Monday, January 17, 2011

Apa itu Jambu Gelas

Pernah dengar jambu gelas? Atau jambu ball? Kedua pokok jambu ni seakan-akan sama pokok dan daunnya. Yang membezakannya ialah jambu gelas tu warna puteh dan panjang sikit manakala jambu ball tu dia bulat dan warna merah jalur-jalur.Tapi sebenarnya buah ni jarang terdapat dan rasanya aku tak pernah nampak orang menjualnya. Tapi tak tahulah kalau kat kampung-kampung lain ada terdapat.

Tadaaaaa nilah jambu gelas

Masa aku balik hujung tahun lepas kerana cuti dan mak buat kenduri tahlil, ada 3 pokok buah jambu gelas yang berbuah lebat. Dan kali ini yang bestnya dia masak dan besar. Selalunya belum masak betul dan kadang masih kecil dan kehijauan lagi dah jatuh. Tapi kali ni entah macamana boleh jadi besar macam tu. Buah ni kalau betul-betul masak sedap je kalau di makan begitu saja. Atau pun buat jeruk. Potong nipis-nipis dan masuk dalam bekas dan bubuh gula. Sedap wa cakap luuuuu. Tapi aku takde le gemar sangat cuma teruja je bila dapat buah tu masak dan besar macam tu. Akak aku Nora huh bukan main suka lagi, sampai satu kantung buah tu di bawa balik ke rawang. Kiranya masa buat kenduri tahlil tu memang rezeki buat anak-anak dan cucu-cucu wak saifah le. hehehe Malahan sepetang tu sambil memasak lauk-pauk untuk tahlil sempat lagi pergi memetik buah yang dah masak.

Hah tenguk le tu akak aku bukan main syok je mengungis jambu gelas tu.

Oleh kerana kali ni besar-besar buahnya jadi masa nak memetik tu kena lah hati-hati sebab pokoknya tinggi. Silap gaya petik huh berdebuk dia jatuh dan pecah. Apa lagi le kalau musim hujan huh berdebuk2 jatuh atas tanah.  Kalau elok lagi kadang kutiple juga buat jeruk.


                          Hah yang ni nasib baik le rendah sikit main pakai tarik dengan tangan je dahannya.

Jambu ball ada juga berbuah tapi tak elok sangat. Sejak akhir-akhir ni buahnya tak elok sangat. Kecil-kecil lagi dah busuk. Tapi kalau dia menjadi sangat sedap tau makan buahnya. Lagi kalau tak busuk. Buahnya kecil sikit daripada jambu gelas. Apa pun buah jambu tersebut memang sedap. Malahan tupai pun suka.... huawaaaa sampai hati cik tupai ko ngungis dia ye......huhuhu

Sunday, January 16, 2011

Penyanyi Irwansyah kahwin dengan pelakon sinetron



JAKARTA - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Pencinta Wanita, Irwansyah, 25, berkahwin dengan artis Zaskia Sungkar, 21, kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.


Menurut akhbar Jawa Pos, Irwansyah melafazkan akad nikah di Masjid Al-Bina, Senayan Jakarta.

Penyanyi itu berkata, dia berasa gementar sebelum majlis akad nikah.

"Takut salah ucap," katanya.

Namun, selepas selesai majlis itu, akhbar KOMPAS.com melaporkan isterinya, Zaskia berkata, mereka akan berusaha untuk mendapatkan anak secepat mungkin.

Menurut Zaskia, dia tidak mahu menggunakan alasan sibuk berlakon sinetron untuk menangguhkan usaha bagi mendapatkan cahaya mata. - Agensi

Petikan daripada kosmo online.
 
