Wednesday, September 5, 2012

Jamuan raya KKM 2012

Deko raya

  Assalamualaikum semua,

Hari Selasa baru ni ibu pejabat KKM telah membuat jamuan Merdekaraya. Ianya telah diadakan di kompleks KKM yang berhampiran dengan tempat letak kereta antara parcel E7 dan E8. Ianya bersempena dengan jamuan raya Aidil fitri dan sambutan Hari kemerdekaan. Upacara bermula setelah Menteri Kesihatan yang baru habis meeting turun bersama meraikan. Selain daripada ucapan, ada lah juga memotong kek raya dan kek Merdeka yang di sponsor oleh badan kebajikan sukan dan Puspanita KKM.

Sebahagian warga KKM yang hadir... ni depan ni staf pejabat aku


Kelihatan Ketua Puteri UMNO yang merupakan Timbalan Menteri Kesihatan turut hadir memeriahkan majlis

Meja VIP yang menunggu ketibaan Menteri kesihatan


Menteri Kesihatan sampai dengan dikerumuni ramai orang termasuk lah jurukamera

 Bila Menteri dah datang, lepas tu berucap, lepas tu potong kek dan sebagainya. Lepas tu acara makan-makan pun bermula. Yeh. Apa lagi semua warga KKM pun menyerbulah khemah jamuan yang bersebelahan dengan Khemah VIP. Oleh kerana ramainya warga Ibu pejabat sekali serbu ja semua makanan habis. hahahaha adeh memang betul tau. Kenapa sekali serbu terus habis sebab pihak catering konon-kononnya nak hidang makanan panas-panas. Dia orang lambatlah masak. Sekali warga KKM serbu ja tanpa sempat nak tambah semula depa dah beratur menunggu makanan datang. Sekali hantar satay sekali orang berebut, sekali tambah satay sekali orang serbu. Huh bengang sungguh warga KKM. Dahla makanan tak banyak jenis. Ada tak ada pun menunya Nasi Mandi, lemang dengan serunding, kuah kacang, kuewteow goreng, kuih-kuih, buah-buahan. Menu sikit tapi kuantitinya banyak kut sebab aku tenguk melambak lagi satay belum habis bakar, masih bersusun di dapur catering tu. 

Ni baru start masih penuh lagi lepas beberapa minit lesap. hahaha

Menteri bersama isteri berkunjung di sebahagian tempat makanan.


Tenguk tu terus licin beb. Adehhh lambat sungguh depa service untuk tambah.

Ni kita orang kecek kat dapur sebab lambat sangat nak dapat.

                                               Nasi mandi baru nak hantar untuk tambah.

Banyak lagi tu tapi sebab lambat masak ramai warga KKM dah naik padahal makanan banyak lagi.

Para penghibur menghiburkan tetamu.

 Memang tak puas betul lah beraya jamuan raya KKM tahun ni. Tahun lepas buat kat PICC, jadi selected person ja yang pergi. Manakala tahun sebelumnya memang mewah makanan. Makanan yang berbagai jenis dihidangkan jadi kiranya puas hati lah walaupun makanan tambahan lambat di topup. Tapi sebab makanan yang ada pelbagai jenis, jadi habis yang ni, jenguk yang lain ada lagi. Jadi tak terasa sangat lah kalau ianya lambat di tambah tapi kali ni memang masing-masing merungut makanan tak banyak dan lambat disediakan. Orang nak makan baru nak masak huh patutnya macam satay tu bakar lah banyak-banyak dari pagi, jadi yang dah sedia masak tu dah banyak, ni baru nak bakar baru nak hidang panas-panas, mana cukup kalau yang menunggunya tu lebeh ramai dari satay yang dibakar. Apa pun kita orang makan je lah apa yang ada. Lambat sangat kita orang pun balik lah ke opis dengan rasa tak gembira. hahahahahaha Sabau je lah aku. 


No comments:

Post a Comment