Sunday, April 24, 2011

Bagai dalam gua



Lokasi: Jalan Bunga Tanjong 9C, Taman Putra, Ampang, Selangor
Tarikh: 30 March 2011 pukul 6.45petang

 Semasa nak singgah di Maybank untuk urusan mengeluarkan duit, ternampak le Encik Ning aka Pili bomba ni di simpang masuk. Belakang nya adalah restoran cina yang pada masa itu tidak di buka. Kesian Encik Ning  aka Pilibomba ni tersorok macam nak masuk dalam gua kecil belakangnya.


 Kedai restoran tersebut rasanya telah di ubahsuai untuk mencantikkan lagi restorannya. Mungkin dia tinggikan tempat siarkaki tersebut dan dibuat palang ditepinya. Ini menyebabkan Encik Ning aka Pilibomba tu jadi tersorok di sebalik batu dan ada lubang pulak tu.


  Ni dari sudut sisi, dan kebetulan pada masa saya mengambil gambarnya terdapat 2 kenderaan yang parking di hadapannya. Nasib baik lah orang didalam kenderaan tu buat tak tahu ja. Agaknya apa saja lah perempuan tu buat tempat kotor macam tu pun nak diambil gambar. hehehe


No comments:

Post a Comment