2 Minggu lepas entah macamana, nama aku naik pulak kena pergi bengkel NHDD di PD. Semua geng heran awat aku sorang je yang kena pergi sebab yang lain semuanya Doktor dan pegawai yang lebeh tinggi pangkatnya yang kena pergi. Bila tenguk surat, aku sorang je yang naik nama jadi depa semua muskil napa nama aku naik. Aku pun heran bin ajaib juga pasai apa aku pulak yang kena pergi. Alkisahnya sebelum ni aku ada masuk meeting NHDD semasa zaman Datin dulu zaman Big Boss aku Dr Lailanor tahun 2006. Tapi tu lah asyik pi keluar masuk meeting, lepas tu sonyap jo sampai aku pun dah lupa tahun bila rupanya tak habis finalise pun, Datin Selva dah habis kontrak. Cuma siap keluarkan satu buku je iaitu NHDD. Jadi kali ni kiranya nak finalise kan lagi 6 bahagian yang tak siap lagi. Bengkel bermula pada 9hb hingga 11hb April 2012. Jadi hari Isnin pergi kerja dulu sebelum terus ke PD. Bila tenguk nama hotel Thistle jenuh lah search kat internet nama Hotel tu. Sebab sebelum ni tak pernah dengar pun. Rupanya Hotel tersebut sebelum ini merupakan Hotel Guoman dan teringat pula sebelum ni Bahagian P & P yang waktu tu pengarahnya Doktor Rusnah pernah buat bengkel kat situ. Kiranya dah penah sampai jadi sonang jo lagu tu.
Cantik dia punya promosi acara yang kita boleh join. Macam-macam ado tapi aku tak sempat pun nak jejak kaki kat pantai sebab habis petang je dah penat kepala otak. Ingatkan hari last sebelum balik esoknya nak ambil gambar di pantai masa matahari tengelam tapi tak dan terus dah malam. Lagi pun macam tak nampak pun cahaya matahari tengelam .
Dewan untuk berbengkel. Peserta yang hadir dibahagikan kepada 6 kumpulan.
Yang bestnya ex boss aku Dr Lailanor serta exbos SMRP Encik azmi pun ada juga. Ala ni kalau June tahu mesti jeles. Dr Lailanor sempoi je masih seperti dulu. Dia memang tak sombong jenis humble punya orang walaupun berpangkat JUSA B sebab tu ramai yang suka. Bila tenguk dia teringat zaman IDS yang best in the world zaman dolu2 yang memang tak boleh jumpa di tempat kerja lain sebab semua staffnya best-best belaka dengan di ketuai Dr Lailanor yang best boss in the world. Rindunya waktu-waktu itu yang hanya dapat disemadikan dalam lipatan sejarah dan ingatan yang sesekali mengimbau kembali bila rindu kawan-kawan lama yang satu demi satu meninggalkan IDS.
Ni Pegawai Rekod Perubatan yang turut terlibat. Nama aku masuk kumpulan Discharge Summary dengan kak Normah dan Pn Hasnah. Banyak yang kami perdebatkan. Fasilitator Dr Ferwan dan dibantu dengan Dr Azrul. Banyak juga issue yang timbul dan kadang-kadang hangat diperbincangkan oleh Doktor-Doktor Pakar yang terlibat. Apa pun selama 2 hari kami dapat selesaikan.
Di bahagian Lobi hotel yang disinari lampu bila malam menjelma.
Ni hiasan di tempat makan. Cantik dekonya. Bila tenguk deko yang cantik macam ni makan pun jadi lebeh sedap. hehehehe ye ke? Tapi makanan dia tak banyak choice lah. Walaupun persekitaran dan biliknya memang marbeles.
Kolam renang di depan hotel dan berhampiran dengan pantai.
Bilik Hotel yang mengadap laut memang cantik tapi bilik aku mengadap dapur huhuhu tak cantik.
Ni panel juri pada hari akhir dengan di pengerusikan oleh Doktor Rahimah Timbalan Pengarah kanan Bahagian P & P.. Semua 6 kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan yang telah didebat kan selama 2 hari dan akhirnya untuk pengesahan dan komen dari panel juri jemputan yang arif lagi bijaksana dalam bidang masing-masing.
Sebelum balik aku ambil kesempatan posing dengan My ex Humble big boss. Sekarang Dr Lailanor sejak dah naik pangkat JUSA B kena pindah jadi pengarah di JKN Pulau Pinang pula. Sebelum tu JUSA C di HKL. Semuga rezeki Dr Lailanor sentiasa bertambah murah seiring dengan hati dia yang baik. Amin
No comments:
Post a Comment