Assalamualaikum,
Alhamdulillah pagi tadi telah berjalan dengan lancarnya Majlis Pelancaran Portal KKMNOW oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Portal tersebut adalah kolaborasi dengan pihak DOSM.
Oleh kerana ianya melibatkan data kesihatan sudah semestinya opis aku terlibat secara langsung. Jadi sebelum pelancaran tersebut emm beberapa pegawai terlibat termasuk boss aku yang sibuk meeting dengan bahagian yang terlibat. Almaklumlah ianya satu event yang agak besar juga.
Di belakang tabir
Big boss aku orang tersibuk yang memastikan semuanya berjalan lancar
Menteri Kesihatan sedang berucap merasmikan pelancaran Portal KKMNOW
eh eh napa kosong lorrrr.....sebelum majlis lah.
Ada beberapa information yang boleh di lihat melalui portal tersebut.
Beberapa pegawai tertinggi yang terlibat terutamanya kader dari Perangkaan iaitu Encik Sofi memang bekerja keras supaya semuanya berjalan lancar.
Para jemputan yang hadir dan di undang
Dr Hammad doktor yang berkaliber dalam medical dan tecnology IT. Seorang doktor yang tidak sombong dan tidak kedekut dengan ilmu yang dia ada. Pandai buat kek tau. Hari tu birthday dia sekali esoknya datang bawa kek birthday dia sendiri. Sedap sekali. Tak pernah umur birthday boy bawa kek birthday dia sendiri kecuali Doktor Hammad. Sedap.....boleh lah order lagi. hehehe Blueberry cheese ko.
Penuh screen gambar KJ
Pegawai yang terlibat. Oleh kerana Pengarah aku Dr Halina sedang kurantine covid 19 jadi Dr Fazilah lah yang mengantikan tempatnya.
Semua yang terlibat yang menjayakan majlis pelancaran tersebut.
Pelancaran KKMNOW adalah era baharu bagi ketelusan Kerajaan.
Portal KKMNOW merupakan portal kesinambungan atau perluasan kepada fungsi portal COVIDNOW. Langkah ini selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan dan usaha KKM mewujudkan satu platform bersepadu bagi tujuan perkongsian serta rujukan data oleh pengurusan KKM dan seluruh rakyat Malaysia.
Portal KKMNOW.. permulaan zaman baharu untuk data terbuka dan ketelusan maklumat.
#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku