ke pwtc dan adegan zup zap beli buku.  Novel kak aina amir mesti tak  ada pada setiap pesta buku. Selain daripada tu dgrnya novel kau laksana bulan karya kak aina dijadikan drama. Wah pelakon semuanya mantap sih. Ada zulhuzaimi, fizo,asyraf muslim. Pelakon perempuan Ayu Raudah. Jadi tunggu pada tarikh bila ek... em 19 April 2010 di TV2. eh kalau hari isnin citer lara ke dah nak habis. Kau laksana bulan ada 13 episod jadi kita tunggu je lah ye. Hari isnin 8.30 malam kut  jadi tunggu sajalah. Aku pun dah lupa samada ada baca atau tidak kau laksana bulan ni dan dah lupa macamana ceritanya. 


  


  Balik semula kat tmpt eijay dan balik saing sebelum singgah kat booth JS.  Masa balik hujan lebat terpaksa le tunggu. Emm sampai di rumah alamak aku tak sempat nak beli majalah la pulak....aduhaiiiiin Rasa, Saji, Laman Impian.... alahaiiiii ada offer tu....aiseymen. Pesta kali ni aku tak puas merayap le sebab tak ada masa nak pegi. Dah le tu sabtu ahad memang penuh je orang jadi macam tak enjoy nak pegi satu booth ke satu booth macam tahun lepas. Booth creative pun aku tak jengol....emmm tunggu tahun depan le nak kena pastikan dapat menjelajah semua booth sambil memenuhi kepuasan hati dalam membeli buku. hehehehe Kiranya itu satu terapi lah dalam melegakan ketensenan aku. Ada ke macam tu.... Hentam saje lah labuuuu