Thursday, January 20, 2011

Harijadi Teta anak tuan punya NB Kara

 Ahad 16hb yang lepas aku telah menghadiri jamuan harijadi Si Teta anak penulis Norhayati Berahim bersama pembacanya yang dilahirkan di bulan Januari. Dan kebetulan kaknoor lahir 11hb Jan (sama tarikh dengan CT Nurhaliza, date pun cantik tahun ni - 11.01.11 ) jadi seperti biasa aku ambil nacha dan kaknoor di stesyen LRT Bdr Tasik Selatan. Dah lama sungguh tak berpeleseran berjumpa kengkawan jadi inilah masa yang di tunggu.

Oleh kerana aku ni masih tak pass lagi jalan ke Kajang tu walaupun dah 2 kali pergi tapi kedua kali tu tetap makan langsat jadi kali ni mata kena awas melihat papan tanda ke arah rumah yati. Tau je lah bila kami bertiga dalam 1 kete berborak sampai tak perasan masuk jalan mana jadi kali ni aku kena awasi betul2 hehehe supaya tak makan langsat lagi. Ayoyo.

Sampai dalam pukul 2.30 gitu. Nampak orang dah ramai yang datang. Amboiii sue bukan main cantik berbaju kurung pink selalunya sempoi je. Ala lupalah nak ambil gambar sue yang comei je hari tu. Selepas bersalaman dengan tuan rumah ternampak juga Hani Fazuha penulis alaf 21 turut datang meraikannya. Hani akan keluarkan novel terbaru ' Harga sebuah cinta' tapi katanya masih belum keluar kemungkinan akan keluar dari oven pada karnival karangkraf pada 28 hingga 30hb jan nanti.

Ni lah Teta anak Yati namanya balqis lah.


Penulis hani fazuha sedang mangambil makanan

Rupanya Kak uda, Ila dan Rin dah sampai dulu. Nampak kaypo wahhhh bestnya havoq gitu bila dah jumpa geng. kami ambil tempat duduk di tempat hujung. Bukan apa senang nak bersembang dan kengkawan lain pun mudah nak join sama.

 

Yang pertama tu kek untuk pembaca, dan kedua khas untuk teta boleh jenguk blog yati lah di sini dan disini.

Makanan yang disediakan memang sedap. Ada Lontong, meehoon goreng, satay, spageti, pulut kuning dan rendang pun ada dan banyak kueh mueh yang aku tak larat sangat nak makan sebab kekenyangan. Malahan sebakul limau mandarin kecil yang manis sekali pun ada. Sambil makan sambil bersembang.


Ni kueh mueh yang macam-macam. Ubi rebus layan dengan kelapa parut pun ada. Orang johor biasanya layan dengan sambal tumis baru walah.

Wah teta potong kek special buatnya. 

Makanan yang terhidang. Macam-macam bila tenguk je dah kenyang belum makan lagi tu. hehehe

Apa saja lah yang di borakkan tu. Ala sue tak nampak muka, berbaju pink dengan kaknoor apa saje lah tu.


meehoon goreng sedap spageti pun sodap satay pun sodap semua sodap


hah tenguk le tinggal kek je yang lain wasalam.

Kak uda ni ceria je selalu. Amboiii nacha tak toleh kiri kanan

Dengan pelakon Hindustan yang tersesat hehehe rupanya Dik kaypo. hahaha gelak besor kami berdua.


Wah semuanya  mendengar celoteh wan sampai terteleng-teleng muka Ila. hehehe

Anim ada juga datang tapi tak lama sebab datang bersama suami dan anak-anaknya. Apa pun lama sungguh tak jumpa Anim. Wan juga datang dengan sirman dan aisyah. Eijay le yang paling lambat dah nak pukul 5 baru sampai. Yang geng kami pulak datang makan daripada tak hujan sampai hujan gerimis turun, sampai hujan dah teduh tak berganjak-ganjak. hahahahahahaha teruk sungguh mana taknya bersembang macam nak kecuh ,sekejap kang ketawa, sekejap kang entah apa-apa citer tapi seronok sungguh dapat bersembang bersungguh-sungguh. Laaa ada ke istilah bersembang bersungguh-sungguh. Ialahkan kalau jumpa kat pesta buku masing-masing sibuk nak beli buku lah, nak pegi booth itu le ini le jadi nak bersembang hanya setakat bersalam tanya khabar lebeh kurang dah bersurai, jadi macam tak puas le berjumpa. Jadi agenda kali ini memang le dapat bersembang sepuas-puasnya. 

Pukul 5 lebeh kami pun beransur lah pulang. Nacha tumpang kereta Ila almaklum le Ila dah beli Myvi boleh le orang putrajaya ronda2 ke pesta buku la ni. Jadi aku dengan kaknoor pun  balik le setelah berpeluk salam dengan semua ternmasuk tuan rumahnya. Sempat lagi tu beli buku Nora Ismail aka Rose Harisa iaitu ...dan Cinta pun tersenyum. Kata kaknoor sedap tapi tu lah mood aku memang merundum sungguh-sungguh ni nak baca novel. Apa pun kami berdua memang kekenyangan dan terima kasih daun keladi lah pada Puan Norhayati Berahim kerana menjemput kami. Lain kali jemput lah lagi dengan muka tak malunya ni memberitahu. hehehehehehe

No comments:

Post a Comment