Tuesday, August 9, 2011

Kenangan Bulan Ramadan di Asrama


 Entah mengapa tiba-tiba orang teringat la pulak zaman menyambut ramadan dahulu kala. Time zaman sekolah lah yang syiok bila bulan posa ni.  Terutamanya bila dok asrama, masa tu orang dok aspuri SMSAB, Muar. Memang lah kalau di kenangkan berbuka puasa di rumah memanglah paling seronok sebab macam-macam masakan ada walaupun hanya 2 lauk tapi bila hantar pada mak saudara iaitu jiran berdekatan akan menjadi 4 lauk. Agenda bertukar-tukar makanan masa dulu memang best. Dari lauk 2 jadi 4 atau 5 jenis. Masak satu jenis bila tukar jadi banyak jenis. Best kan. Dulu-dulu rajin juga jadi tukang hantar kueh atau lauk kat rumah nenek dan mak saudara yang ada 2 buah berhampiran rumah di kampung. La ni rumah aruah nenek dah runtuh manakala rumah Chik pula setelah kematiannya, anak-anaknya tak tinggal lagi di rumah tu tinggal kosong hanya menanti rebah sahaja. Jadi tinggal lah rumah Pak Itam je yang tinggal yang selalu kena kunjungi sebab pak saudara belah bapa hanya tinggal Pak Itam je. Sedih kan. Sekarang ni orang lebeh suka pergi bazar ramadan je di mana macam-macam makanan ada tersedia hanya tinggal hulur Rm je.

 Ok berbalik kisah kenangan berpuasa di asrama pula ya. Masa mula2 dok asrama makanan semasa berbuka pakai tray je. Sebelum berbuka dah beratur dengan tray di tangan untuk mengambil lauk. Masa tu lauk takda lah special sangat. Ada takda ikan jacket lah yang femes. Hehehe apa itu ikan jacket? Kalau duk asrama mesti tau lah makanan istimewa budak hostel. Ala ikan cencaru tak buang kulit hah tu le namanya ikan jacket. Lepas tu nasi kawah. Hah tu pun femes. Tapi pada satu ketika dah lupa pulak bila ianya berlaku, bila bertukar pengurusan dapur emm senang citer kontrak masak memasak dah tukar orang, kami mula makan berhidang. Hussh masa tu fuh sedap beb lauk pauknya. Siap ada menu pulak dalam masa seminggu tu, makan apa dengan air yang berubah-ubah. Hari jumaat kalau tak salah makan special. Masa tu lagi sedap makan kat asrama dari kat rumah. Chehwah berlagak la pulak da. hehehehe

  Tapi paling best masa time anak bulan dah nampak awal. hahahaha biasak la orang pompuan ada masanya anak bulan kuar awal. Yang syiok tu bila dalam masa bulan dah mengambang dulu ada geng pulak. Apa lagi masa time bersahur berderet  kirim bekas makanan pada member yang pergi bersahur untuk tapau makanan sahur. Maklum le tak posa jadi makanan sahur le jadi bekalan semasa makan tengahari. hehehehe. Oleh kerana bersekolah pagi setelah habis sekolah dengan lemah longlainya balik bilik hostel. Sampai je hostel apalagi geng nampak anak bulan pun mula lah mengeluarkan bekas makanan yang di simpan paginya. Sebab tu bila ramai geng jadi macam berkenduri lah pulak. Riuh rendah le geng nampak anak bulan makan. Cari port yang tersorok sikit dalam dorm hah mula lah bentang kertas apa lagi walap le sambil ngek ngok ngek ngok citer hal sekolah. Kecoh sungguh geng nampak anak bulan bersantap. Bila time macam ni orang teringat kat member si norkhanifah tu. Sebabnya mak dia pakar memasak. Kadang ada je lauk mak dia bagi. Ye ke norkh orang dah lupa lah. Tapi memang teringat kalau mak dia datang je kami dah suka sebab macam2 makanan di tapau untuk anak kesayangannya. Kita orang pun tumpang sekaki. Thankyou norkh. Budak asrama tau je lah makan bercatu mana sama dengan dok kat rumah. Apa saje boleh dapat.

  Lepas dah habis bersantap tu mula lah sessi membasuh bekas makanan. Hah apa lagi kumpul banyak2 dalam baldi lepas tu basuh sama-sama kat bilik air. Orang lain dok sibuk membasuh baju kami sibuk membasuh bekas makanan. Kecuh berbual tu jangan cakap le. hahahahahahaha. Selesai bersantap solat sebelum pukul 2 prep time. Hish bila teringat kelakau sungguh geng nampak anak bulan . hehehehe asrama oh asrama. Banyak sungguh kenangan di situ. Sebenarnya banyak lagi kenangan itu tapi bila time puasa ni hanya teringat  geng nampak anak bulan punya cerita.

