Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Tuesday, March 4, 2014
Jangan kerja lebeh 8 jam
Assalamualaikum,
Sekiranya anda pada masa ini sering bekerja lebih lapan jam sehari, sila baca kajian ini!
Sesiapa yang bekerja dalam tempoh masa yang lama mempunyai risiko sebanyak 80% untuk mendapat masalah kardiovaskular. Pekerja sebegini mudah diserang tekanan perasaan, darah tinggi dan amalan diet yang tidak tersusun.
Share info ini dengan Boss kesayangan anda sekiranya dia juga mahu hidup lebih lama dan kekal sihat sepanjang hayat. Sumber : AhmadHumaizi.com
Oooo patutlah ramai yang kena serangan jantung sebab sentiasa balik lambat dan kerja lebeh masa terutamanya golongan professional macam big bos dan golongan korporat. Carta data kesihatan memang mencanak-canak naik dari tahun ke tahun dengan kematian disebabkan serangan jantung. Kiranya top 10 tu bagi Mortality malaysia. Jadi kiranya anda semua memang selalu kerja lebeh masa kena semak balik aturan kerja supaya ada masa untuk berehat bersama keluarga dan menikmati kehidupan dengan sihat sejahtera hendaknya.
Monday, March 3, 2014
Sumber makanan untuk rambut sihat dan menawan
Ala-ala gaya rambut cantik menawan
Assalamualaikum,
Kalau nak rambut cantik dan menawan cubalah. Kalau ikut cara aruah mak aku dulu, dia selalu masak santan kelapa sehingga menjadi minyak. Minyak tu di kumpul dalam botol dan di sapu kat kepala sesekali. Manakala tahi minyak tu kalau buat kuih koleh kacang letak tahi minyak atasnya. Lagi banyak lagi sodap. Selain dari tu ialah sapu santan kelapa kat rambut. Lepas tu bilas. Rambut akan menjadi semakin lebat. Itu petua orang dolu-dolu le yang aku ingat. Apa pun untuk meningkatkan akar rambut cuba lah petua di bawah.
Sumber Makanan Untuk Rambut Sihat ♥♥♥
Selain dapat memperbaiki penampilan, rambut yang sihat menjadi dambaan setiap wanita tak terkecuali lelaki. Berikut adalah beberapa tip makanan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan rambut anda :
1. Telur
Selain men jadi jenis makanan yang paling popular, telur men jadi sahabat rambut anda. Ini kerana telur kaya dengan protein dan vitamin B12 yang dapat memperkayakan rambut anda untuk kekal sihat dan bermaya.
2. Gandum
Bukan sekadar makanan terbaik ketika bersarapan, gandum juga menyumbang kepada tenaga positif seperti protein yang sangat baik untuk kekuatan rambut.
3. Beras Merah
Beras merah membuat anda kenyang lebih lama. Tetapi tahukah anda sebenarnya beras merah juga boleh menjadi sebagai alternatif untuk membuat rambut lebih berkilau dan bersinar cerah.
4. Ikan Salmon
Ikan yang menjadi primadona ini juga menjadi sajian makanan yang dapat membuat rambut semakin sihat. Kandungan omega 3 yang melimpah, ditambah lagi dengan kandungan protein dan vitamin B12 menjadikan kulit kepala kekal sihat.
5. Sayuran Hijau
Anda boleh mencuba meng ambil jenis sayuran hijau kerana terdapat zat besi dan serat yang amat diperlukan untuk pertumbuhan rambut.
6. Vitamin C
Bukan hanya dikenali sebagai sahabat sejati kulit yang cantik, vitamin C juga berpengaruh besar terhadap kesihatan rambut. Vitamin C boleh didapati di dalam buah oren, nanas, strawberi, lemon, paprika, kubis brussel dan jambu batu. Selain sebagai penyumbang vitamin C, ia juga membantu menjaga folikel rambut, pembuluh darah dan kulit kepala agar kekal sihat.
Susu baik untuk Kesihatan Otak
Susu terkenal sebagai minuman yang menyihatkan serta baik untuk pertumbuhan tulang dan badan. Satu penyelidikan yang dilakukan di Universiti Maine, Amerika Syarikat, mendapati bahawa orang dewasa yang minum susu setiap hari dapat memelihara kesihatan otak.