Komen aku: Wah tahniah lah pada penyanyi Irwansyah yang sudah bernikah dengan pelakon sinetron, Zaskia Sungkar. Cuba jenguk di sini.  Kalau jenguk di  sini barulah tau sinetron apa si Zaskia tu berlakon. Huh tak penah dengar tajuk sinetron tersebut kut belum di tayangkan di malaysia kut. Kalau bawang putih bawang merah tu bukan sinetron femes di malaysia dulu. Tajuk sama tapi pelakonnya lain. Kalau marshanda ya aku suka. Dengarnya selepas Alisa habis sinetron baru dimana Marshanda dan Baim wong berlakon. Kata Nacha ceritanya sedih. Wah Kak jal dah ada sinetron terbaru nampaknya. hehehehe Nanti balik kampung nak suruh Kak Jal ulas cerita Alisa lah sebab manalah aku dapat tenguk sebab time kerja. Akak aku sejak dah pencen ni layan sinetron Indonesia je. Lepas tu regu baik punya ialah Kak ijah bagi update sikit cerita. hahahaha 
 
Dulu Irwansyah femes selain dari berlakon ialah menyanyi dan femes dengan  lagu pencinta wanita. Malahan anak saudara aku si Ajid tu cukup suka lagu tu. Teringat lagi masa rombongan cik kiah ke Kulim dulu naik bas, dia boleh duduk kat tangga depan, tempat duduk pemandu kedua sambil mengadap jalan sambil menyanyi lagu pencinta wanita tu berulang-kali tanpa jemu. Padahal masa tu umurnya baru 4 tahun. Hish hish Ajid dah ada gaya nak jadi playboy ke anak buah aku ni.
 
 
Amacam comel tak ajid?
 
Ok berbalik pada tajuk diatas  semuga berbahagia lah ye Irwansyah. Aku suka tenguk dia berlakon nampak cam baik sesangat. Lembut je pertuturannya.
 
Pelakon wanita yang aku suka sudah tentu Marshanda . Kalau pelakon lelaki em sapa ye yang aku suka? Dude Harlino. Ternampak gambar dia pada screen saver pc June. Sejak tu aku suka tenguk Dude Harlino yang femes dengan sinetron Cahaya, malahan dengar citer dah kahwin dengan pelakon perempuannya emm nama aku lupa le tapi aku tau anak pelakon popular Lydia Kandau. Buat masa ni yang sedang femes Baim Wong yang menjadi kesukaan Nacha dan Ila. Baru-baru ni ada Baim datang promosi sinetron baru di Astro yang di buat kat Mutiara Damansara. emm betul ke? erkkk tak pasti tapi rasanya ya lah kut sebab area sanun tu hah. Alahaiiiiii sinetron oooo sinetron.

Dapat ulasan di DTS

Fuyooo meletops sih dapat ulasan sehari di blog Mat Gebu yang femes tahap gaban dalam bab masak memasak ni. Jenguk kat  sini. Kalah tu orang pompuan. hehehehe Bangga aku anak Johor melakar sejarah melalui blog masak memasaknya. Walau hanya tinggal di Sedenak tapi dek kerana teknologi yang canggih manggih sekarang semuanya hanya di hujung jari je. Apa pun tahniah lah ye Mat Gebu. Semuga sentiasa dalam kerahmatan dan keberkatan hidup dan semuga satu masa nanti blog DTS menjadi fofular.

Manalah tahu kan 10 tahun akan datang bila orang tanya je sapa Mat Gebu...."fuyoooo orang top ten dalam senarai bloggers memasak tu. Takkan le tak kenal". Bila tanya orang tu kenal tak Mat gebu...jawapnya "eh mestilah kenal sapa tak kenal Mat gebu, huh orang tu memang le tak biasa tenet mentenet ni." Wah caya lah Mat gebu wa tabik spring berspring-berspring lagi malahan toing toing banyak kali. Eh mane lah tahu kan. Kut masin mulut aku emmm takleh nanti darah tinggi naik, tukar ayat lain ,kut manis mulut aku nanti opss nanti kencing manis plak... ayo yo apa mau cakap deyyyy. Insyallah andainya ada rezeki encik Mat Gebu semuga Allah permudahkan dalam apa jua yang dilakukan dan dipermurahkan rezeki dan di berkati hendakNYA. AMIN. Hah apa lagi aminkan le doa aku ni. Kalau 5000 mendoakan MG makbul tau sebab dah lebeh dari 40 orang ni. Apa pun chaiyok chaiyok encik Mat Gebu. Hidup orang Johor. Yehhhhh hehehe sempat lagi tu promote orang Johor mentang-mentang le orang kampung. Walaupun dia dok Sedenak aku pulak orang Muor janji orang Johor weiiiiii. Bangga sih yang penting hepey.

