Tuesday, July 14, 2026

Pru ke 16 Dun Johor




Assalamualaikum,

Pada 11hb Julai 2026 yang lalu Negeri Johor mengundi ye untuk pilihan raya yang ke 16 bagi Dun Negeri Johor. Wah macam balik raya orang johor yang merantau balik ke Johor. Apa lagi asyik kena kutuk je Budak Johor Budak Johor hah kali ni dengan semangat berkobar-kobar kita orang balik ye ke Johor nak mengundi. Jangan buat main dengan Budak Johor. 

Ikut kan aku dah tukar alamat kat Ampang tapi bila nak mengundi asyik tak di proses lama-lama aku pun fed up. Hah tak pe lah sesekali dapat balik Segamat jumpa Kak sal sambil mengimbau kenangan lalu di Segamat. Tapi Segamat terutamanya di tempat bekas Hospital Lama dah banyak berubah. 

Aku balik Tangkak pada hari Jumaat tengahari gitu. Kereta serta lori banyak menghala ke Johor. Tapi rupanya jem malam Sabtu tu. Sebab Julie dan Hisham sangkut. Sampai Tangkak dalam pukul 3 pagi. Kak Jal bila anaknya tidak sampai lagi mestilah risau. Jadi pagi tu lepas solat Subuh tidur balik. Sekali rupanya pagi tu hujan yang agak lebat juga lah. 

Aku keluar rumah Kak Jal pun dah pukul 10 lebih sementara menunggu hujan teduh. Sekali sangkut depan Sekolah Tun Mamat sebab tempat pengundian. Jenuh menunggu kat situ dalam satu jam juga rasanya sambil hujan gerimis sebelum lancar menuju ke Segamat lepas lalu Paya Mas. Segamat highway dah best dan cantik tanpa toll. Dulu jalan jementah Segamat tu macam ular melingkor sekarang 2 line jalan tau. Tapi tu lah sebab hujan tak nampak Gunung Ledang. Berkabus je masa lalu Jalan Jementah. 

Dekat tenghari juga aku sampai sebab jalan licin jadi bawa slow je lah. Terus je menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gemereh. Nasib baik masa ni dah gerimis je. Terus je lapor diri. Chewah macam nak lapor diri bekerja gitu. Orang dah tak ramai sebab berdiri depan aku ada 2 orang. 
  

Saluran Ke 2

Dalam berapa minit selesai tanggungjawab aku sebagai pengundi. Alhamdulillah


     Semua status WA orang up status dah mengundi. Pakai inai di jari telunjuk. Seminggu tak habis warna dia. Lepas tu jenuh juga menunggu Kak Sal yang balik dari mengundi. BAndar Segamat jem. Nak pergi rumah Appu pun tak dapat sebab sana sini tengah jem. Kenderaan banyak. Tak pe lah lain kali datang lagi boleh jumpa enalan yang dah lama tak jumpa macam Appu dan Kak Sal. Dapat berita juga beberapa kenalan ex opishouse meninggal dunia. Al Fatihah buat Liza dan Kak Nor kat Batu Pahat.  



Alhamdulillah dapat jumpa Kak Sal. Kak sal sediakan lunch. Sambil makan sambil bersembang.


Hilang rindu dengan Kak Sal dan Liyana. Sedih bila mengenang Aruah Hanisah anak bungsu Kak Sal yang meninggal dunia tahun lepas. 


Aku balik dalam pukul 4 petang sebab takut jem kat Tangkak nanti.



Dekat simpang Traffik light masuk area Taman Gemereh, Masuk dalam tu lah aku pi Sek Menengah Gemereh tadi mengundi. 

 Sepanjang perjalanan menghala ke Tangkak 



Ni kat area bandar Jementah. Gerimis turun lagi.



Dah nak dekat Tangkak jalan dah jem dari Paya Mas lagi.

Nampak ada gerai jual durian.  Sempat lah makan durian Musang King Black torn Ioi yang hisham tolong belikan. Makan kat luar sebab ada orang tak suka baunya. hehehehe



Akhirnya warna BN warna biru menang PH hanya menang 8 kerusi je. Dun Bentayan tu kubu kuat DAP. Tak boleh kata apa dah. Memang susah MCA nak kacau situ.Yang kat Simpang Jeram tu pulak majoriti jumlah dia nipis je. 

Apa pun semuga Johor semakin maju di bawah pimpinan Menteri Besar Johor Dato Onn. 

Jangan buat main ye dengan Budak-budak Johor. 

 Seronok pulak tenguk video dalam FaceBook.       



1 comment:

  1. Tahniah orang Johor...kita tunggu N9 pula awal bulan depan kan?

    ReplyDelete