Penyelidikan ini dilakukan melalui ujian terhadap 900 responden yang berumur di antara 28 hingga 98 tahun. Antara uji kaji penyelidikan tersebut adalah seperti ujian visual dan ujian verbal. Hasilnya mendapati bahawa mereka yang mengambil susu secara rutin, menunjukkan peningkatan gerak kerja otak dan mental.
Selain meningkatkan gerak kerja otak, hasil kajian itu juga menyebutkan tentang beberapa manfaat lain hasil daripada amalan minum susu bagi orang dewasa iaitu :
• Orang yang amalkan minum susu secara rutin keseluruhannya cenderung memiliki pola makan yang sihat.
• Nutrisi di dalam susu didapati juga mencegah penurunan kadar mental seseorang.
• Melambatkan atau mencegah disfungsi neuropsikologi.
• Menjaga kesihatan tulang kerana memiliki kandungan vitamin D yang melimpah selain menguatkan tulang hasil bantuan kalsium yang terdapat di dalamnya.
Jadi, untuk mendapatkan manfaat yang melimpah dari minuman ini, pilihlah susu dengan kadar lemak yang rendah dan amalkan sebanyak dua kali sehari.
Sunday, February 16, 2014
Petua mengurangkan penyakit DarahTinggi
Assalamualaikum,
Aduhaiii sejak semenjak ni memang stress je kerja. Nak siapkan report lagi. Nak tenguk data tally ke tidak. huhuhuhu memang terasa tension sangat. Member-member dah ramai yang join the club darah tinggi. Orang kalau boleh sedaya upaya tak nak terjebak sebab nanti terikat dengan makan pill darah tinggi seumur hidup. huhuhu seboleh-boleh kawal je perasaan tension ni dari sampai meletup. Kalau di fikirkan kerja banyak memang setiap awal tahun memang kerja banyak, nak siapkan report tahunan tapi masih boleh tahan lagi. Yang tak tahan tu asyik kena presure dari pegawai atasan je setiap hari tu yang tak tahan. Depa ingat kita ni robot ke nak je data terus siap. Kita ni manusia lah ada hati dan perasaan. Lambat je kena marah. Aduhaiiiii cubalah untuk memahami kerja staf bawahan ua tuan besar. Jangan ko fikir ko ada kuasa suka-suka hati je nak tekan orang bawahan. Ingat Kuasa ko besar sangat sehingga mengatasi kuasa Allah. Hah kan dah mula lah aku nak membebel ni.... aduhaiii
Oklah nak share untuk diri sendiri dan juga kengkawan semua. Apa pun sedang cuba mengawal perasaan dari pada meletup. huwaaaaaaa
Petua Untuk Mengurangkan Penyakit Darah Tinggi
Pilihan 1: Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan 1 sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum sehari sekali.
Pilihan 2: Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. Tapis dan minum setiap hari.
Pilihan 3: Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum 2 kali sehari. Amalkan selalu.
Pilihan 4: Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.
Pilihan 5: Minum air rebusan pokok ‘Hempedu Bumi Pokok Cerita’. Amalkan selalu.
Pilihan 6: Amalkan untuk meminum air rebusan daun Pokok ‘Ati-Ati’.
Pilihan 7: Makan biji buah Peria.
Pilihan 8: Amalkan untuk memakan pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
Pilihan 9: Minum air rebusan pokok 'Dukung Anak'.
Pilihan 10: Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
Pilihan 11: Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan 2 gelas air. Biarkan hingga tinggal 1/2 gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
Pilihan 12: Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, anda juga boleh merebusnya.
Pilihan 13: Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Pilihan 14: Ambil segenggam daun kucai dan basuh bersih. Seterusnya, masukkan ke dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin ramuan ini sehingga lumat atau hancur (jangan campur dengan air) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau cawan. Selepas itu, anda embunkan sehingga pagi. Amalkan selama 3 hari.
Pss. ni aku ambil dari Info sihat wanita.