Friday, January 7, 2011

Bengang n Tension tahap gaban

 Aduhaiiiii aku memang tengah bengang dan tension tahap gaban. Huwaaaaaa banyak sangat ketidakadilan di dalam pejabat yang aku rasa dah tak tahan sangat. Sedih pun ada bila dikatakan prestasi merosot. Ni semua gara-gara SKT yang dah jadi caca-marba jadinya. emmmm entah lah ye camni le nasib orang bawahan. Suka di sanjung-sanjung tak suka sepak macam bola. Mentang-mentang le kita orang tak pandai mengipas n membodek. Huwaaaaaaaaaaa aku rasa nak menjerit lahhhhhhhhh. Tensennnnn tul.

Kalau dikata prestasi merosot hanya berdasarkan pada pencapaian yang tidak mencapai 50% memang le aku tak boleh nak kata apa dah, dah memang terpaksa menunggu pihak negeri menghantarnya. Masalahnya hal berkaitan penghantaran ni memang sejak azali masuk di Bahagian tu dulu setiap kali meeting memang isu itu takan habis selagi kerjanya mengumpul data. Tapi yang aku tak puas hati tu... orang lain boleh bagi percentage mencanak-canak tapi annual report tahun 2007 tak keluar lagi tu apa citer. Orang yang incharge benda tu boleh selamba dek je hanya kerana dia orang kesayangan. Habis tu kami  yang bertungkus-lumus terpaku di kerusi buat kerja macam nak mampus semuanya di bagi prestasi teruk. Habis tu ada sorang tu asyik menghilang je masuk kerja pun macam chipsmore sekejap ada sekejap takde boleh pulak di calunkan cemerlang. Huh memang hampeh gila **** betul lah opis aku ni.   Bagi penilaian pun dah tak ikut kreteria organisasi semuanya main hentam keromo je janji dapat bagi markah bagi orang tertentu. Apa niiiiiiii orang yg buat ni semuanya kerja profesional bukannya orang kuli cabuk tapi kerja hampeh, takde profesional semuanya main ikut rasa masing-masing je. Golongan profesional apa ni!!! Hampeh semuanya. Ya allah aku tak pernah rasa tensen macam ni. Memang dah tahap kronik sungguh ni.

Dah le bengkek dgn boss Medical care aku yang kerjanya hanya nak cari salah orang je. Nak ikutkan patutnya besar pangkat lebeh besar le kerjanya kan tapi apa kes kalau kerja hanya membuat minit, uruskan meeting, hamput staff hantar submission setiap bulan, memantau je kerjanya, napa tak capai, napa sikit percentagenya. Aku yang tunggang terbalik nak buat submision lagi, nak validate data lagi lepas tu nak merging data lagi bukannya sikit ada 15 report setiap bulan bagi setiap state yang ada 15 semuanya termasuk institusi. Huwaaaaaa macam nak mampus le buat submision update penerimaan, Tak habis lagi nak validate data dah nak merging lagi. Huh dah le assistant aku di tarik keduanya. Hanya nak membantu orang kesayangan yang hanya kerjanya menerima permintaan maklumat. Sampai 2 orang lagi tu. Yang buat kerja kedua assitant, yang chiefnya gelak sana gelak sanun goyang kaki. Manjang je ngadu banyak kerja le sibuk le. hempeh tul.

