Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah diadakan pada 17 Julai 2026 bertempat di Canseleri UiTM sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), atas segala jasa, bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menggalas amanah.
Kredit to Fb azah rahman
Dalam banyak2 kawan sekolah Azah Rahman yang paling top sebab berjawatan tinggi di UiTM shah alam.
Ada seorang lagi Norlida Md Dom pelari handalan rumah coklat di sekolah dulu dan berpangkat juga jawatannya cuma kenal dan baik kat sekolah je manakala Azah Rahman ni kenal 5 tahun hidup bersama kat hostel.
Ketua pengawas sekolah dan bila menjadi pensyarah di UiTM semakin berkembang maju kerjayanya.
Aku, Azah dan Geeta hari jadi kami berderet iaitu 17,18 dan 19hb Julai. Oleh kerana kita orang pencen maksimum nampak le majlis masing2 dalam Fb.
Geeta pensyarah UiTM juga tapi kampus pahang. Ada seorang lagi yang jadi pensyarah UiTM tapi Azilah dia pencen awal.
Alhamdulillah ni ada lah beberapa kawan sekolah yang berjaya. Aku tumpang bangga dengan kejayaan mereka.
Teringat zaman sekolah dulu, bertungkus lumus belajar. Macam2 perangai budak hostel masa dulu. Kalau ingat sengeh sorang2. Memori semua tu.
Bab birthday berderet ni masa kat opis lama iaitu di Pik dari 15hb hingga 19hb tau. Iaitu Rosli Amro, Dr shahidah, aku, Azmaliza Amro dan Zaitun statistic. Jadi bila wish berderet le dalam group WA opis Pik dulu. Sekarang yang tinggal Dr Shahida Dan Azmaliza Amro. Rusli dah pindah keluar KKM manakala Zaitun kena pindah serawak. Lupa naik pangkat kut.
Eh dah melalut pulaknya
Hebat-hebat semua.. tahniah buat sahabatnya semua
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki masing2
DeleteSeronok tengok kejayaan semua.
ReplyDeleteKita tumpang bangga
Deletealhamdulillah tahniah notie n shbt2 yg berjaya bina kerjaya terbaik
ReplyDeleteTerima kasih pada Cikgu SMSAB muar yang mendidik kami menjadi seperti sekarang
DeleteTahniah semuanya..berjaya dan hebat².. selamat bersara juga
ReplyDeleteKawan yang ni humble. Walaupun berpangkat tidak sombong
DeleteTahniah buat rakan sekolah Notie! Bila kawan rapat atau kawan lama kita berjaya, rasa bangga tu macam adik-beradik sendiri yang dapat kejayaan. Bagusnya Notie sentiasa menyokong dan meraikan kejayaan kawan-kawan. Semoga kenangan dan ikatan ukhwah zaman sekolah terus terpelihara!
ReplyDeleteSebab 5 tahun hidup di asrama bersama jadi tumpang bangga
DeleteAlhamdulillah..kita tumpang gembira tengok kawan2 berjaya...wahh..Jusa A...terbaikk..
ReplyDeleteTu lah rezeki nak pencen
DeleteTumpang bangga tengok kejayaan kawan-kawan macam Prof. Ts. Dr. Norazah. Memang betul, ikatan kawan hostel ni lain macam nostalgia dia. Apapun, selamat bersara dan teruskan berkongsi cerita-cerita menarik kat blog
ReplyDeleteZaman nakal kat hostel tu lain tau
DeleteAlhamdulillah dan Tahniah buat sis dan sahabat2.
ReplyDeleteTerima kasih mulan
DeleteWah jauh betul dah gelaran kawan kak Notie ni. Kawan ammi masa Dip dulu ada 2 orang yang dah jadi Dr. PHD. Kawan sekolah rendah banyak jadi lecturer. Ammi kita jadi setiausaha legal sampai ke tua je lah
ReplyDeleteTu lah kerja keras dia Selama ini.
DeleteAlhamdulillah..Seronok tgk kwn2 yg brjaya ni...Tumpang gembira & brbangga =D
ReplyDeleteTumpang bangga dengan kejayaan kawan sekolah
DeleteRezeki masing-masing ye, kak. Sebagai kawan, tumpang bangga. Alhamdulillah.
ReplyDeleteTul tu rezeki masing2
DeleteTumpang bangga bila ada kawan² yang lebih berjaya.
ReplyDeleteBetul tu
DeleteTumpang seronok tengok kawan berjaya. Lagi pulak kenal sejak sama-sama duduk asrama, rasa bangga sangat.
ReplyDeleteBayangkan 5 tahun kat asrama. Kawan gelak kawan gaduh semua dalam kenangan
Deletewah level Jusa, bukan biasa2 ni.hebat orangnya
ReplyDeleteTu lah salute. Tapi dgn kita orang humble.
DeleteWaah kalau dah 5 tahun dekat dan tinggal di hostel sama, memang sangat rapat pastinya. Ikut bangga jika ada teman2 yg berjaya dalam hal pekerjaan seperti ini ❤️☺️.
ReplyDeleteDah macam famili gitu sebab tu bila jumpa geng asrama havoc dia lain macam
Delete