Tuesday, February 11, 2014
Aktiviti bersama keluarga
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, cuti raya cina baru-baru ni kita orang dapat berkumpul beramai-ramai. Kali ni kitaorang cuba nak menyemarakkan lagi ukhwah silaturahim 3 generasi keluarga berkumpul. Ianya berjaya dan insha Allah akan dijadikan acara tahunan pula. Tu pun dah ada yang berangan nak buat kat tepi pantai. Lepas seronok sukaneka mandi laut dan malam buat BBQ pula. Berangan je dulu kemudian baru plan. Biasakle keluarga ramai ni kena plan dulu ikut kesesuaian family lain barulah boleh gather2gather beramai-ramai. Kalau tak nanti ada je yang tercicir.
Ok ikut perancangan selepas solat jumaat, buat tahlil kecil-kecilan. Selepas tahlil, makan beramai-ramai dimana masakan yang dimasak secara potluck. Selepas tu acara sukaneka yang dijalankan setelah solat Asar. Tang sukaneka semuanya seronok. Malahan orang kat depan gerai makan depan sampai tertoleh-toleh melihat kami bersukaneka.
Tahlil adik beradik je
Ketam black peper import dari JB
Rendang ayam import dari Rawang
Mak dan anak pun dah sama je tingginya.
Semua pun tekun makan..sambil tenguk tv. Macam-macam gaya ada. Menikmati hidangan yang simple tapi sebab makan beramai-ramai ianya jadi sedap.
Lepas tu persiapan untuk sukaneka pula. Game yang pertama ialah cari gula-gula dalam tepung. Wah semangat sungguh yang kecil-kecil nak main sukaneka. Game takdelah orang kata serius sangat macam dalam sukan sebab saje suka-suka. Jadi nak menang punya pasal ada juga yang menolong. Tapi gelihati juga melihat mereka berlawan. Semangat sungguh nak menang.
Hah tiup lagi Fahmi, kasi keluar semua gula-gula. Sampai tertongeng-tonggeng para peserta.
Penuh muka bersememeh dengan tepung.
Yang menang seronok dapat hadiah. Ni cucu saudara dari Parit Sulong Batu Pahat.
Selepas acara budak lelaki, budak perempuan pula. kali ni isi air dalam botol mengunakan span.
Kesian Ain, anak ke2 adik aku yang Bungsu. Sampaikan ayahnya tolong penuhkan. Hahahaha mane aci orang Parit Sulong laju je menang. Yang baju merah tu tukang kacau. Tu yang kita orang gelak je.
Yang si cilik pula game mencari selipar. Yang penuh ni sebab anak and bapa dok tolong. Yang lain dok kerumun.
Acara orang lelaki pula ialah berjalan pakai tempurung kelapa. Yang kelakor tu sampai ada pecah tempurung kelapanya. Aduhaiii ganas sungguh kaum bapa ya.
Ni lagi best, sessi tayang-tayang hadiah gasi gempak lagi para peserta.
Oleh kerana satu tempurung dah pecah kaum ibu hanya 4 peserta sahaja yang mengambil bahagian.
Acara makan buah lagi kelakor. Kaum bapa dan ibu mengambil bahagian. Macam-macam gaya ada. Ada yang tangan2 tak berkenaan tolong pegangkan lah. Hah ni pakai lengan lagi. Yang abang aku pulak nasib baik gigi palsu dia tak tertanggal kat buah Lai ni kalau tak memang 5 tahun edisi lawak tak akan hilang dek kena gelakkan anak buahnya yang ramai tu.
Ni pula acara makan nugget lepas tu kena habiskan air kotak. Kesian Humaira anak adik yang no 3. Mula-mula masa makan nugget dia yang awal sampai ke tempat air kotak, tapi sebab kena habiskan air kotak sampai berdarah giginya dok nak paksa habiskan nugget. Acara ni menjadi gempak sebab dapat duit kalau menang. Jadi oleh kerana Humairah sampai cedera jadi dapat hadiah kecederaan walaupun kalah. Hadiah kesian oleh makcik2nya.
Hadiah yang menjadi rebutan
hahahaha memang kelakor melihat cucu saudara aku terkepit2 bawa belon.