Ya Allah  ya tuhan ku. Kau berilah aku kekuatan dan ketabahan agar aku tetap sabar dalam menangani cubaan ini. Semuga kebenaran mengatasi kebatilan dan ketidakadilan di dalam pejabat ku ini. Hanya Kau yang maha mengetahui apa jua yang berlaku baik tersurat atau yang tersirat. Semuga kebenaran mengatasi segalanya. Kau berilah keinsafan pada mereka-mereka itu supaya aku tidak bertambah lagi dosa hanya kerana bercakap dan mengata mereka-mereka itu hanya kerana ketidakpuasan hatiku ini. Ya Allah Ya Tuhanku Kau yang lebeh mengetahui segalaNYA. Amin

Monday, January 3, 2011

Selamat tahun 2011

Aittt dah 3haribulan 2011 ye. huh sekejap je masa berlalu dah masuk tahun 2011. Selamat datang tahun 2011. Dan selamat jalan 2010. Tahun yang begitu banyak peristiwa dan macam-macam yang telah aku alami. Penghujung 2010 aku telah di landa demam yang teruk sampai melepek seminggu beb. Huh memang terseksa sungguh bila kena demam yang teruk. Bahana pergi malam mesra malam jumaat di IPK, Bangsar tu hari ahadnya aku di landa demam. Petang ahad pergi klinik dapat lah mc 1hari iaitu 20hb tu. Hari selasa masih tak kebah lagi aku ambik off hari awal muharam yang aku kena kerja sampai mabuk-mabuk buat data entry di Hotel Puri, Melaka. Hari rabu masih melepek lagi sampai dah tak larat asyik le tidur je. huhuhu sampai hari jumaat aku masih tak bangun lagi. Kali ni ambil el je. Petang jumaat kak ambah bagi air penawar yang di suruh kak nafisah buatkan. Kata kak nafisah aku melanggar sesuatu yang tak nampak di pandangan mata huwaaaaa apa tu, semasa keluar mlm jumaat di bangsar tu. Laaaaaa sudah. Kak ambah marah aku, dah le keluar rumah malam-malam lepas tu tak baca apa-apa main jalan je hah kan dah terlanggar benda yang tak nampak. huhuhu tak sangka weiiiii

Sabtu dan ahad masih tak bangun lagi. Pagi Isnin pergilah kerja sebab dah seminggu dok melepek tapi badan rasa seram sejuk. Bila pergi check kat klinik panel ,Doktor tu kata aku dah tak demam lagi. Tapi Doktor tu risau juga sebab muka aku masih pucat dan aku rasa masih demam walaupun suhu dah ok. Kena rujuk kat hospital Putrajaya buat testing darah manalah tahu kut kena demam denggi ke. Aku takut juga tapi takde pulak bintik2 keluar kat badan walaupun dah seminggu demam. Bila Doktor check semua ok. Darah pun ok juga cuma dia kata mungkin aku baru nak baik jadi dia bagi pil multivitamin dan vitamin c. Dalam hati aku dah cuak ni tak boleh jadi ni. Sementara menunggu result darah keluar aku pun call kak ambah. Ikutkan kak ambah dah cuti seminggu habiskan cuti tahunan dan nak balik kampung. Kebetulan juga malam Jumaat 30hb tu mak nak buat kenduri tahlil. Kak ambah risau juga nak tinggalkan aku melepek demam jadi bila Doktor kata ok je aku pun terus tak sedap hati nak balik kampung pulak berubat. Lepas aku call kak ambah call pulak kak jal bagitau masalah aku. Kak jal kata ok datang rumah dia. Jadi lepas je ambil pil vitamin aku suruh julie hantar ke pejabat dahulu sebab nak mohon cuti. Nasib baik cuti aku banyak lagi lepas maklumkan pada Nurul aku terus apply cuti nak balik kampung berubat.

 Sampai tangkak, kak jal punyalah risau tenguk muka aku yang pucat. Malam tu juga terus berubat. huhuhu memang ada benda lain yang menyebabkan aku sakit. Lepas berubat tu baru lah kata kak jal ada perubahan sikit pada diri aku. Akak yang mengubat aku suruh aku amalkan baca selawat, Fatihah, 3 kul dan ayat kursi buat pendinding diri. huhuhu semua tu aku baca tapi takde lah pulak jadi amalan. Lepas ni kena amalkan selalu le. huhuhuhu tak sangka sungguh aku akan alami benda ni semua. Seminggu bercuti ni baru lah ada selera nak makan. Rasanya kurus juga le entah berapa kilo turun. Aduhaiiii domam oooo domam. Jangan dibuat main tau jika demam berpanjangan. Hendaklah berubat cepat-cepat wei.