La ni Fb punya pasal dapat jumpa depa semua.  Dan sejak nak buat gathering alumni SABGS kat KL baru nampak akak-akak kat asrama dulu2. Dan batch 81 geng akak aku nak buat gathering raya ke3 kat Tanjung. Depa pelawa sapa yang balik muar atau duduk muar untuk join sama, apa lagi aku pun wokeh je. Tenguk akak dah bagi green light nak pegi hah apa lagi share la bawa air dengan dia. Hish tak sabar nak jumpa akak-akak senior tu semua. SABGS oh SABGS

10 comments:

  1. geng anak bulan? hihi..lawakla.....bila recall citer asrama, terasa mcm nak balik semula ke zaman tu ek.....seronok mengenangkan kenakalan kita semua waktu tu....paling tak lupa kes kita tak turun prep..akhirnya tertangkap oleh cikgu bedah.....tak pernah umur sepanjang jd warden cikgu bedah tangkap bebudak ponteng prep agaknya..
    yg aku tak leh lupa jgk bab nak bayo puasa...masing2 sahur ngn maggie je..masa tula first time aku merasa maggie..mulanya tak reti, akhirnya itulah makanan ruji...bila dikenang-kenang, rindu lak kat ko ngn kwn2 lain...
    selamat bergathering nanti ye..mesti seronok..sampaikan saja slm aku kat kengkawan kita..aritu norkh ada jg tanya kat aku psl gathering tu....aku dah citer sikit psl prob aku..kalau am bg lesen pun aku rasa mcm tak tergamak nak bersukaria buat masa ini....[yg pasti, aku dpt agak mesti dia tak bg punya..dan aku tak akan kecik ati..] yg penting aku dpt balik kg jumpa mak aku...

    ReplyDelete
  2. sambung sikit lg..ckp psl ikan jacket..aku teringat juga ikan papan ngn daging plastik...daging masak asam tp liat tak leh gigit..ikan papan pulak ikan yg keras tah apa2 ikan tah....dan penah jgk terkena sayur ada ulat..haha...

    ReplyDelete
  3. Ikan papan dgn daging plastik tu aku tak ingat tapi satyur ada ulat tu aku ingat. Beramai kita terjah makchik dapur tu ek. Tapi kadang kan kita suka berbaik baik dgn makcik dapur tu sebab kalau ada lebeh2 makanan dia dgn baik hatinya bagi kat kita kan. Huh sodapnya walaupun hanya lebeh roti tak habis sarapan cecah dengan marjerin jadi lah ye. hehehe Nampak sangat budak asrama selalu kebulur adohaiiiii. Tapi ingat tak masa time kelas masakan buat kek yang letak krim dengan kacang atasnya. Aku lupa mana buku masakan form 3 tu. Canggihnya kita buat krim kek pakai marjerin sarapan sampaikan sanggup simpan daripada di makan lepas tu pinjam lesung batu sampaikan dah berderet list sampaikan aku dah tak sanggup menunggu depa menumbuk kacang terpaksa pakai kayu hoki tumbuk kacang. Hahahaha kenangan sungguh

    ReplyDelete
  4. hmm..kalau diingat2 kngn lalu terasa macam nakal beno kita waktu dulu ek...tapi itu kira baikla kot..budak2 skrg lagi hebat nakalnya...kalau setakat fly malam2 biasa jer...eh, ko masukkan lg la citer loyar buruk ko..aku terhibur gak..bole gelak sorang2 aku tau..

    ReplyDelete
  5. ko punya memory memang powerlah Noty....aku pun kurang ingat tapi ko bole mengimbau masa lalu ko...seronok aku baca coretan ko.Pasal ikan Jacket memang aku x bole lupa hingga sampai sekarang aku phobia nak makan ikan cencaru melainkan kalau di bakar atau masak terutub.Nakal2 kita dulupun x mcm remaja sekarang....pening kepala...

    ReplyDelete
  6. notie, dont be naughty ah... :p

    ReplyDelete
  7. Aini... cerita loyar buruk tu aku dapat dari kawan. Agak2 nak merapu meraban aku letak le dlm blog aku... hehehehe Ikutkan sebenarnya banyak kenangan lalu kat hostel tu tapi memori banyak yg ilang le.

    Norkh...hahaha kadang2 ingat-ingat lupa. Apa pun memori tu semua takan kita jumpa lagi. Jadi ingatan yang masih bersisa dalam ingatan le sepatutnya kita lampiaskan dlm blog. Cheh ko pun dah nak mula berblog. Tahniah ye. Teruskan slowly nanti leh mantap beb tulisan ko.

    Ryn... hehehehehe

    ReplyDelete
  8. kakmOn tumpang gelak jer lah, mmg sah ko memang notie :p

    ReplyDelete
  9. T/kasih Noty....aku belajar dari kolah...kalau dulu buta IT...

    ReplyDelete
  10. Kak mon tu pasal letak nickname notie sebab memang nakai. hehehehe nakai manja-manja gitu

    ReplyDelete