Tapi yang tak tahan ni hah anak buah aku yang sulong dah macam kembar 6 je gayanya.
Ni acara passing belon berisi air. Masa dekat oklah bila dah jauh hah semuanya lencun bila belon pecah di tangan.
Setelah selesai terselit acara potong kek sebab 1 Feb harijadi akak aku norliah. Sekali bila di tanya siapa birthday bulan 1 dan 2 wah ramai pulak. Mak, anak dan cucu.
Acara bergambar beramai-ramai. Ni belum semua ada 3 family tak dapat join sebab balik kedah dan kena kerja.
11 adik beradik berkumpul bersama-sama.
Masa ni Abang aku je yang tercicir entah kemana dia menghilang selepas acara makan buah lai tadi. Yang anak buahnya nakal kata Pak nasir pi repair gigi palsunya. Aduhaiiii nasib dia tak dengar usikan anak buahnya yang ramai dan nakal ni. Acara banyak menang orang Parit Sulong Batu Pahat iaitu kaum keluarga Akak aku yang sulong. Yang lain ramai dok kat bandor dah tanam azam tahun depan kena usaha lebeh lagi supaya dapat kalahkan orang kampung. Orang bandor tak biasa kerja lasak jadi tu yang lambat dan kalahlah.
Alahaiiiiii budak-budak ni ada lebehan tepung diorang pergi simbah-simbah pulaknya. Nakal sungguh budak-budak ni.
Acara berakhir pukul 6 lebeh. Masing-masing gembira dan puas hati sebab walaupun kalah tetap dapat hadiah walaupun hanya air kotak dan gula-gula. Seronok sebab dapat mengeratkan lagi talian persaudaraan. Maklumlah masing-masing bukannya duduk dekat ada yang kat JB, Batu Pahat, Rawang, Putrajaya, KL, Melaka, Tangkak jadi perhimpunan keluarga ini yang pertama kali dibuat memang sangat mengembirakan hati semua. Malahan dah ada cadangan nak buat acara tahunan pula. Kali ni kena buat AJK hadiah serta AJK permainan pula. Apa pun syukur alhamdulillah kami adik beradik dapat berkumpul beramai-ramai macam ni. Kenapa semasa Aruah mak masih ada lagi kami tak buat macam ni kan? Al Fatihah buat kedua orang tua kami.
Labels:
Keluarga
Wednesday, January 29, 2014
Restoren Baim Wong di Jakarta
Assalamualaikum,
Tahun lepas aku n gang telah jenjalan pi Bandong dan Jakarta. Kali ni kami naik KLM. Dan setelah beberapa hari di Bandong, kami pergi ke Jakarta pula dan tidur 2 malam di teratak Bunga. Bunga ni orang Indonesia, berjumpa di blog dan akhirnya menjadi kawan. Sebelum balik sempatlah kami menjengah ke Restoren Baim di Jalan Kemang. Sebelum datang jakarta, sempatlah juga bermessage dengan Liza Aimluvs. Pengerusi Fan Baim di malaysia. kami nak tahu samada masa kami kat jakarta Baim sibuk ke atau free. Kata liza nanti dia akan bagitau. Nasib baik dia bagi alamat Restoren dan cafe Baim. Rupanya ada 2. Satu namanya Publo dan satu lagi Petromak. Oleh kerana tiada jawapan dari Liza kita orang dengan di temani Bunga berpandukan alamat yang aku dapat terus je terjah Jalan kemang. Mula-mula kami jumpa Publo. Publo ni kiranya cafe Baim yang pertama. Tapi masa kami pergi tu cafenya belum dibuka. Petang agaknya. Masa kami sampai tu kiranya dah tengahari gitu. Lepas tu tanya pengurus di Publo tu restoren yang lagi satu. Rupanya ianya tak jauh.Sebab bila kedepan sikit jumpa lah Petromak. Pelik je nama dia kan? Yang Petromak ni baru nampak macam restoren dan bila masuk walaupun macam tak ada orang ataupun kami yang tercepat ataupun mungkin Restoren tu baru mula operasi, kami dah terjah. Tapi pengurus kat situ baik. layan kami yang macam orang teruja bila kata Restoren Baim, lepas tu frust bila kata tak tau baim free ke tidak. hahahaha sadis sungguh. Ya lah jauh-jauh jalan ni datang dari malaysia bila jumpa restorennya tapi ngak ada tuannya rasa frust juga dong. Tapi kita orang duduk lah juga sambil order makan tengahari. makan piza beb. Sambil menunggu order sampai, apa lagi semuanya posing. Deko dia cantik, style lama gitu.
Yang bertudung biru tu lah Bunga Erna.
Latar belakang yang stylo ala-ala zaman dolu-dolu.
Sambil duduk melihat pemandangan Restoren tersebut, ambil gambar dan posing macam-macam gaya, tiba-tiba pengurusnya datang dekat kami bawa berita gembira. Rupanya dia dah call Baim Wong dan tanya Baim samada dia free atau tidak sebab ada peminat dari Malaysia datang. Dan kata Baim boleh saja bawa kita orang jumpa dia. Bila pengurus Petromak kata begitu huh apa lagi semua seronok apa lagi Eila dan Bunga begitu ingin berjumpa dengan Baim. Aku dan nacha dah jumpa dulu semasa Baim Wong datang berlakon drama terbitan penerbit malaysia. Kami dibawa berjalan panas terik menyelusuri jalan kemang ke tempat berhampiran. Nampaklah Baim sedang menjadi mandur pekerjanya membersihkan longkang. Kawasan tu macam tempat parking dan agak luas juga kalau nak buat satu tempat lagi restoren dia.
Lucu sekali Baim dengan eksperesi muka begitu. Siap jelir lidah tu. Eila lagilah seronok. Tapi kita orang tak lama kat situ, dapat bergambar beramai-ramai lepas tu seorang demi seorang posing bersama. Lepas tu Baim kata sibuk tak dapatlah nak menyembang lama sikit. Apa lagi di panas rembang yang begitu terik juga.
Maniskan senyumannya.
Dapat ambil 2 kali dengan Baim sampaikan Nacha jeles. Masa sampai tempat tu sekali dan bila dah nak balik ambil lagi sekali. Gambar-gambarnya ada lebeh lagi tapi aku frust sangat masa pi jakarta ni sebab setting gambar rosak. Bila dah upload dalam pc bila nak letak kat FB dia jadi tak betul. Dengan tarikh yang dah berpusing kelain. Gambar pun jadi tunggang-langgang.. huhuhu sedih sungguh. Nak hantar repair huh jauh sungguh tempatnya nun kat Subang tu. Alahaiiii sayang sungguh bila tenguk camera Canon 130 dah menggong. Lepas selesai jumpa Baim, kami pun balik semula ke Restoren untuk makan. Sampai je hidangan pun sudah siap. Apa lagi walap lah. Lapar dek berjalan , panas lagi, gigih sungguh semuanya pasal Baim Wong. Dapat nikmati air sejuk dan makan piza panas-panas memang sedap sekali.emmm enak piza dia. Apa pun misi berjumpa Baim Wong di Jakarta tertunai sudah. Yehaaaa.
Ok siapa nak alamat Restoren Baim Wong angkat tangan dia? Nah orang dah tepek alamatnya kat bawah nun. Sesiapa yang singgah Jakarta carilah, mana tahu tiba-tiba Baim Wong muncul di Restorennya baru asyik makan di Restorennya. Kalau dapat jumpa Marshandah pun bestkan. Masa fanclub Baim iaitu Aimluvs datang Jakarta celebrate birthday dia, Marshandah ada juga, siap bawa pergi panti asuhan kepunyaan Baim.Baguslah Baim Wong ni, tak kedekut berbagi rezeki yang Allah limpahkan untuk dinikmati bersama-sama dengan anak-anak yatim di panti asuhan tu. Semuga rezeki Baim dalam lakonan bertambah-tambah murah.
1.Publo, Jalan Kemang Raya 1, No 1, Jakarta Selatan.
2. Petromak, Lantai Dasar, La Codefin Mall, Kemang, Jakarta Selatan.
Labels:
Baim Wong
Subscribe to:
Posts (Atom)







